Omar Said Cokroaminoto

(Dilencongkan dari Hadji Oemar Said Tjokroaminoto)

Haji Omar Said Cokroaminoto (6 Ogos 1882 - 17 Disember 1934) [1] ialah ketua parti politik Sarekat Islam di Indonesia.[2][3]

Haji Omar Said Chokroaminoto
Sumber: foto-foto.com

Dilahirkan di Kabupaten Ponorogo, Jawa Timur, Cokroaminoto ialah anak kedua daripada 12 orang adik-beradik. Ayahnya, R. M. Cokroamiseno, seorang pegawai pemerintahan, manakala datuknya, R. M. Adipati Cokronegoro, pernah menjawat bupati Ponorogo.

Pada bulan Mei 1912, Chokroaminoto menyertai pertubuhan Sarekat Dagang Islam yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa, akibat sebuah rusuhan anti-Cina pada awal tahun tersebut. Pertubuhan itu mendaftarkan semula sebagai "Sarekat Islam" pada bulan September, dan Chokroaminoto dilantik sebagai ketuanya. [4]

Sebagai salah satu pelopor pergerakan nasional, Cokroaminoto mempunyai tiga orang pengikut yang kemudian mewarnai politik Indonesia, iaitu Sukarno, ahli nasionalisme, Semaun, ahli sosialis, dan Kartosuwiryo, ahli agama.

Chokroaminoto wafat pada tahun 1934 dan dikebumikan di TMP Pekuncen, Yogyakarta. Salah satu kata-kata mutiaranya yang masyhur adalah: " Setinggi-tinggi ilmu, semurni-murni tauhid, sepintar-pintar siasat".

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://books.google.com/books?id=4CNNBAAAQBAJ
  2. ^ Tarling N. The Cambridge History of Southeast Asia. page 236. Cambridge University Press, 1999. ISBN 9780521663717
  3. ^ Keat Gin Ooi, editor. Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 3 page 1180, Page 1226, Page 1334. Publisher ABC-CLIO, 2004 the University of California. ISBN 9781576077702
  4. ^ Pranadipa Mahawira. Cinta Pahlawan Nasional Indonesia: Terlengkap & Terupdate pages 12-13. Publisher WahyuMedia, 2013. ISBN 9789797957513 [1]

Bacaan lanjut sunting

  • 1993. Ensiklopedi Umum. Yogyakarta: Kanisius.
  • Mirnawat. Kumpulan Pahlawan Indonesia Terlengkap Publisher Cerdas Interaktif, 2012. ISBN 9789797883430