Hama (Tulisan Jawi: هام ), atau Tungau bersama dengan sengkenit, ialah artropod kecil dalam subkelas Acari (juga dikenali sebagai Acarina) dan kelas Araknida.

Hama mikroskopik Lorryia formosa (Tydeidae)

Semua ahli dalam subkelas Acari ialah hama, kecuali tiga keluarga sengkenit. Hama merupakan antara kumpulan invertebrata paling pelbagai dan berjaya. Hama telah mengeksploitasi di banyak habitat, dan kerana saiznya yang kecil (kebanyakannya ialah mikroskopik) menyebabkan kehadirannya tidak disedari. Banyak yang hidup bebas di dalam tanah atau air, tapi banyak juga spesies yang hidup sebagai parasit pada tumbuhan, haiwan, dan sebahagiannya makan kulapuk. Dianggarkan sebanyak 48,200 spesies hama telah dikenalpasti.[1]

Risa padaTilia × europaea, disebabkan hama Eriophyes tiliae
Sarcoptes scabiei, penyebab skabies

Rujukan sunting

  1. ^ R. B. Halliday, B. M. OConnor & A. S. Baker (2000). "Global Diversity of Mites". Dalam Peter H. Raven & Tania Williams (penyunting). Nature and human society: the quest for a sustainable world : proceedings of the 1997 Forum on Biodiversity. National Academies. m/s. 192–212.

Pautan luar sunting