Halwa maskat merupakan sejenis hidangan manis tradisi yang dihidangkan hanya pada hari perayaan. Ia merupakan hidangan istimewa Pulau Pinang.

Gambar Halwa maskat yang diambil dari Internet sebagai hiasan.

Halwa maskat merupakan sejenis kuih berbentuk seperti manisan berbentuk segi empat seperti jeli yang dihasilkan dari minyak sapi, tepung, dan gula.[1]

Rahsia menghasilkan Halwa maskat yang bermutu bukan sekadar bergantung kepada sukatan bahan yang betul, tetapi juga kepada kaedah penghasilannya yang rumit dan memakan masa dari persediaan sehingga proses mengacau adunan secara berterusan.

Adunan bagi menghasilkan Halwa maskat perlu diperam selama tiga hari tiga malam sebelum dikacau pada api yang perlahan selama lima jam tanpa henti. Sekiranya tidak, campuran tersebut mungkin berkerak dan hangit.

Asal sunting

Halwa maskat dipercayai berasal dari bandar Masqat di negara Oman di Timur Tengah tetapi diubahsuai dengan bahan tempatan.[2] Tidak pasti samaada ia popular di negeri lain di Malaysia, kerana ia tidak dihasilkan secara harian. Halwa merupakan makanan orang india yang telah diinspirasikan oleh masyarakat melayu dan mengubahsuai namanya kepada halwa maskat.

Nama sunting

Tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama Halwa maskat .

Penyebaran sunting

Halwa maskat hanya dihasilkan bagai acara istimewa dan tidak dibuat untuk jualan harian. Bagaimanapun, ia tahan lama dan boleh disimpan begitu sahaja, tanpa perlu didingin bekukan. Halwa maskat tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.

Dalam budaya popular sunting

Halwa maskat kurang sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana cara penghasilannya yang rumit. Ia juga tidak dihasilkan secara harian dan hanya bagi acara istimewa seperti hari perayaan sahaja. Oleh itu ia kurang popular dikalangan golongan muda. Sungguhpun begitu ia tahan lama, dan rasanya juga sedap.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting


Pautan luar sunting