Buka menu utama

Mohammad Mirzahady bin Amir atau lebih dikenali sebagai Hady Mirza (lahir 28 Januari 1980)[1] merupakan seorang penyanyi lelaki Singapura. Beliau ialah pemenang musim kedua Singapore Idol pada 25 September 2006 di Stadium Tertutup Singapura setelah berjaya meragut 70% daripada lebih kurang sejuta undian daripada penonton televisyen.

Hady Mirza
DaniAsh Hady+Mirza.jpg
Latar belakang
Nama lahirMuhammad Mirzahady Bin Amir
Kelahiran (1980-01-28) 28 Januari 1980 (umur 39)
Berasal dariSingapura Singapura
GenrePop, R&B, Soul
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
Universal Music Singapore
Laman sesawang
http://www.hady-mirza.com

Hady terkenal dengan suaranya yang lunak dan keperibadiannya yang mempersonakan. Beliau ialah pemenang lelaki yang kedua dan mengikuti jejak langkah idolanya, Taufik Batisah. Simbol zodiaknya adalah Aquarius. Beliau merupakan cucu kepada pelakon veteran Osman Zailani.

BiografiSunting

 
Hady Mirza semasa persembahan untuk HapyHadys Fanclub.

Hady mula menyanyi pada umur 8 tahun and terus jatuh cinta dengannya kerana perasaan di dalam setiap genre muzik. Ia merupakan suatu cara untuk beliau meluahkan emosi beliau dengan bebas. Di atas rancangan tersebut, Hady terkenal dengan kebolehannya untuk menyanyi lagu R&B, Pop, Rock dan juga Soul.

Sebelum bergelar penyanyi, Hady merupakan seorang penyanyi pub. Cita-citanya pada waktu kecil dahulu ialah menjadi pemain bola sepak profesional. Lagu yang menaikkan kredibiliti sebagai penyanyi yang bagus ialah menerusi lagu "Bohemian Rhapsody" daripada Queen kerana dia mampu menjiwai lagu itu serta cara penyampaiannya yang menarik hati peminat.

Tiga perkataan yang menggambarkan diri Hady ialah 3S's: mudah, tabah dan degil (simple, strong-willed and stubborn). Dia turut berkata dia sangat bagus dalam permainan bola, melayan tetamu dan membuat telur dadar!

Penyanyi kegemarannya ialah Lion King, Robbie Williams, Babyface, Boyz II Men, Peter Cetera dan Jamie Cullum. Beliau sangat rapat dengan keluarga serta rakan-rakanya dan keluarga serta rakan-rakannya sangat mempercayainya.

Album Hady yang pertama, yang bertajuk Hady Mirza, telah dikeluarkan di Singapura pada 13 November 2006[1] dan dia menerima anugerah Platinum selepas 4 hari albumnya dikeluarkan. Pada 16 Disember 2007, dia sekali lagi memenangi rancangan realiti nyanyian antara Asia iaitu Asian Idol dan telah menewaskan lima yang lain dari Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia. Lantas, setelah memenangi gelaran tersebut, dia akan menjelajah seluruh dunia sebagai wakil Asia.

Senarai persembahan Hady di Singapore IdolSunting

  • Persembahan 28 Tertinggi - Heaven (Bryan Adams)
  • Persembahan 12 Tertinggi (Pilihan Ibubapa) - "Rock DJ" (Robbie Williams)
  • Persembahan 11 Tertinggi (Hits No. 1) - "Maria, Maria" (Product G&B & Santana)
  • Persembahan 10 Tertinggi (Klasik) - "I've Got You Under My Skin" (Michael Buble)
  • Persembahan 9 Tertinggi (Pencerobohan Inggeris) - "Freedom" (George Michael)
  • Persembahan 8 Tertinggi (Rumah, Keluarga, dan Rakan) - "You've Got A Friend" (Al Green)
  • Persembahan 7 Tertinggi (Rock The House) - "You Give Love A Bad Name" (Bon Jovi)
  • Persembahan 6 Tertinggi (Pop Asia) - "Legenda" (Sheila Majid)
  • Persembahan 6 Tertinggi (Pop Asia) - "Party Like This" (V.E & Ruffedge)
  • Persembahan 5 Tertinggi (R&B Terbaik) - "I'll Make Love To You" (Boyz II Men)
  • Persembahan 5 Tertinggi (R&B Terbaik) - "Senorita" (Justin Timberlake)
  • Persembahan 4 Tertinggi (Pilihan Juri) - "Kiss" (Tom Jones)
  • Persembahan 4 Tertinggi (Pilihan Juri) - "Faithfully" (Journey)
  • Persembahan 3 Tertinggi (Lagu Kegemaran) - "Got To Get You Into My Life" (Earth, Wind and Fire)
  • Persembahan 3 Tertinggi (Lagu Kegemaran) - "Desperado" (Eagles)
  • Persembahan 2 Tertinggi (Pilihan Sendiri) - "Freedom" (George Michael)
  • Persembahan 2 Tertinggi (Pilihan Juri) - "Through The Fire" (Chaka Khan)
  • Persembahan 2 Tertinggi (Lagu pemenang) - "You Give Me Wings" (Hady Mirza)

DiskografiSunting

AlbumSunting

Kulit album Informasi album
Hady Mirza
  • Diedarkan: 13 November, 2006
  • Kedudukan carta: <tiada>
  • Worldwide Sales: <tiada>
  • Pengesahan RIAS: Platinum
  • Lagu-lagu: "You Give Me Wings" "Freedom 90" "What's Left?"

Nota: Di Singapura, album-album mendapat status platinum apabila penjualan album mencecah 10,000 unit, bukannya 1 juta seperti di Amerika Syarikat.

RujukanSunting

Pautan luarSunting