Dr. Hajah Halimah Ali ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau ialah Ahli Parlimen Kapar mewakili Perikatan Nasional sejak 2022. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Selat Klang bertanding di atas tiket PAS.

Dr. Hajah

Halimah Ali

JSM
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kapar, Selangor
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehAbdullah Sani Abdul Hamid
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Selat Klang
Dalam jawatan
2008 – 2018
Didahului oleh Norliza Ahmad
Digantikan oleh Abdul Rashid Asari
Butiran peribadi
Lahir (1960-06-27) 27 Jun 1960 (umur 63)
Marudi, Sarawak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
PasanganDr Ahmad bin Supian
Anak-anak
  • Dr. Muhammad Imran
  • Dr. Siti Khadejah
  • Dr. Zaid Abdullah
  • Dr. Hafiz Abdur Rahman
  • Dr. Zubir Abdur Rahim
  • Dr. Syahidah Rozinah Liyana
KediamanSelangor Selangor
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Di peringkat kerajaan negeri, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab kepada pendidikan, pendidikan tinggi dan modal insan. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Latar belakang dan pendidikan sunting

Beliau yang dilahirkan dan dibesarkan di Marudi, Miri, Sarawak[1]. Selepas belajar di sekolah menengah, Halimah menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Elizabeth, Hobart, Tasmania. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Tasmania dan memperoleh Sarjana Muda Sains Perubatan. Selanjutnya beliau memperoleh Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari universiti yang sama. Beliau turut mempelajari pengajian Islam di Institut Latihan Kepemimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) dan menjadi pelajar terbaik bagi Diploma Tasawur Islam.

Kerjaya sunting

Sekembali ke Malaysia, Halimah Ali ditempatkan di Hospital Universiti, Kuala Lumpur(UHKL). Kemudian di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau pernah ditugaskan di Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang ,Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam, Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang.

Setelah menimba banyak pengalaman di hospital dan klinik kerajaan , beliau membuka klinik sendiri di Kampung Sungai Udang, Klang dan kini mempunyai dua cawangan.

Aktiviti kemanusiaan sunting

Sebagai seorang doktor yang simpati dengan rakyat, Dr Halimah Ali mendaftar diri untuk menjadi sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia untuk :

  • Bencana TSUNAMI, MEULABOH, ACEH
  • Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
  • Bencana gempa bumi Yogyakarta
  • Mangsa perang Lebanon
  • Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
  • Mangsa banjir TDDI Jaya, Kpg Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
  • Aktivis Kempen Jerebu
  • Aktivis Kempen kesedaran kanser
  • Co -Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
  • Kolumnis majalah Ummi [2]

Beliau juga selalu dijemput memberi ceramah di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau. Menjadi motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika. Pernah menjadi Doktor undangan untuk program kesihatan di RTM( radio dan televisyen). Beliau prihatin terhadap nasib malang nelayan Telok Gong. Begitu juga masalah penduduk Taman Sentosa Perdana dan lain-lain tempat.

NGO sunting

  • Ahli lembaga Pengarah Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS),
  • Ahli lembaga Pengarah Kolej Integrasi Tahfiz Selangor,
  • Ahli Majlis Pendidikan PAS
  • Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor

Penglibatan politik sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Keputusan Pilihanraya ditandingi Dr Halimah Ali
Tahun Peringkat Kawasan Individu (PAS) Undi Lawan Undi Majoriti
2004 PRU DUN N45 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 6,508 Norliza Ahmad (BN-UMNO) 12,593 6,085
2008 PRU DUN N45 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 11,437 Norliza Ahmad (BN-UMNO) 9,978 1,459
2013 PRU DUN N45 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 17,085 Faisal Yahya (BN-UMNO) 14,331 2,754
2018 PRU DUN N44 Selat Klang Dr Halimah Ali (PAS) 11,766 Mohd Khairi Hussin (BN-UMNO) 9949 500
Abdul Rashid Asari (PH-PPBM) 12266
Jeichandran Wadivelu (PRM) 52
Zainal Azwar Kamaruddin (Bebas) 49
2018 PRK DUN N32 Seri Setia Dr Halimah Ali (PAS) 9,698 Halimey Abu Bakar (PH-PKR) 13,725 4,027

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Darjah kebesaran sunting

Isu dan kontroversi sunting

Tuduhan tangkap basah sunting

Dr Halimah memfailkan saman sebanyak RM40 juta terhadap sebuah laman web pro-UMNO. Beliau difitnah ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Kelang. Laman web MyKmu.net ditulis oleh Jamilisa menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' menulis fitnah bertajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap' pada 25 Januari 2009.

Dr Halimah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada 27 Januari 2009. Pada hari tersebut , beliau berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor dan bukan di hotel tersebut. Di Bukit Kuching, beliau bersama Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Mariah Mahmood menghadiri forum perdana .Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.[4]

Rujukan / Pautan sunting

  1. ^ Bernama (2018-08-29). "Dr Halimah: Rasai denyut nadi orang susah bukan baru". Malaysiakini. Dicapai pada 2023-09-01.
  2. ^ [1]
  3. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Johan Setia Mahkota" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.
  4. ^ Fitnah khalwat: Dr Halimah sedia saman My Kmu.net RM40 juta