Ashley Nicolette Frangipane (/ˌfrænɪˈpɑːni/ FRAN-jih-PAH-nee;[2] lahir 29 September 1994) atau lebih terkenal sebagai Halsey (/ˈhɔːlzi/ HAWL-zee),[3] ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Mendapat perhatian dari muzik yang dikeluarkan sendiri di platform media sosial, beliau mengikat kontrak bersama Astralwerks pada 2014 dan mengeluarkan EP sulungnya, Room 93, pada akhir tahun itu.

Halsey
Halsey di The GRAMMY Museum pada 2019
Kelahiran
Ashley Nicolette Frangipane

(1994-09-29) 29 September 1994 (umur 29)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
Tahun aktif2012–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Laman sesawang
iamhalsey.com

Halsey sejak itu memperoleh album nombor satu di Billboard 200 dengan Hopeless Fountain Kingdom (2017), serta dua album nombor dua dengan Badlands (2015) dan Manic (2020). Beliau telah memperoleh dua single nombor satu di Billboard Hot 100, termasuk "Closer", kolaborasi dengan The Chainsmokers, dan "Without Me"; beliau juga telah mencapai lima single teratas dengan "Bad at Love". Secara keseluruhan, Halsey telah menjual lebih dari satu juta album dan telah distrim lebih dari enam bilion kali di Amerika Syarikat.[4][5] Ketiga-tiga album studionya telah disokong oleh jelajah utama.

Halsey terkenal dengan suara nyanyiannya yang tersendiri.[6] Anugerah dan pencalonannya termasuk empat Anugerah Muzik Billboard, satu Anugerah Muzik Amerika, satu Anugerah Media GLAAD, tiga Rekod Dunia Guinness, satu Anugerah Muzik Video MTV dan dua pencalonan Anugerah Grammy. Di luar kerjayanya, beliau terlibat dalam kesedaran pencegahan bunuh diri, advokasi mangsa serangan seksual dan protes keadilan kaum.[7]

Diskografi sunting

  • Badlands (2015)
  • Hopeless Fountain Kingdom (2017)
  • Manic (2020)
  • If I Can't Have Love, I Want Power (2021)

Filemografi sunting

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Peranan Catatan
2017 "Now or Never" Pengarah bersama Arahan bersama Sing J Lee
2017 "Bad at Love" Pengarah bersama Arahan bersama Sing J Lee
2018 "Sorry" Pengarah bersama Arahan bersama Sing J Lee
2018 "Alone" (bersama Big Sean dan Stefflon Don) Pengarah bersama Arahan bersama Hannah Lux Davis
2018 "Strangers" (bersama Lauren Jauregui) Pengarah bersama Arahan bersama Jessie Hill

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018 Teen Titans Go! To the Movies Wonder Woman Peranan suara
2018 A Star Is Born Dirinya sendiri Penampilan kameo

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2016 Roadies Dirinya sendiri Episodes: "The Load Out" dan "Carpet Season"
2017 American Dad! Cindy Peranan suara, Episod: "A Nice Night for a Drive"
2018–2020 Saturday Night Live Diirinya sendiri (pemuzik/hos) 3 episod[8]
2018 RuPaul's Drag Race[9] Dirinya sendiri/juri tamu Episod: "PharmaRusical"
2018 The Doctors[10] Tetamu selebriti Episod: "#10126"
2018 The Voice Persembahan tamu/Penasihat tamu Musim 14: Persembahan tamu
Musim 15: Penasihat tamu untuk pasukan Jennifer/Persembahan tamu
2020 Scooby-Doo and Guess Who? Dirinya sendiri Episod: "The New York Underground!"

Web sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2019–2020 Road to Manic Dirinya sendiri Siri web; 10 episod

Jelajah sunting

Utama

  • Badlands Tour (2015–2016)
  • Hopeless Fountain Kingdom World Tour (2017–2018)
  • Manic World Tour (2020)

Undangan

Pembuka tirai

  • Imagine Dragons – Smoke + Mirrors Tour (2015)
  • The Weeknd – The Madness Fall Tour (2015)

Rujukan sunting

  1. ^ "Halsey Has the Perfect New House to Celebrate Her Album In". June 15, 2017.
  2. ^ "Halsey Tells Us How To Pronounce Her Last Name & Singing w/ Katy Perry. Part 1" di YouTube
  3. ^ "Kids Interview Bands – Halsey". YouTube. October 13, 2014.
  4. ^ "Halsey's Album Sales & Most-Streamed Songs, From 'Closer' to 'Without Me' & More: Ask Billboard Mailbag". Billboard. Dicapai pada 2020-01-27.
  5. ^ "Eminem Scores Historic 10th No. 1 Album on Billboard 200 Chart With 'Music to Be Murdered By'". Billboard. Dicapai pada 2020-01-27.
  6. ^ Inc, Midwest Communications. "Halsey says using her "weird voice" to play Wonder Woman in "Teen Titans Go! to the Movies" is "her calling"". 101 WIXX. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-27. Dicapai pada 2020-01-27.
  7. ^ Gill, Cassie (2020-05-31). "Halsey Reunites With Ex Yungblud At L.A. Protest After Death Of George Floyd — Pics". Hollywood Life (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-05-31.
  8. ^ Kaplan, Ilana (November 11, 2018). "Watch Lil Wayne Perform With Halsey, Rap About Consent With Future on 'SNL'". Rolling Stone. Dicapai pada January 15, 2019.
  9. ^ "halsey billboard rupaul - Google Search". google.com. Dicapai pada January 30, 2019.
  10. ^ "This Week on the Doctors". The Doctors. Dicapai pada January 30, 2019.

Pautan luar sunting