Haegyeolsa (album Shinhwa)


Troubleshooter atau Resolver[1] (Korea: 해결사; Haegyeolsa) merupakan debut album untuk Shinhwa. Ia dilancarkan pada 9 Mei 1998 dan menjadi cukup terkenal di kalangan peminat. Kumpulan ini pertama kali mengadakan persembahan di rancangan muzik KM Music Tank, menyanyikan lagu pertama mereka, "Haegyeolsa" (Resolver). Lagu ini berkembang menjadi popular dan mencapai nombor satu di beberapa carta. Single kedua mereka dari album yang sama berjudul "Eusha, Eusha". Kerana "Eusha, Eusha" adalah lagu yang mempunyai irama dan melodi lebih ringan berbanding Resolver, yang mempunyai irama dan mood yang lebih gelap dan ia menaiki carta dengan cepat. Bagaimanapun, di sekitar waktu yang sama, berlaku kecelakaan air yang telah berlaku di pantai, yang menyebabkan orang ramai menggunakan lagu, "Eusha, Eusha", sebagai peringatan terhadap kecelakaan ini, walaupun ia adalah lagu yang gembira. Melihat suasana ini, dengan cepat, Shinhwa terus mempromosikan single ketiga mereka berjudul "Sharing Forever" yang mencapai carta dengan baik.

Resolver
Haegyeolsa
Fail:1st album cover.jpg
Resolver cover
Album studio oleh
Dilancarkan padaMay 9, 1998
Dirakamkan pada1998
TempatKorea Selatan Edit the value on Wikidata
GenreK-pop
BahasaKorean
SyarikatSM Entertainment
PenerbitLee Soo Man
Kronologi Shinhwa Edit the value on Wikidata
SHIN HWA dan 해결사 Edit the value on Wikidata T.O.P
(1999)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senarai Lagu sunting

Maklumat disesuaikan dari nota pelapik dari album Resolver:[2]

No.TajukSusunanMasa
1."Resolver" (Korea: 해결사; Haegyeolsa) Yoo Young-jin3:39
2."Eusha! Eusha!" (Korea: 으쌰! 으쌰!) Yoo Young-jin, DJ Freddy3:32
3."Sharing Forever" (Korea: 천일유혼; Cheon-il Yoo Hoon) Yoo Young-jin3:52
4."Rock & Roll Summer!!"J. Kim4:20
5."Neul Naega Weonha neun Geoseun" (Korea: 늘 내가 원하는 것은) J. Kim4:24
6."Tears" (Korea: 눈물; Noonmool) Gaki3:22
7."Kiga Jalatsseoyo" (Korea: 키가 자랐어요) Fuzzy Kim3:51
8."Bisanggu" (Korea: 비상구) N.H. Son3:30
9."Nue" (Korea: 누에) N.H. Son3:42
10."Thanks" (Korea: 감사; Kamsa) M.J. Kim4:53


Video muzik sunting

"Resolver" sunting

Video muzik Shinhwa untuk tiga album mereka boleh dikatakan berbeza antara satu sama lain. Dalam video muzik "Resolver" (Korea: 해결사; Haegyeolsa), Shinhwa dilihat memakai baju seragam kuning terang, menari diatas platform yang berbuai. Jalan cerita yang ditonjolkan dalam video muzik tersebut boleh dikaitkan dengan filem Amerika, Terminator dengan bandar Seoul, Korea Selatan dimusnahkan oleh satu ledakan api yang besar. Seorang gadis berjalan bersama seorang lelaki di dalam video itu. Kemudian, lelaki tersebut menunjukkan kepada gadis itu pelbagai gambar dari kejadian holocaust hingga gambar Marilyn Monroe.

"Eusha, Eusha" sunting

Kontra dengan single pertama mereka, lagu "Eusha! Eusha!" (Korea: 으싸! 으싸!), yang merupakan gubahan semula lagu Manfred Mann berjudul "Doo Wa Diddy", adalah lagu yang ceria, dengan ahli berpakaian putih dan biru. Mereka juga merakam video muzik di pantai, dengan ahli berpakaian uniform pasukan bola keranjang Los Angeles Lakers, menggunakan jersi Kobe Bryant #8. Eusha! Eusha!" menjadi lagu pop bubblegum pertama buat Shinhwa dengan setiap ahli menunjukkan sisi mereka yang lain di dalam video muzik, dari melompat, berlari sehingga bermain di dalam air.

"Sharing Forever" sunting

Dengan "Resolver" merupakan lagu yang gelap dan "Eusha! Eusha!" adalah lagu yang ceria, "Sharing Forever" (Korea: 천일유혼; Cheon Il Yoo Hoon) pula adalah sebuah lagu sedih. Video muziknya menampilkan Eric Mun, ketua Shinhwa, sebagai jurugambar, sedang mengambil gambar di taman apabila beliau terserempak dengan seorang gadis yang buta matanya. Gadis tersebut menjadi model beliau dan jatuh cinta, hanya untuk membunuh gadis itu secara tidak sengaja di dalam satu kemalangan kereta, lalu membuatkan Eric murung. Gadis tersebut kemudian kembali sebagai hantu dan melawat Eric semasa beliau tidur. Beliau terjaga, merasai kehadiran hantu gadis itu dan akhirnya memeluk dia.

Kontroversi sunting

Walaupun album debut ini mencapai kejayaan yang sederhana, Shinhwa telah dituduh meniru gaya satu lagi kumpulan idol lelaki yang amat popular pada waktu yang sama iaitu H.O.T. sedangkan mereka dari agensi yang sama. Mereka sentiasa dibandingkan dengan H.O.T. dengan pengkritik menyatakan "cuba untuk memenangi hati peminat H.O.T.". Namun, tahun demi tahun, Shinhwa berjaya mengatasi H.O.T. dan sekarang antara kumpulan penyanyi lelaki paling popular.

Sejarah Pelancaran sunting

Negara Tarikh Syarikat edaran Format
Korea Selatan 5 Mei 1998 SM Entertainment, Synnara Records, King Records CD (KSC-8008)[3]
Jepun 19 September 2001 Avex Trax (renamed Shinhwa) CD (AVCD-18015)[4]

Kakitangan sunting

'Maklumat disesuaikan dari nota pelapik dari album Resolver:[2]

Produksi sunting

  • Lee Soo-man – penerbit
  • Yoo Young-jin – koordinator muzik
  • KAT – jurutera rakaman, jurutera mixing, jurutera mastering
  • Kim Young-hoon – jurutera rakaman
  • Kim Ki-byeol – jurutera rakaman
  • Yeo Doo-hyeon – jurutera rakaman
  • Andy in Canada – jurutera rakaman

Gitar sunting

  • Kim Seong-soo – "Resolver", "Sharing Forever"
  • Kim Jeong-bae – "Kamsa"

Saksofon sunting

  • Lee Jeong-sik – "Sharing Forever"

Keyboard sunting

  • Lee Ik-seong – "Kamsa"
  • Kim Myeong-jik – "Kamsa"

Rujukan sunting

  1. ^ Michael Fuhr Globalization and Popular Music in South Korea 1317556917 - 2015 "in “Haegyŏlsa” (Troubleshooter) (1998) by Shinhwa."
  2. ^ a b Haegyeolsa. SM Entertainment. 1998. |access-date= requires |url= (bantuan)
  3. ^ "Haegyeolsa album info". Hanteo (dalam bahasa Korean). Dicapai pada 20 March 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)
  4. ^ "シンファ - シンファ album info (Japan)". Oricon (dalam bahasa Japanese). Dicapai pada 20 March 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)Selenggaraan CS1: Bahasa yang tidak dikenali (link)