Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan

(Dilencongkan dari Hadiah Nobel Kesusasteraan)

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan (Svensk: Nobelpriset i litteratur, bahasa Inggeris: Nobel Prize in Literature) ialah penghargaan tahunan yang dikurniakan kepada mana-mana pengarang dari pelbagai negara yang "telah menghasilkan karya berkecenderungan idealistik yang paling cemerlang dalam bidang kesusasteraan" (den som inom litteraturen har producerat det utmärktaste i idealisk riktning) menurut wasiat Alfred Nobel.[2][3] Setiap tahun, Akademi Sweden memutuskan siapa yang bakal menerima hadiah ini dan mengumumkan pemenangnya pada awal Oktober.[4]

Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
PenghargaanSumbangan cemerlang dalam bidang kesusasteraan
NegaraSweden
Disampaikan olehAkademi Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Anugerah pertama1901
Kini dipegang olehKazuo Ishiguro (2017)
Laman web rasminobelprize.org

Tatacara pencalonan sunting

 
Pengumuman Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan di Akademi Sweden, Stockholm (2008)

Setiap tahun, Akademi Sweden menghantar borang permintaan pencalonan untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Kesemua ahli-ahli Akademi, ahli-ahli akademi dan persatuan kesusasteraan, profesor-profesor kesusasteraan dan bahasa, bekas pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan, dan presiden-presiden pertubuhan penulis dibenarkan menamakan seorang calon kecuali diri sendiri.[5]

Beribu-ribu borang permintaan dihantar setiap tahun, memulangkan kira-kira 50 cadangan. Cadangan ini mesti diterima oleh Akademi sebelum 1 Februari, selepas itu dikaji oleh Jawatankuasa Nobel. Pada April, senarai pencalonan dikurangkan kepada kira-kira 20 calon, dan pada musim panas dikurangkan kepada lima calon sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya, dijalankan usaha mengkaji karya-karya calon yang layak tersebut. Pada Oktober, tiba masanya ahli-ahli Akademi mengundi, dan calon yang meraih lebih separuh undian dinamakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Proses pemilihan undian ini tak banyak bezanya dengan Hadiah-Hadiah Nobel yang lain.[6]

Sejak julung kali dianugerahkan, hadiah wang tunainya sering berubah-ubah dan kini berada pada nilai 10 juta krona Sweden.[7] Pemenangnya juga menerima sebutir pingat emas dan diploma Nobel serta diundang untuk bersyarah di "Minggu Nobel" di Stockholm; acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan majlis jamuan pada 10 Disember.[8]

Senarai penerima sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org.
  2. ^ "The Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. Dicapai pada 2007-10-13.
  3. ^ John Sutherland (13 Oktober 2007). "Ink and Spit". Guardian Unlimited Books. The Guardian. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  4. ^ "The Nobel Prize in Literature". Akademi Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-01. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  5. ^ "Nomination for the Nobel Prize in Literature". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  6. ^ "Nomination and Selection of the Nobel Laureates in Literature". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  7. ^ "The Nobel Prize Amount". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.
  8. ^ "The Nobel Prize Award Ceremonies". nobelprize.org. Dicapai pada 13 Oktober 2007.

Pautan luar sunting