Hakimullah Mehsud (Pashto/Urdu:حکیم‌ الله محسود; c. 1979 − 1 November 2013), lahir sebagai Jamshed Mehsud (جمشید محسود) dan juga dikenali sebagai Zulfiqar Mehsud (ذو الفقار محسود), merupakan seorang amir Tehrik-i-Taliban Pakistan (TTP).[1][2][3][4] Beliau adalah timbalan kepada komander Baitullah Mehsud dan salah seorang ketua kumpulan militan Fedayeen al-Islam sebelum kematian Baitullah dalam serangan peluru berpandu dron CIA.[5][6][7] Hakimullah telah menjadi komander TTP di agensi-agensi Khyber, Kurram dan Orakzai di Pakistan.[5] Beliau dikatakan lahir sekitar tahun 1979 sebagai pupu kepada Qari Hussain.[5] Beliau terkenal sebagai seorang komander lapangan yang muda dan langsang, yang sebelum itu berkhidmat sebagai pemandu dan akrab sekali dengan Baitullah Mehsud.[8] Hakimullah Mehsud menjalinkan hubungan dengan al-Qaeda, Taliban Afghan dan pelbagai puak jihad Pakistan seperti Lashkar-e-Taiba, Lashkar-e-Jhangvi, dan Jaish-e-Mohammed.[9] Beliau pada mulanya dikhabarkan terbunuh pada 14 Januari 2010 oleh serangan dron AS[10] tetapi dua buah rakaman video yang dikeluarkan oleh TTP pada tahun 2010 dan 2011 membuktikan bahawa dia terselamat daripada serangan itu.[11][12] Mehsud pernah dilaporkan oleh perisik Pakistan sebagai terbunuh oleh serangan dron AS pada 12 Januari 2012.[13] Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh Taliban Pakistan pada mulanya.[14] Akhirnya telah disahkan oleh kumpulan tersebut bahawa Mehsud terbunuh dalam serangan dron pada 1 November 2013.[15][16]

Hakimullah-Mehsud
(Pashto: حکیم اللہ محسود)
Kelahiran1979
Bannu, North Waziristan, Pakistan
Meninggal duniaRalat: Perlu tarikh lahir yang sah (tarikh kedua): tahun, bulan, hari
Dande Darpa Khel, Waziristan Utara, Pakistan
KesetiaanTehrik-i-Taliban Pakistan
Tahun perkhidmatan2000-an–2013
PertempuranPerang di Pakistan Barat Laut
HubunganQari Hussain (sepupu, meninggal)

Rujukan sunting

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan dawn20100114 tidak disediakan
  2. ^ "Profile: Hakimullah Mehsud". BBC News. 25 August 2009. Dicapai pada 5 January 2010.
  3. ^ Kahn, Ismail and Polgreen, Linda (22 August 2009). "New leader of Pakistan's Taliban is named, though officials believe he is dead". The New York Times. Dicapai pada 22 August 2009.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Alex Rodriguez and Zulfiqar Ali (22 August 2009). "Pakistani Taliban names new leader". Los Angeles Times. Dicapai pada 22 August 2009.
  5. ^ a b c "Hakimullah Mehsud unveils himself to media". All Voices. 29 November 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 9 December 2012.
  6. ^ "Pakistan's extremists: The slide downhill". The Economist. 8 April 2009. Dicapai pada 28 May 2009.
  7. ^ "Baitullah's likely successor Hakimullah dies in Taliban infighting". The Times of India. 9 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-09. Dicapai pada 2013-11-04.
  8. ^ "Pakistani Taliban Choose New Chief". The New York Times. Associated Press. 22 August 2009. Dicapai pada 22 August 2009.
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan roggio20100507 tidak disediakan
  10. ^ "Sources: Pakistani Taliban leader is dead". CNN. 9 February 2010. Dicapai pada 9 February 2010.
  11. ^ Gall, Carlotta (3 April 2010). "Video Shows U.S. Attack Did Not Kill Top Militant". The New York Times. Dicapai pada 3 April 2010.
  12. ^ "Taliban release video of killing of Col Imam". LiveLeak.com. Dicapai pada 17 January 2012.
  13. ^ "Hakimullah Mehsud reportedly killed in drone strike". Dawn. Pakistan. 14 January 2012. Dicapai pada 15 January 2012.
  14. ^ "Pakistani Taliban Deny Death of Leader". The Wall Street Journal. 16 January 2012. Dicapai pada 16 January 2012.
  15. ^ "Drone strike in Pakistan kills head of Pakistan Taliban". Fox News Channel. Dicapai pada 1 November 2013.
  16. ^ "Pakistan Taliban say chief Mehsud killed in drone strike". BBC. Dicapai pada 1 November 2013.