Buka menu utama

Hairi Safwan

Pelakon lelaki Malaysia

Mohd Hairi Safwan Bin Aznan (lahir 16 Januari 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia dan merupakan Juara Program realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada April 2009. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu iaitu Pengurus acara. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production.

Hairi Safwan
KelahiranMohd Hairi Safwan Bin Aznan
(1988-01-16) 16 Januari 1988 (umur 31)
Alor Setar, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009-kini
PasanganFara Afiza Azman (berkahwin 2014)
Anak2
SaudaraChef Fikree Aznan (adik)

Kehidupan peribadiSunting

Hairi merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Pada 22 Mac 2014 beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihan yang merupakan seorang guru Fara Afiza Azman dan hasil perkahwinan telah dikurniakan dua orang anak.[1][2] Beliau juga merupakan abang kepada Chef Selebriti, Chef Fikree Aznan.

KerjayaSunting

Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menjuarai Program Realiti Anak Wayang musim pertama pada tahun 2009 ketika beliau baru berusia 21 Tahun. Program tersebut turut disertai oleh Hafiz Halim, Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi. Dalam pertandingan tersebut beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat Hafiz Halim yang juga merupakan seorang pelakon. Hairi juga merupakan pelakon teater. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sama ada protagonis lawak atau antagonis dengan begitu baik.

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem / drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Hantu Air Fauzi Murali Abdullah
2018 Operasi X Inspektor Aman Sandosh Kesavan

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Kecuali Cintamu Pengurus Acara Astro Prima
Senja Permai Latiff Astro Prima
2010 Ular Emas Ustaz Dhamiri TV3 Slot Lagenda
Saka Jentayu Jalit Muda TV3 Slot Seram
2011 Mata Ayer Ustaz Akhbar TV3 Slot Lagenda
Jiwa Dan Lara Ibnu Hisham TV3 Slot Samarinda
2012 Esah Pajero Mat Dom TV3 Slot Dramamedy
Ameera Farouk TV3 Slot Samarinda
Bonda Kashah TV3 Slot Azalea
Lara Hati Ismail TV9 Slot Ratu
Derhaka Episod Dendam Zafrul Astro Oasis
2013 Janji Shirah Azri TV3
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Adam TV3 Slot Akasia
Duri Di Hati Rizal TV3 Slot Azalea
Epilog Cinta Khirana Luqman TV3 Slot Samarinda
Operasi D6 Hezry TV3 Drama Sprm
Geng Kampung Pisang Hairi TV9
AKU Badrul/ Black TV3 Slot Aksi
2014 Kerana Terpaksa Aku Relakan Yazid TV3 Slot Akasia
Besan Tiga Segi Shah Zaman TV3
Cinta Agra Sam TV2
Walau Sedetik Cinta Ustaz Amri TV AlHijrah
Kifarah: Sahabat Subahat Budiman TV3 Slot Zehra
2015 Eksperimen Cinta Along TV3 Slot Dahlia
HidayahMu Ramadan Ismail TV3 Slot Samarinda
Kifarah Mistik: Orang Ketiga Ali TV3 Slot Zehra
2016 Seindah Takdir Cinta Taufik TV3 Slot Akasia
Amsyar Azhar/ Pak Long TV9 Slot Azalea
2017 Kak Marr Chef D TV3 Slot Dahlia
Kisah Dari Mekah Yusof Astro Oasis turut memainkan peranan sebagai Pengarah
2018 Papa Nak Menantu Ayah Azrin Aidil TV3 Slot Dahlia
Lelaki Kiriman Tuhan Fuad Astro Oasis
2019 Kereta Sewa Ramli TV3

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Mawi Raya Ya Habibi PA Mawi (Hairi) Astro Ria Telemovie Pertama
Takbir Terakhir Adik Astro Prima
2010 Selipar Jepun Suria Penemuduga Astro Prima
2011 Jalan Songsang Noh TV3
2012 Korban Haji Pak Su TV3
Nenek Bongkok 3 Ustaz Razak Astro Ria
Kasihnya Qaseh Hisham TV1
2013 Kasih Berbisik Ustaz TV AlHijrah
Yaasin Terakhir Kassim TV1
Cintaku Bibiku Amir TV1
Bini Aku Hantu Langsuir Jeffri TV9
Pelita Tanpa Sumbu Samad TV3
2014 Si Wayar Putus Kahel TV9
Haji Tak Mabrur Farid TV3
Terpaku Pontianak Abu Rock TV9
Menghitung Rahmat Tuhan Aril TV9
2015 Abang Beduk Zill Astro Maya HD
Sopeah Jin Shahbudin TV3
Veteran Rock Azamuddin TV9
2016 Mimi Amah Diva Kekasih Mimi Astro Ria Undangan Khas
Pontianak Sesat Dalam Kampung Mak Leh Astro Ria
Andai Bukan Khilaf Itu Cikgu Amar TV2
Batu Nisan Ibu Pak Su TV3
2017 Dodol Untuk Menantu Asrin TV9
Azam Yang Terlampau Amri TV2
Dosa Perempuan Azali TV3
Rombongan Marhaban Sesat Jalan Budin TV9
Dosa Terlindung Faizal TV3
Surah Mati Abah Zul TV3

TeaterSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2015 Mek Mulung Puteri Cahaya Bulan

RujukanSunting

  1. ^ Hairi teruja bakal bergelar bapa Sinar Harian (12 Februari 2015). Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  2. ^ Garret Dawum (3 April 2014). Cinta sejati Hairi, Fara Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2018.

Pautan luarSunting