Hōne Heke
Hōne Wiremu Heke Pōkai (1807? – 6 Ogos 1850) ialah seorang ketua dan wira perang Maori di New Zealand. Dia dianggap sebagai punca utama Perang Tiang Bendera.
Heke Pōkai dilahirkan di Pakaraka selatan Kerikeri di Teluk Kepulauan (Bay of Islands), Heke merupakan ahli kaum Ngapuhi tetapu turut mempunyai hubungan dengan Rahiri yang meningkatkan lagi mananya. Beliau membesar di kawasan Kaikohe di mana beliau hampir-hampir menjadi korban suatu pertempuran antara puak yang berleluasa.
Awal hidup
suntingSemasa usia remajanya, beliau menghadiri sekolah mubaligh di Kerikeri diuruskan Henry Williams. Beliau, isterinya dan anak-anaknya memeluk agama Kristian dan Hōne menjadi seorang paderi biasa. Beliau masih membina reputasinya sebagai seoranng pahlawan di mana beliau terbabit dalam pertempuran Kororareka pertama pada 1830, dalam ekspedisi Titore ke Tauranga, dan berjuang bersama Titore menentang Pomare II pada tahun 1837.
Keterlibatan dalam Perjanjian Waitangi
suntingTerdapat laporan bertentangan mengenai bila Heke menandatangani Perjanjian Waitangi. Ia kemungkinannya bersama ketua lain pada 6 Februari 1840. Tetapi, sumber yang lain menyatakan bahawa dia enggan menanda tangani perjanjian tersebut selama beberapa hari, tetapi apabila dia melakukannya ia betul-betul di atas senarai tersebut.
Tindakan Heke mempersoalkan perjanjian yang ditanda tanganinya mempunyai asas yang kukuh. Ibu negeri koloni baru dipindahkan dari Kororareka ke Auckland dengannya kehilangan pendapatan bagi Teluk Islands. Perlaksanaan cukai, larangan menebang pokok kauri dan kawalan kerajaan New Zealand mengenai penjualan tanah kesemuanya mendorong kepada penurunan ekonomi bagi puak Maori.
Tambahan lagi, ia menjadi jelas bahawa British menganggap kuasa ketua-ketua kamu sebagai bawah (The Crown) walaupun perjanjian tersebut menjanjikan perkongsian bersama. Sebagai tanda tidak puas hatinya, Hōne Heke menebang tiang bendera British yang berkibar di Kororareka. Pihak British menganggap ini sebagai pengistiharan perang dan tidak lama kemudian kedua pihak mula berperang.
Dalam peperangan
suntingHeke memainkan peranan aktif dalam fasa awal konflik tersebut, tetapi dia cedera teruk semasa Pertempuran Te Ahu Ahu dan tidak turut berjuang sehingga fasa akhir Pengepungan Ruapekapeka beberapa bulan kemudian.
Tidak lama kemudian, Heke dan sekutunya, Te Ruki Kawiti bertemu dengan Tāmati Wāka Nene dan berunding perletakan senjata, yang kemudiannya mereka paksa pada pihak British. Ini tidak menghalang (Governor-General of New Zealand), George Grey daripada menggambarkannya sebagai kemenangan British. Sungguhpun begitu, Heke dan George Grey berdamai dalam perjumpaan pada tahun 1848.
Hōne Heke bersara ke Kaikohe di mana dia mati akibat batuk kering (tuberculosis) dua tahun kemudian. Dia masih dianggap sebagai ketua agung oleh Ngapuhi dan kaum Maori. Sehingga hari ini, tempat pengkebumiannya kekal rahsia yang diketahui oleh segelintir manusia walaupun ia merupakan spekulasi hebat.
Frederick Edward Maning menulis cerita hampir semasa (contemporaneous account) mengenai Hona Heke dalam A history of the war in the north of New Zealand against the chief Heke, walaupun ia ditulis semata-mata untuk hiburan dan bukannya sebagai fakta sejarah.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingKategori berkenaan Hōne Heke di Wikimedia Commons