Buka menu utama

Had Laju Kebangsaan (Malaysia)

(Dilencongkan dari Had Laju Kebangsaan)
Tanda had laju Malaysia (juga antarabangsa) sejak September 1998
Peringatan had laju kebangsaan (Jenis 1)
Peringatan had laju kebangsaan (Jenis 2)
Peringatan had laju kebangsaan (Jenis 3)
Tanda had laju di Malaysia sehingga September 1998.
Had Laju Kebangsaan 90 km/j di laluan persekutuan.

Had Laju Kebangsaan adalah satu set had laju yang ditetapkan bagi semua jalan raya dan lebuh raya di Malaysia. Memandu melebihi Had Laju Kebangsaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dikompaun sehingga maksimum RM300, bergantung kepada perbezaan di antara kelajuan pemandu dengan had laju yang berkenaan.

Isi kandungan

Had laju utamaSunting

  • Lebuhraya: 110 km/j (70 bsj), tetapi ada kalanya diturunkan kepada antara 80 atau 90 km/j (50-55 bsj) di kawasan bukit berbahaya, kawasan angin lintang serta bahagian yang mempunyai kadar aliran trafik yang tinggi di kawasan bandar.
  • Jalan persekutuan: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.
  • Jalan negeri: 90 km/j, diturunkan kepada 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had laju kenderaan beratSunting

Kenderaan berat dikenakan had laju khusus bagi menjaga keselamatan di jalan raya. Malangnya, kebanyakan kenderaan berat sering mengingkari had laju yang ditetapkan.

  • Lebuhraya: 80-90 km/j (50-55 bsj).
  • Jalan persekutuan dan negeri: 70-80 km/j (45-50 bsj), 60 km/j (40 bsj) di kawasan bandar.

Had laju lainSunting

Had laju 35 km/j (20 bsj) dikuatkuasakan di kawasan sekolah di sepanjang masa. Selain itu, kereta yang memasang gerabak trailer kecil di belakang juga dikenakan had laju yang sama seperti kenderaan berat.

Sejak musim cuti Hari Raya Aidiladha, Polis Diraja Malaysia mula menguatkuasakan had laju yang lebih rendah pada musim perayaan di jalan raya persekutuan dan negeri, daripada 90 km/j (55 bsj) kepada 80 km/j (50 bsj).

Lihat jugaSunting

RujukanSunting