Hafeez Mikail

Pelakon dan model lelaki Malaysia

Muhd Hafiz Muhd Zaki (lahir 8 Ogos 1992) atau lebih dikenali sebagai Hafeez Mikail ialah pelakon dan model lelaki Malaysia.[1][2] Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan tanah air pada 2010, beliau terkenal menerusi watak Tengku Zarul dalam drama Hati Perempuan, Megat Wakeel dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita dan AJ dalam Kenyalang I'm In Love.

Hafeez Mikail
Kelahiran
Muhd Hafiz bin Muhd Zaki

(1992-08-08) 8 Ogos 1992 (umur 29)
Taman Melati, Kuala Lumpur, Malaysia
PendidikanIjazah Sarjana Muda Rekaan Grafik & Multimedia
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2010–kini

Kehidupan awalSunting

Hafeez dilahirkan pada 8 Ogos 1992 sebagai Muhammad Hafiz bin Muhammad Zaki di Taman Melati, Kuala Lumpur.[3]

Beliau bersekolah di SMK Taman Melawati, Hafeez ialah seorang pelajar yang tidak menggemari subjek matematik. Beliau sempat membintangi drama Blogger Boy dan iklan Petronas sebelum menceburi kerjaya di awan biru sama seperti ibunya. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Rekaan Grafik dan Multimedia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam.

KerjayaSunting

Hafeez pernah bekerja sebagai pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) selama 2 tahun, dari 2010 hingga 2012 dan pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih Helang Buana.[4]

Selepas membuat penampilan singkat dalam Blogger Boy dan menamatkan kerjayanya di MAS; pada 2013, Hafeez memegang watak sebagai Jeff dalam drama Janji Adam yang bersiaran di TV3, seterusnya membintangi dua telefilem, iaitu Korban Kasih dan Banglo Seksyen 2.

Pada tahun 2014, Hafeez berlakon dalam dua drama, bermula dengan drama adapatsi novel, Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3 lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda, memegang watak sebagai Safuan, seterusnya memegang watak Kimi dalam Ride di TV9. Kejayaannya hadir pada 2015 apabila memegang watak Tengku Zarul dalam Hati Perempuan yang dibintangi oleh Mia Ahmad dan Saharul Ridzwan. Sebelum Hati Perempuan, Hafeez terlebih dahulu membintangi drama Puteri Bukan Nama Sebenar dengan menjayakan watak Mikail.

Kerjaya filem Hafeez bermula apabila ditawarkan membintangi filem pertamanya, Busker (2018) arahan Syed Khairul Faiz lakonan bersama Daiyan Trisha, Mas Khan dan Bulan Terry.[5] Menerusi filem ini, beliau telah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-30. Beliau kemudian melancarkan single pertamanya, "Rahsia".

Hafeez kemudian menjayakan watak utama bersama Ain Edruce dalam Kenyalang I'm In Love yang menjalani penggambaran di Sarawak. Beliau seterusnya menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, beliau memegang watak sebagai Dazrin.

Hafeez seterusnya berlakon bersama Hisyam Hamid dan Aprena Manrose dalam drama Hatimu Sedingin Salju yang mana beliau memegang watak sebagai Nabil.[6][7]

Kehidupan peribadiSunting

Hafeez Mikail mendedahkan pada Januari 2019 bahawa semua laman media sosial miliknya telah digodam.[8]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tajuk Tahun Watak Catatan
2018 Busker[9] Adil Filem pertama
2019 Banglo No. 99

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Blogger Boy Shauki 8TV
2013 Janji Adam Jeff TV3
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Safuan TV3
Ride Kimi TV9
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Mikail TV3
Hati Perempuan Tengku Zarul
2016 Dia Semanis Honey Hanafi Astro Ria
Satu Cinta Syed Irfan TV1
Lara Terindah Faiz TV3
Samudera Rindu Norman TV9
2017 Semusim Rindu Ringgo Astro Prima
Cinta Di Langit Cardiff Imran TV2
My Coffee Prince Hafeez Astro Ria
2018 Tiada Arah Jodoh Kita Megat Wakeel TV3
Kenyalang I'm In Love Ahmad Jefri (AJ)
Vila Ghazara Dazrin
Mata Ketiga Faizul Tonton
2019 3 Gadis Manis Musim 3 Dafi Astro Gempak
Wanita Yang Dikasihi Anuar TV1
Qada dan Qadar Qada playtv@unifi
Demi Rindumu Muzaffar Astro Ria
2021 Kisah Mr. Cinderella Affan TV Okey
Hatimu Sedingin Salju Nabil TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Korban Kasih Hakim TV3
Banglo Seksyen 2 Faizal Astro Ria
2014 Misah Tarzan Hajar Runcit Mizun TV9
Wak Sayang Lue Aril Astro Maya HD
Cikgu Gangster Rayyan Astro Ria
2015 Sayang Suria Raykal TV3
Cinta Suci Jadi Saksi Fidot Astro Ria
Kubur Berdarah Zaid
2016 Jangan Pergi Syawal TV9
Baju Berkancing Peniti Zali TV3
Peluang Kedua Atan TV1
Ustaz Korea Sebelah Rumah Zamri Astro Ria
2017 Tesis Cinta Untuk B Rudy TV2
Sekali Kulafazkan Cinta Aqil
Kesempatan Kedua Sani TV3
2018 Radio Buruk Zambri TV1
Penjara Abah Amri Astro Citra
Daffodil Lara Ilham TV2
Raya Tina Raya Timah Ramli
2019 Bukan Lelaki Biasa TV1
Suka Dia Ya Suka Dia Tak Aryan RTM
2020 Formula Cinta Addan RTM
Romeo Gagap Badrul
Kelir Lokman
Makbul Along TV3
2021 Bilal Gantian Azad TV1

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Saluran Catatan
2015 Hati Perempuan Twitter Takeover TV3
2017 Perang Bibir TV3 Episod 6, 10
hLive Special: Semusim Rindu Astro Ria
hLive! Astro Awani Adil, 30 Disember
2018 Unplugged Astro Ria Episod 46, 8 Januari
hLive! Astro Awani Busker, 9 Januari
MeleTOP Astro Ria Episod 271, 16 Januari
CCTV Astro Ria Busker, 22 Januari
Trek Selebriti Astro Ria 25Jan
Huru Hara HyppTV 27Jan
Instafamous Battle Hurr.tv Episod 15, 28 Februari
Instafamous Takeover Hurr.tv Episod 2, 30 Mac
I Can See Your Voice Malaysia NTV7 Episod 12, 20 Oktober

IklanSunting

Tahun Tajuk Klien
2010 Kereta Buruk Petronas
2018 #TERMAKBUL Sebuah Impian Digi Telecommunications
Nova 3i Huawei

DiskografiSunting

Lagu dan muzik video
Tajuk Penyanyi Catatan
Atma Jiwa Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE, MV
Semak Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE, MV
Ingin Selalu Hafeez Mikail OST Digi #Termakbul, MV
Konfessi (Aku Mohon) Morning Glory MV
Alamak Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE
Selamat Tinggal Kekasih Lama Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE
Mogok Tenteram Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE
Slumber Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE
Doa Untuk Kekasih Simfoni Dalam Poket #BUSKERTHEMOVIE
Rahsia Hafeez Mikail 27Sept2018

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Lelaki Harapan Busker Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (25 Januari 2017). "Rezeki di mana-mana - Hafeez". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-27. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  2. ^ Nur Asyikin Mayudin (20 November 2017). Hafeez Mikail Jawab Hubungan Dengan Daiyan mStar Online. Dicapai pada 11 Januari 2018.
  3. ^ Ifqdar Rahman (15 Januari 2018). Busker peluang Hafeez Mikail menyerlah Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2018.
  4. ^ Ifqdar Rahman (21 Ogos 2014). Hafeez Mikail bukan ‘adik-adik’ Utusan Malaysia. Dicapai pada 20 Januari 2018.
  5. ^ Rozaimi Zubaidi (11 Januari 2018). Berlakon filem pertama, Hafeez Mikail berdebar tunggu reaksi penonton Astro Gempak. Dicapai pada 25 Januari 2018.
  6. ^ Mohammad Shahemy Azmi (30 Jun 2021). "Lakonan semakin terbatas - Hafeez Mikail". Kosmo!. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
  7. ^ Ali Toupan Rajalee (25 Jun 2021). "Hafeez Mikail sedar diri tak 'famous', pengikut rendah - "Satu hari nanti nama akan 'fade away'... takkan laku"". mStar Online. Dicapai pada 10 Ogos 2021.
  8. ^ Semua akaun media sosial milik Hafeez Mikail digodam mStar Online (28 Januari 2019). Dicapai pada 29 Januari 2019.
  9. ^ ‘Busker’: A modern love story made with all the right tunes Diarkibkan 2018-05-22 di Wayback Machine Star2 (13 Januari 2018). Dicapai pada 13 Januari 2018.

Pautan luarSunting