Buka menu utama

Wikipedia β

Hadas besar

Hadas besar menurut istilah syarak ertinya ialah sesuatu yang maknawi (kotoran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar), yang berada pada seluruh badan seseorang; yang dengannya menegah mendirikan solat (fardu atau sunat) dan amal ibadat yang seumpamanya, selama tidak diberi kelonggaran oleh syarak. Selama seseorang itu tidak menempuh atau melakukan salah atau satu perkara yang menyebabkan hadas besar, maka selama itu badannya suci dari hadas besar.


Sebab-sebab seseorang itu berhadas besar;

  • Jimak atau melakukan persetubuhan sepasang suami-isteri.
  • Keluar darah Haid atau datang bulan bagi perempuan.
  • Keluar air mani sama ada melalui mimpi atau dengan sengaja.
  • Nifas iaitu darah yang keluar semasa melahirkan anak.
  • Wiladah iaitu melahirkan anak yang tidak diiringi darah.


Perkara yang diharamkan bila seseorang itu berhadas besar;

  • Solat sama ada fardu atau sunat.
  • Tawaf sama ada fardu atau sunat.
  • Menyentuh Al-Quran atau menanggungnya(membawa atau memegang).
  • Membaca Al-Quran
  • Berpuasa sama ada wajib, sunat atau qadak; bagi yang haid atau nifas.
  • Jimak dengan isteri-isteri yang haid atau nifas.


Untuk keluar dari hadas besar, seseorang itu diwajbkan mandi wajib, selepas itu barulah boleh melakukan ibadat yang fardu atau sunat dan perkara yang diharamkan semasa berhadas besar.


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.