Habsah binti Buang atau lebih dikenali sebagai Habsah Buang merupakan seorang pelakon dan penari era 40an 50-an/60-an. Habsah Buang di lahirkan di Singapura, Di Pitt Street, berdekatan dengan Jalan Besar pada tahun 1919. Pada usia yang sangat muda iaitu antara 7-8 tahun, beliau telah pun berkecimpung di arena pentas Bangsawan, mengikuti Borneo Star Opera dan menjelajah beberapa bandar di Nusantara dan Tanah Semenanjung.

Habsah Buang
Kelahiran
Habsah Binti Buang

1919 (1919)
Pitt Street, Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia28 April 1994 (berumur 74–75)
PekerjaanPenyanyi, penari, pelakon
Tahun aktif1940–1975
MajikanMalay Film Productions
PasanganMohd Leon
Anak-anak6 (termasuk Hashimah Yon)

Penglibatan sunting

Mak Habsah mula melibatkan diri dalam dunia filem seawal tahun 1940-an dan diantara filem-filem yang beliau lakonkan adalah seperti filem Bermadu, Topeng Shaitan dan Terang Bulang di Malaya dimana beliau telah diberi peranan utama dalam filem ini. Pada lewat tahun 1941, beliau telah berlakon dalam filem berjudul Mata Hantu namun penggambaran itu dihentikan kerana Tentera Jepun telah menyerang Singapura.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mak Habsah tinggal di Lorong Engku Aman, Di Geylang, berhampiran dengan rumah Wak Jarr, datuk kepada Biduanita Kartina Dahari. Apabila Pegawai Jepun mengetahui bahawa Mak Habsah adalah pelakon filem, beliau telah disuruh menganggotai kumpulan Budaya Jepun yang dipanggil Nippon Buyoh untuk menghiburkan askar-askar Jepun dengan tarian dan lawak jenaka. Setelah Tentera Jepun berundur pada tahun 1945, dunia filem dihidupkan semula, dan Mak Habsah pun tidak melepaskan peluang untuk kembali berlakon dihadapan kamera.

Diantara filem-filem lakonan beliau semasa era Keemasan perfileman Melayu adalah Penarik Beca, Anak Ku Sazali, Nasib Labu Labi, Isi Neraka, Hulubalang Daik, Batu Durhaka dan banyak lagi. Antara filem lakonan beliau yang popular ialah "Dayang Senandong", beliau memegang watak sebagai Permaisuri yang kejam terhadap menantunya yang hitam legam.

Perkahwinan sunting

Beliau telah mendirikan rumah tangga ketika berusia 13 tahun bersama Encik Yon @ Mohd Leon merupakan seorang pelakon bangsawan yang juga adik beradik pelakon, M. Suki dan mempunyai 5 anak hasil dari pekahwinan itu. Salah satu anak beliau yang menjadi pelakon popular semasa di Jalan Ampas adalah Seniwati Hashimah Yon.

Kematian sunting

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 28 April 1994 di Blok 22, Evenue 1, Bedok South, Singapura jam 1.10 pagi ketika berusia 75 tahun kerana sakit tua meninggalkan enam orang anak dan lebih dua puluh orang cucu.

Filemografi sunting

Filem sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting