Mohammad Haikal bin Farid Rizal atau lebih dikenali sebagai Haikal Farid merupakan seorang penyanyi remaja Malaysia yang berasal dari Selangor. Beliau mula dikenali ramai setelah menyertai pertandingan lagu Immortal Songs Malaysia pada tahun 2020.

Haikal Farid
Nama lahirMohammad Haikal bin Farid Rizal
Kelahiran7 Februari 1999 (umur 25)
Shah Alam, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2017-kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Rusa Music
Pengkarya berkait
Asfan Shah, Azzam Sham, Weswey, Treehill

Biografi sunting

Nama sebenarnya, Mohamad Haikal bin Farid Rizal. Menggunakan nama pentas, Haikal Farid. Berumur 21 tahun (2020). Berasal dari Shah Alam, Selangor. Mendapat pendidikan di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Subang Jaya, Selangor. Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi. Bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Rusa Music. Antara lagu dipopularkannya termasuk Demam Cinta, Waktu Terindah dan Genggam. Bakal terbit dengan single baharu berjudul Tak Terganti pada awal tahun 2021. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @haikalfarid sehingga kini mencatatkan lebih 70,000 pengikut.

Memulakan karier seni dengan berkongsi dendangan lagu-lagu cover di media sosial, termasuk laman Youtube. Menjadikan lagu-lagu penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran sebagai inspirasi dalam genre muziknya. Pernah diangkat sebagai pemenang pertandingan nyanyian yang dianjurkan bersempena dengan tayangan filem Busker, menerusi lagu OST filem tersebut yang berjudul Atma Jiwa. Pernah berentap dalam pertandingan Immortal Songs siaran TV3, malah persembahannya ketika itu mendapat pujian daripada sifu, M. Nasir. Menampilkan kelainan dengan mengetengahkan genre Pop Country menerusi lagu Waktu Terindah yang pernah dirakamkannya, ciptaan kakaknya sendiri, Farhana Farid. Vokalnya dikatakan iras penyanyi wanita, malah turut didakwa mempunyai persamaan dengan penyanyi Sufian Suhaimi. Demam Cinta nyanyiannya pernah menghiasi drama bersiri Senafas Rindu dan telefilem Formula Cinta sebagai lagu runut bunyi. [1]

Diskografi sunting

Single sunting

Solo
Tahun Judul Album
2017 "Genggam" Single
2021 "Tak Terganti"
"Hanya Kamu"
2022 "Selamat Hari Raya" Single Raya
"Pujaan" Single
Duet/Kolaborasi
Tahun Judul Bersama Album
2017 "Atma Jiwa" Simfoni Dalam Poket OST Filem Busker
2018 "Demam Cinta" Asfan Shah OST Drama Senafas Rindu
2021 "Pasrah" Azzam Sham & Treehill Single Cover
"Perihal Dirimu" Weswey Single

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Immortal Songs Malaysia Peserta TV3 Sebagai penyanyi jemputan.
2021 Malaysia Hari Ini Artis jemputan TV3 Sebagai tetamu jemputan

Rujukan sunting

  1. ^ [1]