Herbert George Wells[3][4] (21 September 1866 – 13 Ogos 1946) —disingkatkan sebagai H. G. Wells— merupakan seorang penulis berbangsa Inggeris.

H. G. Wells
Fotograf diambil oleh George Charles Beresford, 1920
Fotograf diambil oleh George Charles Beresford, 1920
LahirHerbert George Wells
(1866-09-21)21 September 1866
Bromley, Kent, England
Meninggal dunia13 Ogos 1946(1946-08-13) (umur 79)
Regent's Park, London, England
PekerjaanPenulis novel, guru, sejarawan, wartawan
Alma materRoyal College of Science (Imperial College London)
GenreCereka sains
SubjekWorld history, progress
Tahun aktif1895–1946
Karya terkenal
PasanganIsabel Mary Wells
(1891–1894, divorced)
Amy Catherine Robbins (1895–1927, her death)
AnakGeorge Phillip Wells (1901–1985)
Frank Richard Wells (1903–1982)
Anna-Jane Kennard (1909–2010[1][2])
Anthony West (1914–1987)
SaudaraJoseph Wells (ayah)
Sarah Neal (ibu)

Beliau selain Jules Verne dianggap sebagai pelopor kepada genre cereka sains jenis moden yag diketahui kini.[5][6][a]

Biografi

sunting

Awal hidup dan pendidikan

sunting

Herbert lahir di in Bromley, Kent[7] pada 21 September 1866.[8] Beliau anak bongsu dalam empat adik beradik kepada Joseph Wells, seorang pemain kriket sambilan untuk kaunti Kent[9] dan Sarah Neill, bekas pembantu rumah; mereka menguruskan sebuah kedai barangan tembikar, namun mereka tetap miskin kerana kurangnya untung.[10] Suatu kemalangan ketika bermain kriket sehingga menyebbakan pahanya patah memaksa ayahnya berhenti, lalu kesemua anaknya digesa mengambil pekerjaan demi menyara hidup masing-masing.

Jiwa Herbert sering merasa bermasalah akibat perkahwinan ibu bapa Herbert yang kucar-kacir berikutan perbezaan agama mereka - ibunya Sarah seorang penganut mazhab Protestan manakala ayahnya Joseph seorang pemikir bebas (freethinker). Perkara ini memburuk apabila ibunya kembali bekerja sebagai seorang pembantu rumah di Uppark, Sussex dengan syarat dia tidak dibenarkan berkongsi kediaman dengan ahli keluarga lain, maka dia hidup terpisah daripada Joseph dan anak-anak mereka, namun mereka masih setia kepada satu sama lain.

Rasa keberasingan serta hubungan kekluargaan yang agak renggang ini amat menggangu perasaannya sehingga menjejaskan pekerjaan sambilan Herbert: beliau bekerja sebagai seorang pedagang kain langsir serba daif di Southsea Drapery Emporium, Hyde's,[11][12] Windsor dari tahun 1880 sehingga dia dipecat tuannya pada 1883.[10] Beliau kemudian menjadi pembantu seorang ahli kimia dan dia menjadi penjaga pintu di Midhurst Grammar School.[10] Beliau sering ke perpustakaan di Uppark sebagai melarikan diri dari kesusahan hidup bekerja sambil dia menelaah banyak buku sastera klasik dari nukilan Plato sampai ke Thomas More dan Daniel Defoe.[13] Di sinilah minatnya kepada penulisan mula berputik.

Saat umurnya mencapai usia 18 tahun, Wells memperoleh biasiswa meneruskan pengajiannya dalam bidang biologi di Normal School of Science (kemudian disebut Royal College) di Kensington Selatan, London.[10] Wells lulus dari Universiti London tahun 1888.[10]

Kerjaya perguruan

sunting

Kerjaya penulisan, kemasyhuran

sunting

Pada 30 Oktober 1938, salah satu novelnya The War of the Worlds diadaptasikan menjadi suatu drama radio arahan Orson Welles disiarkan melalui rangkaian radio CBS Radio Network. Kejayaan pementasan radio ini melonjak karya ini sehingga dikenali orang ramai; Herbert menghadiri wawancara bersama Orson dalam stesen radio KTSA San Antonio, Texas hampir genap dua tahun kemudian pada 28 Oktober di mana beliau mengucapkan penghargaan kepada Welles atas usaha adaptasi ini.[14]

Senja hidup

sunting

Pada tahun 1934, Wells mengasaskan bersama The Diabetic Association (kini Diabetes UK) yang bertindak sebagai suatu pertubuhan amal untuk penghidap kencing manis di United Kingdom;[15] beliau sendiri mengnghidap penyakit ini.[16]

Wells meninggal dunia pada usia 79 tahun tanggal 13 Ogos 1946 di kediamannya beralamat 13 Hanover Terrace bersebelahan Regent's Park, London.[17][18] Abu bakaran mayatnya ditabur di Selat Inggeris berdekatan bentukan batu kapur "Old Harry Rocks".[19]

Gaya penulisan

sunting

Karya nukilannya berkencerungan ke arah idea utopia dan futurisme dengan banyak penggambaran teknologi yang mirip barang sedi ada pada zaman kini termasuk dalam bidang pengangkutan, peperangan jelajah angkasa dan komunikasi sejauh konsep seakan Jaringan Sejagat sekalipun.[20] Beliau mendapat jolokan "Shakespeare cereka sains" atas peloporan idea-idea baharu ini.[21]

Bibliografi

sunting

Cereka

sunting

Bukan cereka

sunting
  • Mankind in the Making (1903)
  • The Future in America (1906)
  • This Misery of Boots (1907)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Lost daughter of Wells' passion. (writer H.G. Wells) – Version details – Trove". Trove.nla.gov.au. 1996-08-11. Dicapai pada 2014-03-25.
  2. ^ "Death Notice Summaries Available for Listings at A Memory Tree". Amemorytree.co.nz. Dicapai pada 2014-03-25.
  3. ^ "Wells, H. G.". Dikemaskini 20 Mei 2015. The Encyclopedia of Science Fiction (sf-encyclopedia.com). Retrieved 2015-08-22. Masukan oleh John Clute & Brian Stableford.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Parrinder
  5. ^ Adam Charles Roberts (2000), "The History of Science Fiction": Page 48 in Science Fiction, Routledge, ISBN 0-415-19204-8.
  6. ^ Siegel, Mark Richard (1988). Hugo Gernsback, Father of Modern Science Fiction: With Essays on Frank Herbert and Bram Stoker. Borgo Pr. ISBN 0-89370-174-2.
  7. ^ Wells, H. G. (2005) [1905]. Claeys, Gregory; Parrinder, Patrick (penyunting). A Modern Utopia. Gregory Claeys, Francis Wheen, Andy Sawyer. Penguin Classics. ISBN 978-0-14-144112-2.
  8. ^ Parrinder, Patrick (2004). Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press.
  9. ^ Smith, David C. (1986) H. G. Wells: Desperately mortal. A biography. Yale University Press, New Haven and London ISBN 0-300-03672-8
  10. ^ a b c d e "H.G. Wells". Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 15 Jun 2014.
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama GHW1925
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Francis
  13. ^ Pilkington, Ace G. (2017). Science Fiction and Futurism: Their Terms and Ideas. McFarland. m/s. 137.
  14. ^ Flynn, John L. "The legacy of Orson Welles and the Radio Broadcast". War of the Worlds: from Wells to Spielberg by. Owens Mills, MD: Galactic. m/s. 45. ISBN 978-0-9769400-0-5.
  15. ^ "Diabetes UK: Our History" Diarkibkan 2017-11-08 di Wayback Machine. diabetes.org.uk. Retrieved 10 December 2015
  16. ^ "HG Wells—Diabetes UK". Diabetes.org.uk. 14 April 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2011. Dicapai pada 10 Jun 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  17. ^ "H. G. Wells Dies in London". St. Petersburg Times. 13 Ogos 1946. Dicapai pada 29 Oktober 2008.
  18. ^ "Calendar". Classics & Cheese. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2008. Dicapai pada 12 Februari 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ West, Anthony. H. G. Wells: Aspects of a Life, p. 153. London: Hutchinson & Co, 1984. ISBN 0-09-134540-5.
  20. ^ "HG Wells: A visionary who should be remembered for his social predictions, not just his scientific ones". The Independent. 9 October 2017. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  21. ^ Wagar, W. Warren (2004). H. G. Wells: Traversing Time. Wesleyan University Press. m/s. 7.

Pautan luar

sunting


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan