Haji Sumatrabhumi (yang bermaksud "Raja dari tanah Sumatera")[1][2] ialah seorang raja Kerajaan Srivijaya yang menghantar utusan ke dinasti Song China pada tahun 1017.[3][4] Namanya tercatat dalam Xu Zizhi Tongjian Changbian karya Liu Tao sebagai Xiachi Suwuzhapumi (霞遲蘇勿吒蒲迷; transkripsi Baxter untuk bahasa Cina Pertengahan:[5] Hae-drij Su-mjut-traeH-phuX-mi).[6] Gelaran "Haji" pada amnya merupakan gelaran untuk raja bawahan.[7]

Para utusan yang dihantar oleh Haji Sumatrabhumi membawa surat bertuliskan emas, dengan persembahan mutiara, gading, buku agama berbahasa Sanskrit, dan hamba.[8][9] Maharaja Zhenzong dari Song sangat senang hati dengan mereka, dan mengizinkan para utusan tersebut untuk melihat bangunan kerajaan, sebelum menghantar mereka kembali dengan surat balasan dan pelbagai hadiah lainnya.[8]

Selama masa pemerintahannya, Srivijaya diperkirakan mendapat serangan dari dinasti Chola, yang memuncak pada tahun 1025 di bawah pimpinan Raja Rajendra Chola I.[3] Peristiwa ini tercatat dalam batu bersurat Tanjore.[3]

Penguasa Srivijaya setelah raja ini ialah Sri Sangrama Vijayatunggavarman, yang ditangkap oleh pasukan Chola dalam serangan mereka ke atas Kedah (Kadaram), salah satu wilayah Srivijaya.[3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Houtsma, M. Th (1987). E.J. Brill's first encyclopaedia of Islam, 1913-1936: L - Moriscos (dalam bahasa Inggeris). E.J. Brill. ISBN 9789004082656.
  2. ^ Journal asiatique (dalam bahasa Perancis). Société asiatique. 1922.
  3. ^ a b c d Hall, D.G.E. (1981). History of South East Asia (dalam bahasa Inggeris). Macmillan International Higher Education. m/s. 67. ISBN 9781349165216.
  4. ^ Munoz, Paul Michel (2006). Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula (dalam bahasa Inggeris). Continental Sales, Incorporated. m/s. 175–177. ISBN 9789814155670.
  5. ^ "Baxter-Sagart Old Chinese reconstruction (Version 1.00, 20 Feb. 2011)".
  6. ^ Xu Zizhi Tongjian Changbian, ch. 89.
  7. ^ Beberapa karya dalam ilmu-ilmu sastra (dalam bahasa Inggeris). Fakultas Sastra, Universitas Indonesia. 1975. m/s. 87.
  8. ^ a b Bulletin de l'École française d'Extrême-Orient (dalam bahasa Inggeris). L'Ecole. 1941. m/s. 285.
  9. ^ Society, Siam (1969). Collected articles (dalam bahasa Inggeris). Siam Society.