Hagwon (학원) ialah sejenis pusat tuisyen di Korea Selatan. Istilah ini juga digunakan oleh golongan keturunan Korea di Amerika Syarikat untuk merujuk terhadap institusi yang serupa.[1][2]

Hagwon
Hangul학원
Hanja學院
Perumian Semakanhagwon
McCune–Reischauerhagwŏn
Deretan Hagwon di Dunsan-dong, Daejeon, Korea Selatan.

Hampir kesemua kanak-kanak muda menghadiri Hagwon.[3] Pada 2008, sekitar 70 ribu buah Hagwon wujud di Korea Selatan dengan 47% daripadanya menitikberatkan pengajian sekolah tinggi.[4]

SukatanSunting

Lazimnya, Hagwon bertindak sebagai pusat kelas tambahan yang boleh membantu meningkatkan pencapaian akademik murid, terutamanya dalam peperiksaan kemasukan sekolah tinggi dan universiti. Meskipun begitu, Hagwon juga memiliki beberapa fungsi pembelajaran yang lain seperti berperanan sebagai pembimbing kepada golongan murid yang tercicir dan memberi latihan yang tidak disediakan sekolah. Sebuah Hagwon lazimnya pakar dalam mata pelajaran Matematik, Sains, kesenian, muzik dan bahasa asing.[5]

Selain itu, Hagwon jenis bukan akademik juga wujud yang mengajar kemahiran seperti bermain piano, berenang dan taekwondo. Hagwon bagi golongan dewasa seperti Hagwon yang memberikan kelas gubahan bunga, pemanduan kenderaan dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Penyeliaan dan pengurusanSunting

Sistem Gwaoe (과외, "pendidikan swasta") pernah diharamkan oleh Presiden Chun Doo-hwan pada 1980 kerana dilihat sebagai tidak adil kepada golongan miskin yang tidak dapat memasukinya serta untuk membina kesamarataan dalam masyarakat. Lama-kelamaan, pengharaman ini dikurangkan oleh pihak kerajaan dengan memberikan lebih banyak ruang kepada pendidikan swasta kepada individu serta organisasi.[6] Pengharaman ini diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan pada 90-an.[7]

Penetapan had masa operasi Hagwon ialah sebuah isu berkontroversi. Pada musim panas 2009, sebuah peraturan had masa operasi Hagwon telah diwartakan di Seoul dan Busan.[8] Pada Oktober 2009, sekumpulan ibu bapa, guru, pelajar dan pengurus Hagwon menubuhkan sebuah petisyen untuk mencabar perundangan tersebut. Pihak mahkamah berkeputusan bahawa peraturan tersebut tidak bercanggah dengan perlembagaan.[9]

Pemerhatian terhadap pihak pengurusan Hagwon menunjukkan bahawa dewan perbandaran selain Seoul tidak menetapkan had masa terhadap Hagwon, dan peraturan ini dilihat tidak memberi kesan terhadap yuran pendidikan.[10] Cubaan untuk mengatasi masalah peraturan ini pernah dilakukan sesetengah Hagwon di Seoul..[11]

Pihak pengurus Hagwon mengadu tentang masalah dalam mencari guru yang benar-benar berkelayakan.[12] Sekumpulan guru bahasa Inggeris mula membentuk sebuah kesatuan pekerja pada 2005.[13]

RujukanSunting

  1. ^ Ashley Dunn (28 Januari 1995). "Cram Schools: Immigrants' Tools for Success". New York Times.
  2. ^ Daniel Yi (17 Julai 2002). "Using Summer to Spring Ahead for the Fall". LA Times. Dicapai pada 29 Ogos 2009.
  3. ^ "83 percent of five-year-olds in Korea go to hagwon". The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). 9 Januari 2017.
  4. ^ Moon Gwang-lip (15 Disember 2009). "Statistics paint Korean picture". Joongang Daily. Dicapai pada 10 Februari 2010.
  5. ^ "South Koreans' Zeal for English Leads to Abuse of 'Hagwon' System". Yonhap News. 4 Mac 2005. Dicapai pada 29 Ogos 2009.
  6. ^ Casey Lartigue (28 Mei 2000). "You'll Never Guess What South Korea Frowns Upon". The Washington Post.
  7. ^ James Card (30 November 2005). "Life and death exams in South Korea". Asia Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 2019-11-05.
  8. ^ kswho (8 Julai 2009). "'Hagwon' Curfew to Be Set at 10 pm". Korea Times. Dicapai pada 6 November 2009.
  9. ^ Park Yu-mi, Kim Mi-ju (31 Oktober 2009). "Despite protests, court says hagwon ban is constitutional". Joongang Daily. Dicapai pada 6 November 2009.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  10. ^ Kang Shin-who (1 April 2010). "'Hagwon' Curfew Backsliding". Korea Times. Dicapai pada 9 Julai 2010.
  11. ^ Kim (김), Hye-yeong (혜영) (11 Mac 2011). 학원, 대놓고 수업하는 곳은 없지만 10시 넘자 셔터 내리고 '보충'. Hankook Ilbo (dalam bahasa Korean). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mac 2012. Dicapai pada 2011-03-30.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ Limb Jae-un (8 Disember 2008). "English teachers complain about certain hagwon". Joongang Daily.
  13. ^ Park Si-soo (8 Disember 2009). "English Teachers Establish Labor Union in Incheon". Korea Times.

Pautan luarSunting