Hallmark Channel (Amerika Syarikat)

Hallmark Channel ialah saluran kabel televisyen berbayar Amerika Syarikat yang dimiliki Crown Media Holdings Inc. yang dimiliki Hallmark Cards Inc.. Rancangan di saluran ini terutamanya ditujukan kepada keluarga dan memaparkan pelbagai filem televisyen dan siri mini, siri televisyen asli dan yang diperoleh dan juga rancangan gaya hidup. Setakat Febuari 2015, Hallmark Channel diperoleh kira-kira 85439000 rumah tangga di Amerika Syarikat.[1] Walaupun sangat bersifat sebagai jenama tanpa haluan politik, Hallmark Channel mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton yang berhaluan kanan di kawasan luar bandar dan perkampungan, iaitu berdasarkan Steven Malangan dari Institut Manhattan Kajian Polisi dalam rencana Los Angeles Times, mereka berasa bahawa saluran dan rancangan asli ini memenuhi kehendak "meluahkan nilai kekeluargaan tradisi dan juga mengelak daripada tema politik dan cerita yang mengutuk agama".

Rujukan sunting

  1. ^ Seidman, Robert (February 22, 2015). "List of how many homes each cable network is in as of February 2015". TV by the Numbers. Zap2it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-03-21. Dicapai pada March 14, 2015.