Habibah Abdul Rahim

Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim adalah merupakan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke-17.[1] Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik ke jawatan tersebut sejak ia mula diwujudkan. Beliau bersara wajib pada tahun 2021[2] dan terus aktif dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Prof Adjung Datuk Dr.

Habibah Abdul Rahim

PJN; SSIS (Selangor); AMN; Phd (Stanford)
Ahli Majlis Pemulihan Negara
Memegang jawatan
23 Julai 2021
Perdana Menteri
PengerusiMuhyiddin Yassin
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
16 Januari 2020 – 5 April 2021
Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Didahului olehAmin Senin
Digantikan olehNor Zamani Abdol Hamid
Butiran peribadi
LahirHabibah binti Abdul Rahim
(1961-04-05) 5 April 1961 (umur 63)
PekerjaanPendidik

Kerjaya sunting

Kementerian Pendidikan Malaysia sunting

Sebelum Dr. Habibah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, beliau adalah merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum). Antara jawatan lain yang pernah disandang termasuklah sebagai Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Pengarah Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan.[3]

Beliau memainkan peranan besar dalam membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ketika Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.[4]

Institut Aminuddin Baki sunting

Beliau adalah pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki sebelum bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selepas bersara sunting

Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pemulihan Negara[5] selaku Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia.[6] Beliau juga telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.[7]

Penghargaan sunting

Pendidikan sunting

  • Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (2021)[8]
  • Anugerah Tokoh Teladan Integriti (2016)
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia (2002, 2007, 2013)

Darjah kebesaran sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (16 Januari 2020). "Kenyataan Media: Pelantikan Dr. Habibah Binti Abdul Rahim Sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Baharu". Kementerian Pendidikan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2023. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  2. ^ KP Pelajaran bersara hari ini
  3. ^ Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu
  4. ^ Biodata
  5. ^ Wakil parti pembangkang dijemput sertai MPN
  6. ^ Senarai warga kerja Institut MASA
  7. ^ MASA perkenal Ahli Bersekutu
  8. ^ Tokoh guru setia berkhidmat selepas bersara