Haiwan menyendiri

binatang yang tidak hidup dengan binatang lain dalam spesiesnya

Haiwan bersendirian adalah haiwan yang menghabiskan kebanyakan masa mereka tanpa yang lain sama spesies, dengan pengecualian bagi mengawan dan membesarkan anak.

Menjadi pemburu bersendirian merupakan kelebihan terus hidup bagi harimau kerana ia hanya perlu mencari cukup makanan bagi dirinya dan anaknya.

Jajahan sunting

Haiwan yang bersendirian seringkali haiwan yang mengawal jajahan mereka dan tidak suka kehadiran haiwan lain di jajahan mereka, terutamanya haiwan yang sama jenis. Ini mungkin disebabkan persaingan bagi peluang mengawan atau mengenai jajahan, atau ia merupakan cara yang lebih sesuai untuk hidup dipersekitaran ini. Apabila dua spesies yang sama berjumpa mereka seringkali memaparkan rupa bengis dan cuba menghalau sesama sendiri, tetapi jika tidak satupun berundur perkelahian mungkin meningkat. Dalam sesetengah spesies perkelahian ini boleh berakhir dengan kematian satu atau keduanya.

Pengecualian sunting

Haiwan bersendirian hanya bersama yang sama spesies dengannya ketika ia menjaga anak atau ketika ia bersedia untuk mengawan. Walau bagaimanapun, apabila anaknya tidak lagi bergantung dengannya anak itu akan samaada pergi dengan sendiri atau disingkirkan oleh keluarganya. Kecenderungan ini kemungkinannya ibu bapanya tidak tahan dengan kehadiran yang sama atau ia bersedia untuk mengawan sekali lagi dan tidak mampu menjaga kedua-dua anak pertama dan yang baru lahir. Semasa tempoh mengawan, haiwan bersendirian cuba mencari pasangan, dan sebaik sahaja ia selesai, haiwan itu mungkin mengulang proses mengawan beberapa kali sebelum meneruskan gaya hidup bersendiriannya.

 
Tasmanian Devils sebenarnya haiwan yang agak jinak dengan manusia. Tetapi dua Tasmanian Devil yang diletakkan bersama menjadi amat agresif dan bergaduh sesama sendiri.

Sesetengah haiwan hidup berkumpulan dan sesetengahnya hidup bersendirian. Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat. Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak. Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.

Kebanyakan haiwan yang tinggal secara menyendiri adalah pemangsa dan mangsa mereka tinggal secara berkumpulan. Pemangsa dan mangsa adalah salah satu bentuk interaksi antara haiwan. Haiwan yang hidup secara menyendiri melindungi diri mereka, selalunya pemangsa, dengan menggunakan kuku mereka yang tajam, gigi mereka yang kuat, menggunakan kekuatan tubuh badan mereka dan menggunakan bisa atau racun.

Haiwan yang tinggal secara menyendiri melakukan semua perkara sendirian. Mereka hidup dan memburu makanan sendirian. Haiwan ini mempunyai ruang yang cukup dan memadai untuk berehat dan tidur dalam habitat mereka.

dan apakah haiwan seterusnya?

Haiwan yang bersendirian sunting


Lihat juga sunting