Hafiz Hamidun

Penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia

Mohammad Hafiz Hamidun (lahir 21 September 1984) merupakan seorang penyanyi, komposer, penerbit rakaman dan penulis lirik Malaysia.[1] Kerjayanya bermula sebagai ahli kumpulan nasyid UNIC dan sempat menerbitkan dua album studio bersama kumpulan ini. Beliau meninggalkan UNIC pada 2006 dan memulakan kerjaya muzik secara solo dan sehingga kini telah menerbitkan enam album studio.[2] Beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada 500 Muslim paling berpengaruh di dunia oleh The Muslim 500.[3]

Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidun on MeleTOP.jpg
Hafiz ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 22 Disember 2015.
Latar belakang
Nama lahirMohammad Hafiz bin Hamidun
Kelahiran (1984-09-21) 21 September 1984 (umur 36)
Sitiawan, Perak, Malaysia
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi, komposer, penerbit rakaman, penulis lirik, ahli perniagaan
InstrumenVokal
Tahun aktif2002–kini
Syarikat rakaman
Arteffects
Pengkarya berkait
UNIC
Laman sesawang
www.hafizhamidun.com

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak Darul Ridzuan[4] pada 21 September 1984. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik kepada pasangan Hamidun Mat Rasul dan Laila Sarji. Hafiz membesar di Kampung Changkat Jong, Teluk Intan.[5]

Beliau mendapat pendidikan awal pada 1990 di Tadika KEMAS Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Kemudian pada tahun 1991 beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak dari darjah 1 hingga 6. Setelah tamat UPSR pada tahun 1996, beliau diterima masuk ke Sekolah Izuddin Shah, Ipoh di tingkatan satu (Januari 1997) namun beliau hanya sempat bersekolah di sana selama sebulan. Pada Februari 1997 beliau meneruskan pelajarannya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim. Selepas tamat PMR pada tahun 1999 beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan, Perak sehingga 2001.

Selepas tamat SPM pada tahun 2001, beliau meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bidang Undang-Undang pada tahun 2002 seterusnya menyambung pengajian dalam bidang Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada tahun 2005. Beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya dalam jurusan Matrikulasi Sains Kemanusiaan, sebelum berpindah masuk ke Matrikulasi Undang-undang.

KerjayaSunting

Penglibatannya di dalam pelbagai aktiviti seni mula dikesan semenjak zaman persekolahan.[6] Bakat beliau dalam bidang muzik diasah melalui persembahan-persembahan dan undangan di peringkat dalam dan luar. Ketika di UIAM, beliau dilamar oleh Hijjaz Music Entertainment sewaktu konsert Hijjaz dan In-Team di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya.

Beliau telah menganggotai UNIC pada tahun 2003, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Afendi yang mengundur diri dari kumpulan tersebut dan telah merakamkan album bersama UNIC selama 4 tahun. Album-album beliau bersama UNIC ialah See You Di IPT dan Satu Tekad.

Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Music Entertainment pada awal 2006, Hafiz telah menubuhkan syarikat penerbitan muzik sendiri iaitu Arteffects Production pada 6 Jun 2006. Di bawah Arteffects, beliau bergiat aktif dalam menerbitkan lagu-lagu untuk penyanyi tempatan serta antarabangsa.

Setelah itu, beliau tampil dengan album solo sulungnya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album berkonsepkan Pop Nasyid pada 20 Mac 2007 dengan menampilkan 10 buah lagu dan antara hits utama album ini ialah "Cerita Hati", "Kesaktian Cinta" dan "Melihat Bintang".

Pada tahun 2009 Hafiz telah muncul dengan album kedua, Syukran. Pada tahun 2011 Hafiz telah menubuhkan Arteffects dan telah memiliki studio sendiri di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Melalui syarikat baru ini, beliau telah menerbitkan album Zikir Terapi Diri[7] dan dua album kesinambungannya — Zikir Terapi Diri 2 (2013) dan Zikir Terapi Diri 3 (2014).

Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beilau ditawarkan oleh penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam menawarkannya berlakon dalam siri drama, Jalan Kembali terbitan Skop Productions, beliau memegang watak sebagai Dani, seorang bekas mat rempit. Lagu-lagu daripada album Zikir Terapi Diri menjadi lagu latar dalam siri ini.[8]

Hafiz melancarkan album I Love Rasulullah pada 20 April 2015.[9][10] Album ini telah terjual sebanyak 10,000 unit dan telah menerima pensijilan Platinum.[11] Enam bulan kemudian, iaitu pada Oktober 2015, beliau telah diiktiraf sebagai salah seorang daripada selebriti Muslim paling berpengaruh menerusi keluaran baharu majalah The Muslim 500 bagi edisi 2016.[12][13][14]

Pada 22 Februari 2016, Hafiz melancarkan buku autobiografi pertamanya, Cerita Hati Hafiz Hamidun terbitan NuBook Press.[15] Sejak pelancaran, buku ini telah terjual sebanyak 10,000 naskhah.[16]

Pada tahun 2017, Hafiz menjadi salah seorang daripada 11 peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama yang turut disertai oleh bekas kumpulannya, UNIC. Beliau berjaya memenangi tempat kelima.

Beliau kemudian menjalinkan kerjasama erat dengan pihak pelancongan Taiwan menerusi acara Meet Beitou Loving Taipei yang membolehkan beliau membantu mempromosikan pelancongan mesra Muslim di Taipei untuk orang Islam di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Selain beliau, turut mengikuti program itu ialah Bella Nazari dan Andi Bernadee.[17]

Pada tahun 2018, beliau telah dilantik sebagai duta kempen #JomCintaNabi anjuran Berita Harian.[18]

Pada Disember 2020, Hafiz melancarkan album keenam, Marhaba.[19]

Kehidupan peribadiSunting

Hafiz berkahwin dengan ahli perniagaan kosmetik Joy Revfa pada 1 Mei 2017. Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira jam 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini. Hafiz dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi. Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Majlis perkahwinan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.[20][21]

Tidak lama selepas bernikah, Hafiz dan Joy Revfa bercerai secara sah talak satu pada 25 Oktober 2017.[22] Perceraian mereka membawa kepada pendedahan isu-isu peribadi.[23]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Hamdee Hafiz.[24][25]

DiskografiSunting

Album studioSunting

SingleSunting

  • "Kasih Padamu" (2012)
  • "Jodoh Berdua" (2013)
  • "Mikraj Cinta" (2014)[a]
  • "Janjiku" (2015)
  • "Yang Dinanti" (2016)
  • "Marhaban" (2016)
  • "Jangan Berhenti" (2018)

FilemografiSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
2014 Jalan Kembali Dani Watak utama TV2

BibliografiSunting

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Sensasi Popular Dirinya sendiri Tercalon

CatatanSunting

  1. ^ Lagu asal yang dinyanyikan oleh Hafiz untuk persembahannya di Konsert Mikraj Cinta di Istana Budaya (IB) pada 2014 dan kemudiannya diberikan kepada Siti Nurhaliza untuk persembahannya di pementasan teater Sirah Rasulullah yang juga diadakan di IB pada 2015.

RujukanSunting

  1. ^ Nur Asyikin Mayudin (11 September 2020). "Kini bergelar jutawan, Hafiz Hamidun pernah lalui fasa kesusahan - "Kereta kena tarik, makan mi segera sebab tiada duit". mStar Online. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  2. ^ Norliza Mohamad Zakaria (7 Mei 2008). "Penghijrahan Hafiz Hamidun". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 7 September 2017. Dicapai pada 21 April 2009.
  3. ^ "Hafiz Hamidun: Profile". The Muslim 500. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  4. ^ "Pengorbanan Hafiz Hamidun". Sinar Harian. 5 September 2017. Diarkib daripada yang asal pada 7 September 2017. Dicapai pada 21 April 2018.
  5. ^ Amira Amaly Syafaat (20 Disember 2015). "Hafiz... Juara perancang masa depan". Utusan Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 25 Disember 2015. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  6. ^ "Imbas nostalgia zaman sekolah". Harian Metro. Dicapai pada 21 April 2014.
  7. ^ "Dakwah terbaru Hafiz Hamidun". Utusan Malaysia. 28 Januari 2012. Diarkib daripada yang asal pada 3 Februari 2019. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  8. ^ "Versi drama 'Jalan Kembali' kini di TV2". Utusan Borneo. 19 Ogos 2014. Dicapai pada 6 Januari 2015 – melalui PressReader.
  9. ^ Faisal Asyraf (21 April 2015). "Hafiz Hamidun spreads his musical wings". New Straits Times. Dicapai pada 4 Januari 2016.
  10. ^ "Perjuangan Hafiz". Utusan Malaysia. 28 April 2015. Diarkib daripada yang asal pada 5 Mei 2016. Dicapai pada 28 April 2015.
  11. ^ Ayu Nadirah (29 April 2015). "Hafiz Hamidun lebarkan sayap dengan album baharu, I Love Rasulullah". Wanista. Dicapai pada 4 Januari 2016.
  12. ^ Feride Hikmet Atak (5 Oktober 2015). "Hafiz Hamidun diiktiraf selebriti Muslim berpengaruh dunia". mStar Online. Dicapai pada 9 Januari 2016.
  13. ^ "Hafiz diiktiraf seniman Islam berpengaruh". Berita Harian Singapura. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 9 Januari 2016.
  14. ^ Ramlah Zainal (28 Oktober 2015). "Impian Hafiz jadi nyata". Harian Metro. Dicapai pada 9 Januari 2016.
  15. ^ Mohd Aizat Shamsuddin (13 Februari 2016). "Hafiz Hamidun lancar buku pertama". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2017.
  16. ^ Feride Hikmet Atak (13 April 2016). "Hafiz tak kisah buku dikritik". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2017.
  17. ^ Zaidi Mohamad (26 Disember 2017). "Buang kontroversi, Hafiz Hamidun perluas perniagaan". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2018.
  18. ^ Latifah Ariffin (11 November 2018). "Hafiz Hamidun semarak cinta Nabi melalui muzik". Berita Harian. Dicapai pada 4 Januari 2019.
  19. ^ "Album selawat daripada Hafiz Hamidun". Malaysia Gazette. 6 Januari 2021. Dicapai pada 6 Januari 2021.
  20. ^ "Hafiz Hamidun Bergelar Suami Joy Revfa Dengan Sekali Lafaz". Astro Gempak. 1 Mei 2017. Dicapai pada 3 Mei 2017.
  21. ^ Kemalia Othman (1 Mei 2017). "Hafiz Hamidun Sah Suami Pengasas Kosmetik Joy Revfa". mSTAR Online. Dicapai pada 3 Mei 2017.
  22. ^ "Tiada persetubuhan... Hafiz Joy Revfa cerai talak satu". mStar Online. 25 Oktober 2017. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  23. ^ "Hafiz says his marriage to Siti Arifah was never consummated". The Star Online. 24 Ogos 2017. Dicapai pada 25 Ogos 2017.
  24. ^ Zaidi Mohamad (10 Mac 2020). "Hamdee penyeri hidup Hafiz Hamidun". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2020.
  25. ^ Wartawan Sinar Harian (10 Mac 2020). "Hamdee penyeri hidup Hafiz Hamidun". Sinar Harian. Dicapai pada 21 April 2020.

Pautan luarSunting