Haji Mohamad Dahalan bin Mohd Ramli

penulis Malaysia

Haji Mohamad Dahalan bin Mohd Ramli ialah mantan pensyarah pakar dalam bidang bahasa Melayu dan perkaedah di Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM), Kuala Lumpur.[1] Beliau juga merupakan perunding antara 1999 hingga 2002 di sebuah syarikat multimedia yang menghasilkan perisian Kursus Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Bestari, anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dahlan memperoleh Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia pada 1978 dan Sarjana Sastera dalam bidang kurikulum dan pengajaran dari Ohio State University, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat pada 1985.[1] Beliau juga berpeluang mengikuti kursus di National Center for Teaching Thinking, Boston, Amerika Syarikat pada 1993 serta juga di Simon Fraser University dan Banarby South Secondary School, Vancouver, Kanada pada 1997.

Karya sunting

Antara buku teks yang ditulis oleh Dahalan termasuklah: [1]

  • Buku Teks KBSM Bahasa Malaysia Tingkatan 3 (1989);
  • Buku Teks KBSM Bahasa Malaysia Tingkatan 4 (1990);
  • Buku Teks KBSM Bahasa Malaysia Tingkatan 5 (1991);
  • Buku Teks Bahasa Melayu KBSR Tahun 1 (1996);
  • Buku Teks Bahasa Melayu KBSR Tahun 3 (1998);
  • Buku Teks Bahasa Melayu KBSR Tahun 6 (2001).

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Mohd Dahalan bin Mohd Ramli, Mohd Samsuddin bin Mahmod, dan Abd Ghalib bin Yunus. Buku Teks KBSM Bahasa Malaysia Tingkatan 5. Ringkasan penerbit, Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 978-983-62-7861-6