Hajiji Mohd Noor
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Mohd Noor (lahir 10 Mei 1955) merupakan Ketua Menteri Sabah ke-16 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Sulaman sejak 22 Oktober 1990 hingga kini. Beliau juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional Sabah.[1] Pernah dilantik sebagai Menteri Pembangunan dan Infrastruktur Sabah serta mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018.[2] Beliau telah keluar dari UMNO selepas Pilihan raya umum Malaysia 2018 setelah kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada PRU tersebut dan telah bersetuju dengan ADUN Sabah yang lainnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Selepas menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dia telah dilantik sebagai pengerusi perhubungan dan ketua Parti Pribumi Bersatu di Sabah atas kelayakan dan kebijaksanaan beliau mengendali sesebuah parti. Disebabkan kebijaksanaan cadangan Datuk Seri Panglima Hajiji dan Kepintaran Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya ditubuhkan iaitu Gabungan yang yang hanya wujud di Sabah Borneo. Gabungan Rakyat Sabah ialah salah satu Gabungan terbesar dan popular di Negeri Sabah.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor SPDK, PGDK (Sab); KMN | |
---|---|
حاججي محمد نور | |
![]() | |
Ketua Menteri Sabah ke-16 | |
Memegang jawatan 29 September 2020 | |
Yang di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah |
Yang di-Pertua Negeri | Juhar Mahiruddin |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Timbalan | Bung Moktar Radin Jeffrey Kitingan Joachim Gunsalam |
Didahului oleh | Mohd Shafie Apdal |
Menteri Kewangan Sabah | |
Memegang jawatan 29 September 2020 Berkhidmat dengan Masidi Manjun (Menteri II) | |
Pembantu | Nizam Abu Bakar Titingan Jasnih Daya |
Didahului oleh | Mohd Shafie Apdal |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sulaman | |
Memegang jawatan 22 Oktober 1990 | |
Didahului oleh | Jasni Gindug |
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Sabah | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah | |
Memegang jawatan 7 September 2020 | |
Timbalan Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 12 Mei 2018 Berkhidmat dengan Jeffrey Kitingan Masidi Manjun | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Didahului oleh | Joseph Pairin Kitingan Yahya Hussin Raymond Tan Shu Kiah |
Digantikan oleh | Wilfred Madius Tangau Jaujan Sambakong Christina Liew |
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah | |
Dalam jawatan 11 Mei 2018 – 12 Mei 2018 | |
Gabenor | Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Didahului oleh | Joseph Pairin Kitingan |
Digantikan oleh | Peter Anthony |
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah | |
Dalam jawatan 27 Mac 2004 – 10 Mei 2018 | |
Gabenor | Ahmadshah Abdullah Juhar Mahiruddin |
Ketua Menteri | Musa Aman |
Pembantu | Edward Yong Oui Fah (2004–2013) Ghulamhaidar Khan Bahadar (2008–2013) Zakaria Edris (2013–2018) Joachim Gunsalam (2013–2018) |
Didahului oleh | Salleh Said Keruak |
Digantikan oleh | Jahid Jahim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Hajiji bin Mohd Noor 10 Mei 1955 Kampung Serusup Tuaran, Sabah |
Parti politik | Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (sejak september 2020 - Kini) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (sejak september 2020 - Kini) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag |
Anak-anak | Mohd Reza Khairil Anuar Nur Diyana Mohd Ghazali |
Ibu | Hajah Teruyah Omar |
Bapa | Haji Mohd Noor Harun |
Alma mater | University of New Hampshire Amerika Syarikat |
Pada pilihan raya negeri Sabah 2020, Rakyat Sabah telah meyaksikan pertembungan diantara 3 Gabungan yang mereka bakal undi iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan PCS + Anak Negeri, dan Gabungan Warisan Plus.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada parti Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau mewakili dari parti Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (PPBM-Sabah).[3] Pada 9 Januari 2021, beliau telah dilantik sebagai pengerusi tetap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menandatangani perjanjian "MoU" Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi mengukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan di dalam Parti-Parti yang ada dalam Gabungan tersebut.
Beliau merupakan Ketua Menteri ke-16 Sabah, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), dan Ketua PPBM-Sabah.
Kehidupan awal
Hajiji dilahirkan di Kampung Serusup, Tuaran, Sabah pada 10 Mei 1955, anak kedua daripada tiga orang adik beradik kepada pasangan Haji Mohd Noor Harun dan Hajah Teruyah Omar. Ayah beliau merupakan seorang petani dan nelayan bermusim. Mendapat pendidikan awal di SRK Serusup dari 1961-1966 dan menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tuaran dari 1967-1971 dan mendapat agregat 15 di dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Selepas itu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah St. John, Tuaran dari 1972 hingga 1973. Beliau juga telah lulus Malaysia Certificate of Education (MCE) dan mendapat keputusan antara yang terbaik untuk daerah Tuaran.
Kerjaya
Penjawat awam
Memulakan kerjaya sebagai juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah pada 1976 selama satu tahun. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran dan berkhidmat dari 1977 hingga 1982. Selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Southern New Hampshire University, Amerika Syarikat, beliau berkhidmat sebagai Penguasa Kastam Sabah dari tahun 1986 hingga 1990.
Politik
Beliau memulakan kerjaya politiknya apabila menyertai Parti USNO pada tahun 1990 hingga 1994. Selepas pembubaran USNO pada tahun 1994, beliau menyertai UMNO. Sejak Pilihan raya negeri Sabah 1994 hingga Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau mengekalkan kerusi DUN Sulaman atas tiket UMNO. Beliau telah berkhidmat selama enam (6) penggal berturut-turut.[4] Walaubagaimanapun, United Malays National Organisation (UMNO) di Negeri Sabah telah hilang usul percaya dan ini telah menyebabkan UMNO jatuh dan "runtuh" pada PRU-14 (2018). Sehubungan dengan kejatuhan UMNO-BN di Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor telah menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang telah diasaskan oleh Datuk Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan pada 2018. Pada tahun 2019, Beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan telah dilantik sebagai Ketua BERSATU untuk bahagian Sabah dan telah dilantik sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah pada Tahun 2020.
Gabungan baru telah diasaskan pada 12 September 2020 sehubungan dengan pembubaran Dun Sabah yang diumum oleh Datuk Shafie Apdal (Mantan Ketua Menteri ke-15). Gabungan tersebut ialah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin (TSMY) bagi menghadapi Pilihan Raya Sabah 2020. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi Gabungan yang beliau sertai secara rasmi selepas Gabungan Bersatu Sabah (GBS).
Beliau sangat berpengalaman dalam arena Politik Sabah dan berikut adalah Pengalaman Datuk Hajiji Mohd Noor selama dalam arena politik Sabah:
- 1992, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Abdul Ghafar Baba (kemudiannya Tun) sehingga 1993.
- 1994, dilantik sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah portfolio Belia dan Sukan.
- Ketua UMNO Bahagian Tuaran dari tahun 1994 hingga 2018.
- Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), dari tahun 1991 hingga 1994.
- Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah Pembangunan Perindustrian dari tahun 1994 hingga 1996 dan tahun 1999 hingga 2001.
- Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari tahun 1996 hingga 1999.
- Pembantu Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004.
- Bendahari UMNO Sabah dari tahun 2001 hingga 2018.
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari tahun 2004 hingga 2018.
- Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018.
- Menjadi Ahli Bebas (Secara rasmi keluar dari Parti UMNO-Sabah)
- Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Bebas Pro-GBS pada pertengahan Tahun 2018.
- Dilantik sebagai Ketua BERSATU Sabah (2019) dan Dilantik sebagai Ketua Perhubungan Perikatan Nasional (PN) - Sabah (2020, 2021 - rasmi).
- Dilantik sebagai Ketua Menteri ke-16 Negeri Sabah pada 28 September 2020.
- Dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Parti - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 dan telah menandatangani Memorandum persefahaman "MoU" GRS.
- Mengumumkan "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" sebagai projek pembangunan dan kemajuan Sabah selama 5 tahun (2021 - 2025).
- KEJATUHAN BN-UMNO DI NEGERI SABAH (2018)
Selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 (2018), beliau telah keluar dari UMNO dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Politik Bebas. Beliau dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Sabah sejak dari tahun 2019.[5] Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencalonkan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu seandainya gabungan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memenangi pilihan raya negeri Sabah ke-16[6]. GRS berjaya memenangi pilihan raya negeri dan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mewakili pihak Perikatan Nasional (PN) dan mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pencalonan beliau telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia dilangsungkan pada 29 September 2020.[7]
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Juliah Salag dan dikurniakan empat (4) orang anak antaranya Mohd. Reza, Mohd. Khairil Anuar, Nur Diyana dan Mohd. Ghazali.
Anugerah dan penghargaan
- Malaysia :
- Kesatria Mangku Negara (KMN) - (1998)
- Sabah :
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Undi | Pct | Pencabar | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | N11 Sulaman, P137 Tuaran | Hajiji Noor (USNO) | 3,575 | 59.05% | Jahid Jahim (PBS) | 3,294 | 32.14% | 8,202 | 281 | 80.02% | ||
Kalakau Untol (AKAR) | 565 | 2.55% | ||||||||||
Aliasgar Basri (BERJAYA) | 538 | 2.66% | ||||||||||
Shafie Anterak (PRS) | 120 | 3.60% | ||||||||||
Yusof Awang Ludin (Bebas) | 38 | 3.60% | ||||||||||
Laugan Tarki Noor (Bebas) | 11 | 2.66% | ||||||||||
1994 | N11 Sulaman, P149 Tuaran | Hajiji Noor (UMNO) | 5,016 | 59.05% | Matbee Ismail (PBS) | 4,140 | 32.14% | 9,365 | 876 | 79.56% | ||
Pengiran Othman Pengiran Rauf (Bebas) | 69 | 2.55% | ||||||||||
Margaret Kimon (D1J000) | 60 | 2.66% | ||||||||||
1999 | N10 Sulaman, P149 Tuaran | Hajiji Noor (UMNO) | 6,571 | 59.05% | Rakam Sijim (PBS) | 3,127 | 32.14% | 10,799 | 3,444 | 77.31% | ||
Mohammed Daud Abdullah (BERSEKUTU) | 886 | 2.55% | ||||||||||
Hamdin Adb. Kadir (SETIA) | 100 | 2.66% | ||||||||||
2004 | N10 Sulaman, P170 Tuaran | Hajiji Noor (UMNO) | 7,065 | 59.05% | Ansari Abdullah (keADILan) | 3,583 | 32.14% | 12,997 | 3,482 | 72.54% | ||
2008 | Hajiji Noor (UMNO) | 8,961 | 59.05% | Ansari Abdullah (PKR) | 3,505 | 32.14% | 12,770 | 5,456 | 79.44% | |||
2013 | Hajiji Noor (UMNO) | 13,065 | 59.05% | Ghulabidin Enjih (PKR) | 2,624 | 32.14% | 17,044 | 10,441 | 87.10% | |||
Ali Akbar Kawi (Bebas) | 615 | 2.55% | ||||||||||
David Orok (STAR) | 225 | 2.66% | ||||||||||
Arifin Harith (Bebas) | 66 | 3.60% | ||||||||||
2018 | Hajiji Noor (UMNO) | 12,966 | 45.46% | Dausil Kundayong (WARISAN) | 5,192 | 31.59% | 19,055 | 7,774 | 84.30% | |||
Arifin Harith (PHRS) | 467 | 6.01% | ||||||||||
2020 | N12 Sulaman | Hajiji Noor (BERSATU) | 5,919 | 65.83% | Datuk Aliasgar Basri (WARISAN +) | 2,820 | 31.36% | 3,099 | ||||
Rekan bin Hussien (PCS) | 253 | 2.81% |
Rujukan
- ^ Maklumat calon DUN Sulaman
- ^ Profil Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
- ^ Gah Chie, Kow (2020-09-27). "PN, BN, sekutu ada 41 kerusi, mahu angkat sumpah KM hari ini - Sumber". Malaysiakini. Dicapai pada 2020-09-28.
- ^ UMNO Sabah lumpuh
- ^ Hajiji dilantik penyelaras Bersatu Sabah
- ^ "PRN Sabah: Hajiji bakal Ketua Menteri? [METROTV]". 12 September 2020. Dicapai pada 26 September 2020.
- ^ Hassan, Assim (2020-09-28). "Hajiji terima watikah pelantikan KM Sabah, angkat sumpah esok". Astro Awani. Dicapai pada 2020-09-28.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
- ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020.