Buka menu utama

Hafidz Roshdi

Pelakon lelaki Malaysia
Jangan dikelirukan dengan Hafidz Romly.

Muhammad Hafidz bin Roshdi (lahir 13 November 1994) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia dan merupakan bekas peserta Hero Remaja 2011/12.[2] Beliau terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di TV3.[3][4]

Hafidz Roshdi
KelahiranMuhammad Hafidz bin Roshdi
(1994-11-13) 13 November 1994 (umur 24)[1]
Shah Alam, Selangor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian5 ft 8 in (1.73 m)
PasanganNurul Shuhada binti Mat Shukri (berkahwin 2016)
Anak1

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 13 November 1994 di Shah Alam, Selangor, dan merupakan anak sulung dari empat beradik. Hafidz mempunyai dua adik lelaki serta seorang adik perempuan. Beliau merupakan lulusan di Management & Science University (MSU), seterusnya menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

KerjayaSunting

2012–2015: Kerjaya awalSunting

Hafidz memulakan kerjaya hiburan dengan menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam. Penyertaannya di dalam pertandingan ini menjadikan Hafidz sebagai peserta termuda dalam Hero Remaja 2011/12.[5]

Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya menerusi drama Baby Ana Milik Siapa?, memegang watak sebagai Edry. Drama ini turut dibintangi oleh Cristina Suzzanne dan Hairul Azreen. Hafidz mula menerima perhatian umum menerusi gandingannya bersama Uqasha Senrose menerusi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu, memegang watak sebagai Harraz Naufal.[6]

2016–kini: Puncak populariti dan mula dikenaliSunting

Selepas Tundukkan Playboy Itu, beliau muncul pula menerusi drama Mr. Donat Karamel yang menggandingkan beliau bersama penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz, diadaptasi dari novel dengan judul sama nukilan Hanny Esandra;[7] Hafidz memegang watak Faiq Faiqal.[8]

Hafidz menjayakan peranan utama sebagai Fareeq dalam Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa untuk siaran di Slot MegaDrama Astro Ria. Beliau berlakon dengan adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi telenovela Filipina popular iaitu Sana'y Wala Nang Wakas yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ini merupakan kali pertama Hafidz berlakon dalam drama sepanjang 100 episod yang turut dibintangi oleh Addy Ashraf, Ben Amir dan Atikah Suhaime.[9]

Menjelang 2019, Hafidz bakal menyusun atur strategi untuk menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri.[10]

Kehidupan peribadiSunting

Hafidz dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati iaitu Nurul Shuhada binti Mat Shukri pada 30 November 2015.[11] Mereka telah berkenalan selama 3 tahun ketika sama-sama menuntut di Management & Science University (MSU) di tempat lahirnya.[12]

Selain itu, beliau pernah dilanda kontroversi apabila dikaitkan dengan gosip rakan pelakonnya, Uqasha Senrose.[13] Beliau telah sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama yang diberi nama Humairah yang dilahirkan pada 9 September 2017.[14][15]

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2018 Makrifat Cinta Dirinya sendiri Kamal G Kameo dalam majalah, tidak dikreditkan
2019 Pusaka   Luqman Zul Abu Hassan Pos-produksi

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Baby Ana Milik Siapa? Edry TV3
2015 Tabir Zulaikha Johan
Wadi Cikgu Hanafi
Kau Aku Kita Fakhrul Syeen
Aku Pilih Kamu Rizman
Ya Solihin Solihin TV2
Tanah Kubur (Musim 14) Muhammad Astro Oasis Episod: "Jihad Samurah bin Jundur"
2016 Tundukkan Playboy Itu Harraz Naufal TV3
Hajah Heathrow Kembali Razali
Mr. Donat Karamel Faiq Faiqal
2017 Seharum Mawar[16] Farhan Hakimi TV1
Baitul Rahmat Ustaz Safuan
Kias Ramadhan Faiz/Boy TV3 Episod: "Sepatu Saiz 10"
Kisah Dari Mekah Imran Astro Oasis Episod: "Aku Jumpa Siapa?"
Raisha Fuad TV3
Red Velvet Fareeq Astro Ria
2018 Papa Nak Menantu Azrin Aidil TV3
Kelip-Kelip Di Kota London Syed Syaufiq
Doa Ku Mohon Aiman
Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung Ahmad Rosli
Cinta Tiada Ganti Nazrim Astro Prima
Solat: Dekatkan Kami DenganMu Fauzi TV3
Jawatankuasa Kampung Kalut Remy Episod: "Mencari Rezeki"
Raisha 2 Fuad
Kan Kukejar Cinta Kamu Huzail Astro Ria
2019 Cinta Tanpa Henti Saiful TV3
Calon Menantu Tuan Rumah Adam TV Okey
Manuskrip Cinta   Dr. Rian Akasyah TV1

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Anak Ikan Hafidz Astro Prima
2015 Perangkap Perkahwinan Fitri
Hajah Heathrow Razali TV3
2016 Ayah Mentuaku Hakimi TV9
Kau Aku Kita Raya Fakhrul Syeen TV3
Sabotaj Syarul TV1
2017 Jalan Balik Surau Maman TV3
Bawa Aku Ke Syurga Nizam TV9
2018 Kembalikan Sinarnya Ustaz Zahir TV3
2019 Viral Alam Maya Hazmin
Siti Selfie Jamal TV2
Najiha Ridzwan
Ara Taufiq

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak
2016 Lela Manja Raja Muda Tengku Dewa

Web dramaSunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2018 KOPI: Kopi Julia Ikram Tonton

IklanSunting

Tahun Tajuk Catatan
2015 Petronas Raya Sampai Hati bersama Beto Kusyairy
2016 Syukur Selalu F&N bersama Janna Nick

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Jangan Gelak Tetamu jemputan TV3 Episod 12 (23 Disember)
2016 Hot TV TV9
Melodi TV3 bersama Dayana Roza
Ketuk Ketuk Ramadhan (Musim 9): Episod 10 TV1
Perang Bibir Peserta TV9
Bonda Bonding Dirinya sendiri Astro Prima
Ye Ke?! Artis jemputan TV3 bersama Adira, Michael Ang, Didie Alias, Zamarul Hisham dan Lisdawati
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Penyampai trofi bersama Idris Khan dan Azrel Ismail
2017 Melodi Tetamu jemputan bersama Mira Filzah
Nona Artis jemputan Segmen 'Dapur Bonda' (6 Ogos 2017) bersama Chef Fikri
Pop TV TV9 bersama Khai Bahar, Wani Kayrie, Fiza Sabjahan dan Sweet Qismina.
Hot TV Artis jemputan
Melodi Pengacara undangan TV3 menggantikan Awal Ashaari sebagai pengacara bersama dengan AG (15 Oktober)
CCTV Tetamu jemputan Astro Ria bersama Amira Othman
Kau Rasa? Dirinya sendiri Astro Warna bersama Ruhainies dan Puteri Balqis
2018 Fan Fanatik Peserta Astro Ria Episod 9 (3 Januari 2018)
Drop The Beat ntv7 bersama Saharul Ridzwan, Elly Mazlein dan Balqis Mentor.
#ExpeRIAnce2018: Projek Theme Park Dirinya sendiri Astro Ria Episod 10 (8 Mei 2018).
Mentor Otai Juri awam TV3 25 Mac 2018
Malaysia Hari Ini Tetamu jemputan bersama Hanna Aqeela (11 April 2018)
Kata Serasi ntv7 bersama isteri dengan Azad Jasmin dan Eira Syazira.
Balik Kampung Bersama Pensonic: Episod 1 TV3
Resepi Memikat Isteri 2 Dirinya sendiri Astro Ria bersama isteri (Episod 11: 6 Jun 2018).
Romantika Musim 8 bersama isteri (6 Jun 2018)
CCTV Tetamu jemputan bersama Syamim Farid (30 Julai 2018)
#BawangLive bersama Aedy Ashraf, Nelydia Senrose dan Syamim Farid (2 Ogos 2018)
2019 Aroma Tradisi TV3 Episod 6
The Sherry Show Artis jemputan bersama Waris, Wak Doyok dan Erra Fazira (21 Julai 2019)
Bawang Live! Astro Ria bersama Fauziah Ahmad Daud dan Sweet Qismina untuk mempromosikan filem seram, Pusaka (30 September 2019)

KedermawananSunting

Pada 25 Mei 2016, Hafidz bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Janna Nick dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[17] Hafidz bersama Janna dan Amar tampil dalam iklan pendek 'Ilmu' yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan perniagaan baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan.[17] Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.[17]

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–4
Aktor Pilihan Mr. Donat Karamel Dicalonkan
Pasangan Serasi Pilihan (bersama Azira Shafinaz) Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Biodata dan Gambar Hafidz Roshdi Pelakon Tundukkan Playboy Itu, One Direct Movie (1 Januari 2016). Diperoleh pada 14 Mei 2016.
  2. ^ Hafidz Roshdi Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Mei 2016.
  3. ^ Kenneth Chaw (20 Mac 2017). "Actor Hafidz Roshdi recalls the day he punched a guy". Star2. Dicapai 25 Julai 2017. 
  4. ^ Tahir Alhamzah (29 Jun 2016). "New beginnings". New Straits Times. Dicapai 18 Ogos 2016. 
  5. ^ Izwan Mohd. Isa (25 April 2018). "Hafidz Roshdi rebut peluang". Kosmo!. Dicapai 3 Mei 2018. 
  6. ^ "Percubaan lelaki-lelaki 'Tundukkan Playboy Itu'". Kosmo!. 2016-02-22. Dicapai 20 Mei 2016. 
  7. ^ Nurul Nazrah Nazaruddin (23 November 2016). "Demi Azira, Hafidz Roshdi sanggup jadi pelayan". Sinar Harian. Dicapai 13 Mei 2017. 
  8. ^ Loong Wai Ting (15 November 2016). "Catch TV3's new Malay melodrama series Mr. Donat Karamel". New Straits Times. Dicapai 13 Mei 2017. 
  9. ^ Sudirman Mohd. Tahir (13 April 2018). "Buang ego untuk menangis". Harian Metro. Dicapai 6 Mei 2018. 
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Disember 2018). "Terkilan anak kurang mesra". Harian Metro. Dicapai 30 Jun 2019. 
  11. ^ Mohd Al Qayum Azizi (13 Mac 2018). Hamil 3 Bulan, Isteri Alah Bau Badan Hafidz Roshdi MStar Online. Dicapai pada 2 Mei 2017.
  12. ^ Biodata Nurul Shuhada Mat Shukri Isteri Hafidz Roshdi Melvister (30 Mei 2016). Dicapai pada 31 Mei 2016.
  13. ^ Aqmar Mustaza (24 Mei 2016). "Uqasha ketepi kontroversi bersama Hafidz Roshdi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2017. Dicapai 25 Julai 2017. 
  14. ^ Hafidz Roshdi Tak Mahu Tahu Jantina Anak Sebelum Isteri Bersalin
  15. ^ Sudirman Mohd Tahir (9 September 2017). Hafidz Roshdi dan isteri sambut anak perempuan Harian Metro. Dicapai pada 10 September 2017.
  16. ^ Wawann Mohd (22 Mei 2017). 'Rezeki berlakon tak pernah putus': Hafidz Roshdi Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mei 2017.
  17. ^ a b c Budiey (25 Mei 2016). TV3 & TV9 Lancar Kempen Ramadan Syukur Selalu 2016 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2016.

Pautan luarSunting