Haloalkana atau halogenoalkana serta alkil halida merupakan sekumpulan sebatian kimia yang berasal daripada alkana yang memiliki satu atau lebih halogen. Secara umumnya, haloalkana memiliki formula am "RX", di mana R merupakan kumpulan alkil dan X ialah halogen (F, Cl, Br, I). Haloalkana banyak digunakan dalam situasi komersial dan biasanya digunakan dalam pemadam api, pelarut dan ubat-ubatan. Kebanyakan daripada haloalkana merupakan sebatian buatan manusia meskipun terdapat juga sebatian haloalkana yang dihasilkan secara semula jadi.

Cecair tetrafluoroetana, sejenis haloalkana.

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Haloalkana di Wikimedia Commons