Haji Mohd Douglas bin Mahuri atau lebih dikenali sebagai Haji Arshad (21 Jun 1932 - 26 Ogos 1995) adalah seorang pelakon dari Malaysia. Beliau menjadi popular apabila dia menggantikan tempat seniman Mahmud Jun yang menolak pelawaan pengarah M. Amin untuk berlakon dalam filem arahannya yang pertama, Lanchang Kuning.[1]

Haji Arshad
Kelahiran
Mohd Douglas bin Mahuri

(1932-06-21)21 Jun 1932
Meninggal dunia26 Ogos 1995(1995-08-26) (umur 63)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampung Permata, Kuala Selangor
Nama lainHaji Arshad
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1959–1995

Kerjaya

sunting

Beliau antara pelakon yang sering membawa watak jahat atau antagonis dalam filem Melayu klasik (hitam-putih). Walaupun hanya diberikan watak pelakon pembantu, tapi pengarah ketika itu seperti Salleh Ghani dan S. Roomai Noor berjaya menggilap bakat Haji Arshad untuk watak bomoh dalam filem Bawang Putih Bawang Merah. Lakonan berkesan dalam filem terbabit berjaya menambat hati pengarah S. Roomai Noor untuk mengambilnya berlakon dalam filem Mahsuri. Kesungguhan dan ketabahan mendalami bidang lakonan meletakkan Haji Arshad sebagai pelakon pembantu watak jahat utama di Studio Cathay-Keris Film Productions [2] ketika itu. Namun, nasib tetap tidak menyebelahinya walaupun berjaya membuktikan kehebatan dalam lakonan dengan hanya diberikan watak pembantu utama kepada pelakon seperti seniman Nordin Ahmad dan seniman Mahmud Jun. Sepanjang kariernya, Haji Arshad sempat membintangi lebih 30 filem selain memegang peranan sebagai penolong pengarah untuk filem Kalong Kenangan dan filem Istana Berdarah. Kedua-dua filem tersebut diarahkan oleh pengarah Hussein Haniff.

Anugerah

sunting

Pada tahun 1986 beliau telah dianugerahkan piala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 atas lakonan berkesannya di dalam filem Tsu Feh Sofiah.

Filemografi

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting