Halimahton Abdul Majid

Datin Hajjah Halimahton Abdul Majid adalah ahli parlimen UMNO/Perikatan tahun 1955. Dalam Pilihan raya 1955 pada 27 Julai 1955, beliau dipilih menjadi calon oleh Tunku Abdul Rahman dan menang. Ketika itu Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.


Keluarga sunting

Abang iparnya ialah Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Malaysia. Anaknya ialah Dato' Abdul Rahaman Abdul Hamid (?).

Suaminya Mohamad Baba dilantik Pesuruhjaya Tinggi Malaysia / Duta ke Pakistan pada 27 September 1962. Sebelum menjadi duta, Mohamad Baba pernah menjadi pengerusi Keretapi Tanah Melayu. [1]

Pada 1963, sebagai isteri duta, beliau mengingatkan isteri-isteri duta supaya menyimpan rahsia kerajaan dan menjaga wibawa kehidupan diplomat. Beliau tinggal di Karachi selama 11 bulan.[2]

Politik UMNO sunting

Beliau pernah menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO/ Wanita UMNO Negeri Sembilan pada 1949 dan terpilih sebagai ahli Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955. Di Rembau, beliau berucap membantah Malayan Union. Di Batu Pahat, Cikgu Zahara Abdullah berucap menentang Malayan Union. Datin Puteh Mariah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak dan bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong kongres Melayu pada tahun 1946.Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor ditubuhkan untuk menentang Malayan Union.

Halimahton bertanding di parlimen Hulu Selangor. Sebelum pilihan raya, UMNO Selangor hendak memboikot parti Perikatan kerana tidak memilih pengerusi mereka Khadijah Sidek. Khadijah Sidek ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Johor, melahirkan anak pertama dalam penjara dan dibebaskan dengan jaminan polis.[3] Berlaku 'pertempuran hebat' antara Tunku dengan Khadijah Sidek.


Halimahton adalah wanita tunggal yang bertanding dalam pilihan raya 1955 dan wanita pertama yang berjaya menjadi wakil rakyat.[4][5]

Dalam pilihan raya 1955, tokoh dari Selangor yang bertanding ialah Tuan Abdullah bin Haji Hassan Port Swettenham; Abdul Aziz Abdul Majid ; Omar Ong Yoke Lin (Kuala Lumpur Timur) ;Cheah Ewe Keat (Kuala Lumpur Timur) ; Raja Rastam Shahrome bin Raja Said Tauphy (Kuala Selangor) ; Abu Bakar Baginda (Langat) ; Abdul Aziz Ishak (Selangor Barat) dan Lee Eng The (Selangor Tengah) [6]

Tabung khairat kematian sunting

Tabung Khairat Datin Paduka Hajjah Halimahton Abd Majid telah ditubuhkan oleh Amanah Raya Berhad. Majlis penyampaian kewangan kepada keluarga miskin dan anak yatim telah diadakan pada 12 Disember 2003 di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.Turut hadir ialah Dato' Abdul Rahaman Abdul Hamid selaku wakil keluarga.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ The Straits Times, 27 September 1962, Mukasurat 7; New envoy is off ...[pautan mati kekal]
  2. ^ The Straits Times, 19 Ogos 1963, Mukasurat 9 , Secret of Success of an envoys wife[pautan mati kekal]
  3. ^ [The Straits Times, 5 Ogos 1955, Mukasurat 5;Tengku Answers Woman]
  4. ^ "Sejarah Pergerakan Wanita". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-26. Dicapai pada 2012-05-03.
  5. ^ [The Straits Times, 18 Ogos 1955, Halaman 5 ; Councillor feted]
  6. ^ "Sejarah Dewan Negeri Selangor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-02. Dicapai pada 2012-05-03.
  7. ^ MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KEWANGAN TABUNG KHAIRAT DATIN PADUKA HAJJAH HALIMAHTON KEPADA ANAK-ANAK YATIM