HNoMS Fridtjof Nansen (F310)

HNoMS Fridtjof Nansen adalah sebuah frigat dalam Tentera Laut Diraja Norway. Ia telah dilancarkan pada 5 April 2006, dan merupakan kapal pertama dalam kapal perang kelas-Fridtjof Nansen.

Fridtjof Nansen pada tahun 2015
Sejarah
Norway
Nama: Fridtjof Nansen
Bersempena dengan: Penjelajah Norway, Fridtjof Nansen
Pembina: Navantia, Ferrol
Nombor limbungan: F310
Dibaringkan: 9 April 2003
Dilancarkan: 3 Jun 2004
Ditauliah: 5 April 2006
Pengenalan:
Status: Aktif
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Frigat kelas Fridtjof Nansen
Sesaran: 5,290 tan
Panjang: 134 m (439.63 ka)
Lunas: 16.8 m (55.12 ka)
Draft: 7.6 m (24.93 ka)
Jana kuasa:
  • Gabungan diesel dan gas (CODAG)
  • 2 x enjin diesel BAZAN BRAVO 12V 4.5 MW
  • 1 x turbin gas GE LM2500 21.5 MW
  • MAAG kotak giar
  • 2 x aci yang memacu bebaling pitch boleh laras
  • Bow Thruster Retractable (Electric)1 MW Brunvoll
  • 4 × penjana diesel MTU 396 Serie 12V 1250 KVA
Halaju: 27 knot (50.00 km/j)
Jarak: 4,500 batu nautika (8,334.00 km)
Anak kapal:
  • 120 anggota, penginapan untuk 146 orang
  • Radar multi fungsi Lockheed Martin AN/SPY-1F 3-D
  • Radar pengawasan udara/laut Reutech RSR 210N
  • Sagem Vigy 20 Electro Optical Director
  • Sonar pemasangan badan MRS 2000
  • Sonar tunda aktif/pasif Captas MK II V1
  • 2 × radar kawalan tembakan Mark 82
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Pelancar pengumpan Terma DL-12T, pertahanan daripada torpedo Loki
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × helikopter NH90

Anti pelanunan sunting

Pada 26 Februari 2009, kerajaan Norway telah memutuskan untuk mengatur gerak HNoMS Fridtjof Nansen ke Teluk Aden, bagi mengambil bahagian dalam Operasi Atalanta, sebuah kempen menentang pelanunan oleh Kesatuan Eropah di Somalia. Fridtjof Nansen menyertai kempen ini pada bulan Ogos 2009.[1][2]

Penglibatan Fridtjof Nansen dalam Operasi Atalanta telah dilakukan tanpa penugasan sebuah helikopter secara kekal di atasnya.[3] ekoran kelewatan penyerahan helikopter baharu, NH-90. Kapal ini dilengkapi dengan dua buah RHIB laju sebagai ganti.[4] Pada bulan November 2009, ia telah terlibat dalam satu pertempuran bersenjata dengan suspek lanun setelah diserang semasa sedang memeriksa sebuah kapal nelayan.

RIMPAC 2014 sunting

Pada tahun 2014, Fridtjof Nansen telah mengambil bahagian dalam latihan tentera laut, RIMPAC 2014 yang berlangsung di Lautan Pasifik. Dalam latihan ini, ia telah melancarkan sebuah Naval Strike Missile untuk menenggelamkan USS Ogden (LPD-5), sebuah kapal dok pengangkut amfibia yang telah dilucut tauliah oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, yang mana dijadikan sasaran sejauh 55 batu nautika, arah barat laut Hawaii pada 10 Julai 2014.[5]

 
Fridtjof Nansen berlabuh di Haakonsvern, Bergen, Norway

Rujukan sunting

  1. ^ Norwegian Armed Forces official website: "Norsk fregatt til Somalia" Diarkibkan 2009-03-01 di Wayback Machine (Norway)
  2. ^ "Norwegian frigate to join fight against piracy". The Norway Post. Norwegian Broadcasting Corporation. 1 March 2009. Dicapai pada 2 March 2009.
  3. ^ "Norsk fregatt setter kurs mot Afrika". Dagbladet (dalam bahasa Norwegian). Norwegian News Agency. 1 August 2009. Dicapai pada 22 October 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Norwegian Armed Forces official website: "Nansen er klar til dyst" Diarkibkan 2009-08-01 di Wayback Machine (Norway)
  5. ^ D'Angelo, Chris (October 16, 2015). "The Hidden History In Hawaii's Massive Underwater Ship Graveyard: The Navy says sinking exercises provide important training, but environmental groups maintain they're wasteful and destructive". Huffington Post. Dicapai pada October 16, 2015.