Buka menu utama

Haba pendam merujuk kepada jumlah tenaga yang diserap atau dibebaskan oleh sesebuah bahan kimia sewaktu pertukaran fasa tanpa mengubah suhunya, bermaksud pertukaran fasa seperti pencairan air batu atau pendidihan air.[1][2] Perkataan Inggerisnya, latent heat telah diperkenalkan oleh Joseph Black pada sekitar tahun 1750, diterbitkan daripada perkataan Latin, latere, bermaksud "tersembunyi".

RujukanSunting

  1. ^ Perrot, Pierre (1998). A to Z of Thermodynamics. Oxford University Press. ISBN 0-19-856552-6. 
  2. ^ Clark, John, O.E. (2004). The Essential Dictionary of Science. Barnes & Noble Books. ISBN 0-7607-4616-8.