HMS Vanguard adalah kapal tempur laju British yang dibina semasa Perang Dunia II dan ditauliahkan selepas perang tamat. Ia merupakan kapal tempur terbesar dan terpantas Royal Navy,[3] satu-satunya kapal dari kelasnya, dan kapal tempur terakhir yang pernah dibina oleh Royal Navy (RN).

Paparan profil Vanguard
Ringkasan kelas
Pengguna: Bendera tentera laut United Kingdom Tentera Laut Diraja
Didahului oleh:
Diganti oleh: Tiada
Dibina: 1940–1946
Ditauliahkan: 1946–1960
Disiapkan: 1
Diskrapkan: 1
Sejarah
United Kingdom
Nama: Vanguard
Dipesan: 14 Mac 1941
Pembina: John Brown and Company, Clydebank, Scotland
Kos: £11,530,503
Nombor limbungan: 567
Dibaringkan: 2 Oktober 1941
Dilancarkan: 30 November 1944
Ditauliah: 12 Mei 1946
Dibersarakan: 7 Jun 1960
Pengenalan: Nombor gada-gada: 23[1]
Moto: We Lead[2]
Takdir: Sekerap, 1960
Lencana: On a field blue, issuing from barry of four white and green a demi-lion gold supporting a spear issuing white[2]
Ciri-ciri umum (setelah selesai)
Jenis: Kapal tempur laju
Sesaran:
Panjang: 814 ka 4 in (248.2 m) (o/a)
Lunas: 108 ka (32.9 m)
Draught: 36 ka (11 m) (muatan terdalam)
Installed power:
Jana kuasa: 4 syaf; 4 set turbin stim
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak: 8,250 batu nautika (15,280 km; 9,490 bt) at 15 knot (28 km/j; 17 mph)
Anak kapal: 1,975
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Persenjataan:
Perisai:

Pihak RN menjangkakan jumlah yang lebih tinggi oleh gabungan kapal tempur Jerman dan Jepun pada awal tahun 1940an, dan kerana itu mula membina kapal tempur kelas Lion. Namun, pembinaan tiga turet meriam 16-inci bagi kelas Lion akan melewatkan penyiapan sehingga tahun 1943. British mempunyai cukup meriam 15-inci (381 mm) dan turet dalam simpanan untuk membolehkan sebuah kapal reka bentuk kelas Lion diubahsuai dengan empat turet dwi meriam 15-inci dipersiapkan lebih cepat daripada kapal kelas Lion yang telahpun dipasang lunasnya.

Kerja-kerja Vanguard telah dimulakan dan berhenti beberapa kali semasa peperangan, dan reka bentuknya disemak beberapa kali sewaktu pembinaannya mengikut pengalaman perang. Penghentian dan perubahan ini menghalangnya daripada siap sebelum perang berakhir.

Tugas pertama Vanguard selepas menyelesaikan ujian lautnya pada hujung tahun 1946 adalah, pada awal tahun berikutnya, untuk membawa Raja George VI dan keluarganya dalam Jelajah Diraja pertama ke Afrika Selatan oleh seorang raja yang memerintah.[4] Ketika sedang dalam pembaikkan selepas kembali, ia terpilih sekali lagi untuk Jelajah Diraja Australia dan New Zealand pada tahun 1948. Lawatan ini dibatalkan kerana kesihatan Raja George merosot dan Vanguard secara singkat menjadi kapal pemerintah Armada Mediterranean pada awal tahun 1949. Selepas ia kembali pulang pada pertengahan 1949, ia menjadi kapal pemerintah Skuadron Latihan Armada Utama. Disepanjang kerjayanya, kapal tempur biasanya berfungsi sebagai kapal pemerintah mana-mana unit yang ditugaskannya. Semasa awal tahun 1950an, Vanguard terlibat dalam beberapa eksesais latihan bersama tentera NATO. Pada tahun 1953 ia mengambil bahagian dalam Upacara Pertabalan Ratu Elizabeth II. Ketika ia sedang dibaik pulih pada tahun 1955, pihak Admiralti mengumumkan bahawa kapal itu akan dipindahkan ke simpanan selepas kerja baik pulih selesai. Vanguard telah dijual untuk sekerap dan telah dipecahkan bermula tahun 1960.

Nota dan rujukan sunting

  1. ^ Lenton 1998, m/s. 713.
  2. ^ a b McCart 2001, m/s. 108.
  3. ^ McCart 2001, m/s. 1, 10.
  4. ^ McCart 2001, m/s. 42.

Bibliografi sunting

  • The Gunnery Pocket Book
  • Associated Press (17 September 1945). "Explosion Rips Ship". The San Bernardino Daily Sun. 52. San Bernardino, California. Dicapai pada 12 July 2020.
  • Brown, David K.; Moore, George (2003). Rebuilding the Royal Navy: Warship Design Since 1945. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-705-0.
  • Campbell, John (1985). Naval Weapons of World War II. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-459-4.
  • Chakelian, Anoosh (15 May 2012). "86 Surprising Facts About Queen Elizabeth II". Time Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 May 2012. Dicapai pada 24 May 2012.
  • Cowling, Giles. "From Land, Sea and Air". Defence Management Journal. 31. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2012.
  • Garzke, William H., Jr.; Dulin, Robert O., Jr. (1980). British, Soviet, French, and Dutch Battleships of World War II. London: Jane's. ISBN 0-7106-0078-X.
  • Grove, Eric J. (2005). The Royal Navy Since 1815: A New Short History. Basingstoke, UK: Palgrave MacMillan. ISBN 0-333-72125-X.
  • Lenton, H. T. (1998). British & Empire Warships of the Second World War. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-048-7.
  • McCart, Neil (2001). HMS Vanguard 1944–1960: Britain's Last Battleship. Liskeard, Cornwall: Maritime Books. ISBN 0-907771-83-1.
  • Order of Splendor (14 March 2013). "The Vanguard Rose Brooch". From Her Majesty's Jewel Vault.
  • Parkes, Oscar (1990). British Battleships (ed. reprint of the 1957). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-075-4.
  • Pigott, Peter (2005). Royal Transport: An Inside Look at the History of Royal Travel. Toronto: Dundurn Press. ISBN 978-1-55002-572-9.
  • Raven, Alan; Roberts, John (1976). British Battleships of World War Two: The Development and Technical History of the Royal Navy's Battleship and Battlecruisers from 1911 to 1946. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-817-4.
  • Royal Museum Greenwich. "The Coronation Review, 15 June 1953". collections.rmg.co.uk. Dicapai pada 12 July 2020.

Bacaan lanjut sunting

  • Houghton, Michael A. (1998). "HMS Vanguard". Warship International. XXXV (3): 225–47. ISSN 0043-0374.

Pautan luar sunting

Templat:WWII British ships