Hamdan Ramli
Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan Ramli (1 September 1969 – 5 Januari 2024) merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang terkemuka di Malaysia.[1] Beliau juga merupakan salah seorang anggota Kumpulan Senario dan juga Kumpulan Aku Kaya [2]. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Januari 2024 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam darah.[3]
Hamdan Ramli | |
---|---|
Kelahiran | Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli 1 September 1969 |
Meninggal dunia | 5 Januari 2024 | (umur 54)
Sebab kematian | Jangkitan kuman dalam darah |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Perak |
Nama lain | Hamdan Senario |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
Tahun aktif | 1995–2024 |
Pasangan | Norhamalini Ahmed |
Anak-anak | 4 |
Kehidupan awal
suntingHamdan dilahirkan pada 1 September 1969 di Batu Gajah, Perak, Malaysia.
Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli yang merupakan anak kelahiran Batu Gajah, Perak ini mendapat pendidikan awal di sekitar Ipoh yang mana pada peringkat rendah, beliau telah belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta dan kemudian beliau melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Putra.
Pada ketika Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli mencapai usia 18 tahun iaitu lebih kurang selepas tamat persekolahan, jangan anda tidak tahu yang anggota Senario ini pada mulanya aktif dalam bidang pemodelan. Namun ianya tidak bertahan lama dan kemudian Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli terus berhijrah ke Kuala Lumpur dan pernah bekerja sebagai krew, sound dubbing engineer dan editor di Home Video Distributor (HDV) yang terletak di Damansara Utama.
Pada tahun 1988 sewaktu bekerja sebagai editor di Home Video Distributor (HDV), secara kebetulan pula Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli ditempatkan satu bilik dengan Azmeer. Encik Hamdan yang mana ketika itu hobinya amat suka menyanyi seringkali menyanyi dengan bersahaja di dalam pejabat sehinggakan suaranya didengari oleh pekerja di sana serta Azmeer.
Lantas oleh kerana itulah beliau telah ditawar oleh Azmeer untuk menyanyi di dalam sebuah lagu untuk telemovie RTM pada tahun 1989 yang bertajuk Aku Cinta Padamu. Inilah langkah dan kali pertama Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli menjejakkan kaki ke dalam bidang seni yang mana ia telah berlaku dengan secara tidak sengaja dan tidak disangka-sangka.
Setelah beberapa tahun merantau di Kuala Lumpur, Ahmad Hamdan mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Home Video Distributor (HDV) dan pulang ke Ipoh, Perak. Pada tahun 1991, Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli bekerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor yang berpusat di Taiping dan beliau ditempatkan di sebuah cawangan di Ipoh, Perak.
Kehidupan peribadi
suntingAhmad Hamdan bin Mohamed Ramli akhirnya bertemu jodoh dengan seorang gadis dari Batu Kurau, Perak dan mereka telah bernikah pada tahun 1993. Di sinilah detik perkenalan Hamdan dengan Ilya serta Wahid yang mana mereka berdua adalah rakan sekerja buat isteri Hamdan sebagai artis kebudayaan di Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Hamdan dan isterinya telah dikurniakan empat orang cahaya mata yang mana tiga daripadanya adalah lelaki manakala seorang lagi adalah perempuan. Pada tahun 1994, Hamdan sekali lagi bertukar kerjaya dengan berhenti kerja sebagai kerani pendaftaran kenderaan untuk AH Motor dan bertukar kerjaya sebagai seorang car jockey di Hotel Syuen Ipoh.
Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1995 sekali lagi Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli bertukar kerjaya sebagai seorang penghantar barang dan surat untuk syarikat Nationwide. Laluan utama yang dikawal selia oleh beliau adalah merangkumi sekitar kawasan Ipoh sehinggalah ke kawasan Sungai Siput. Itulah laluan rutin harian beliau untuk mencari rezeki yang halal demi menyara keluarganya.
Kerjaya
suntingPada tahun 1995, terdapat satu program realiti televisyen yang mana ia amat popular di seluruh Malaysia dan ianya tidak lain tidak bukan adalah rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan. Sinaran Pasport Kegemilangan ialah sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan orang yang berbakat dalam bidang seni di seluruh Malaysia. Kali pertama disiarkan di TV3 pada tahun 1994 yang mana musim pertama dijuarai oleh Shamsul Ghau Ghau.
Fokus rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan berubah-ubah, di mana contohnya dalam dua musim pertama ia lebih memfokuskan kepada komedi, berbanding musim ketiga dan keempat yang lebih memfokuskan kepada nyanyian. Jadi sewaktu musim yang ke dua, Illya yang merupakan sahabat kepada Hamdan mengajak beliau untuk menyertai program realiti tersebut kerana kelebihan Hamdan yang pandai menyanyi.
Jadi mereka berdua merancang dan membuat keputusan untuk mencari seorang lagi individu untuk melengkapkan tiga peserta dalam satu kumpulan. Bermulanya disinilah terpilihnya Wahid yang menjadi pelengkap kepada mereka bertiga untuk membentuk satu kumpulan yang hebat. Ujibakat Sinaran Pasport Kegemilangan di kawasan Ipoh pada waktu itu diadakan di Hotel Syuen Ipoh. Sewaktu mereka bertiga datang menghadiri ujibakat, mereka dikehendaki untuk memberi nama kumpulan yang langsung tidak pernah mereka fikirkan sebelum ini.
Oleh yang demikian, nama kumpulan sebagai nama Serba Salah telah diberikan sendiri oleh Ahmad Hamdan apabila Illya dan Wahid terpinga-pinga mencari idea untuk nama kumpulan mereka pada hari ujibakat tersebut. Ahmad Hamdan Bin Mohamed Ramli yang pada masa itu dalam keadaan Serba Salah terus memberi cadangan untuk meletakkan nama Serba Salah sebagai nama kumpulan mereka dan cadangan tersebut terus dipersetujui oleh Illya serta Wahid.
Berkat usaha gigih dan doa daripada keluarga, akhirnya mereka bertiga dari kumpulan Serba Salah telah berjaya menjuarai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995. Berapa lama ketika selepas itu, maka wujudlah kumpulan Senario yang mana ia adalah hasil gabungan daripada juara (Shamsul Ghau Ghau) serta naib juara (Lan Pet Pet) Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama dan juara Sinaran Pasport Kegemilangan ke 2 iaitu kumpulan Serba Salah.
Hari ini, Hamdan Senario masih lagi aktif berkecimpung dalam dunia seni dan berlakon. Sesungguhnya beliau adalah seorang yang ramah dan senang untuk berbicara. Disebalik riangnya itu, ternyata banyak juga cabaran, rintangan dan dugaan yang tidak diceritakan kepada anda dalam usaha untuk memberikan hiburan yang bermanfaat dan punyai mesej kepada peminat setia Senario yang mana idea terpaksa diperah untuk sketsa baru setiap minggu.
Pada Tahun 2014, kumpulan Senario telah dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Aku Kaya The Movie | Yassan / Lempayang / Penunggu Gua / Kunjisawa-san | Filem pertama |
2004 | Aku No. 1 | Yassan | Penampilan khas |
2005 | Kemarau Cinta | Baba | |
2006 | Tipah Tertipu The Movie | Pemandu Lori Ikan | Penampilan khas |
Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita | YB. Nasir | ||
Salah Bapak | Johan | ||
2007 | Zombi Kampung Pisang | Ketua Polis Daerah | Penampilan khas |
2008 | Senario The Movie: Episode 1 | Bos Wahid | Penampilan khas |
2010 | Ngangkung | Bomoh Kuali | Penampilan khas |
Mantra | Pak Long Eizam | ||
Magika | Hang Lekir | Penampilan khas bersama Senario | |
2012 | Hantu Air | Ramli | |
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | Pak Mansur | ||
X | Bapa Hafiz | ||
2013 | Gangster Celop | Pak Abu | Penampilan khas |
2015 | Kapsul | Tunku Abdul Rahman | |
Keranda Tok Wan Terbang | Tok Ketua | Penampilan khas | |
2021 | Marabahaya Underground | Polis Trafik | Penampilan khas |
2022 | Jaga-Jaga Senariounion | Dato' Hamdan | |
Abang Long Fadil 3 | YB | Penampilan khas | |
2024 | Saka Perawan | Tok Abah | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1995–1996 | Sambal | Re | TV3 | Drama pertama |
1996–1998 | Senario | Pelbagai | Sitkom | |
2009 | Pemanduku Jutawan | Aidil | ||
Cinta Tikar Sejadah | Jali | Astro Oasis | ||
2010 | Da' Bomba | Othman | TV3 | |
2011 | Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 2) | Wak Maun | Astro Prima | |
2015 | Pengembaraan Jason Murad | Aminnudin | TV9 | |
2018 | Shah & Zam | Pak Hamdani | TV3 | |
2019 | Aku Tak Raya | Dirinya Sendiri | Penampilan khas | |
Mama Papa Ekspres | Megat | |||
2020 | Diari Ratu | — | TV1 | |
2020–2021 | Potong | Tok Ketua | Astro Warna | Penampilan khas |
2021 | Jom Mak, Raya KL | Tuan Ilham | TV3 | |
Bujang Haji | Che Kaz | TV AlHijrah | ||
Malaysian Ghost Stories | Haji Zaki | Astro Ria | Episod "Rumah Sewa RM100" | |
Cikgu Abu | Episod: "Penunggu Rumah Banglo" | |||
Pak Mat | Episod: “Buka Hijab” | |||
2022 | Dukun Diva | Prof. Azweh Hj. Nawawi | Astro Citra | Pelakon undangan |
Antara Ikhlas & Kaca | Ayah Aishah/Tok Penghulu | Awesome TV | ||
Hidayah Ustaz Viral | Pak Long Jamel | TV AlHijrah | Drama terakhir |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Aku Kaya | Yassan | VCD | Telefilem pertama |
2003 | Cinta 2 Muka | N. Nasir | ||
Cinta Popular | Prof Hamdan | |||
Spyman | Sifu Hamdan | |||
Keranamu Ibu | — | |||
Aku Cinta Padamu | Noor | |||
2004 | Aku Kaya Giler | Yassan | ||
15 Puasa | Rocky | ntv7 | ||
Cinta Kinabalu | Jimmy | VCD | ||
2011 | Hantu Gigi | Pak Bakar | Astro Prima | |
2012 | Duit Kau Duit Aku | Inspektor | TV1 | |
2013 | Wartawan Kampung | — | Astro Warna | |
2014 | Man Rider | — | TV9 | |
Si Wayar Putus | Pak Nan | |||
2015 | Menantu Saat Adik Supiat | Saat | TV1 | |
Calon Isteri | Bos | |||
Hantu Raya Tumpang Beraya | Tok Moh | Astro Ria | ||
2016 | Liga Masjid | — | ||
Raya Tak Raya | Pak Saad | TV9 | ||
Lari | Tok Ketua | TV1 | ||
2017 | Rasuk | Pak Mat | Astro Citra | |
Azrul Bendul | Bakar | TV9 | ||
2018 | Misteri Tasik Biru | Pak Ali | Astro Citra | |
2019 | Resort Berhantu | Manap | TV3 | Telefilem untuk DBKL 2019 |
Kad Raya dan Rumah Raya Paling Cantik di Kampung Sepakat | Jaafar | TV1 | ||
2020 | Heri Bota | N. P. Nahab | ||
2021 | Hantu Sangkut 2.0 | Pemilik Chalet | Astro Citra | |
Sumpahan Orang Putih | Megat | |||
2022 | Oh My Vaksin | Pak Maun | TV3 | |
Korban Pak Tam | Leman | TV1 | ||
Sejenis Raya Senariounion | Hamdan/Hamidun | Astro Warna | ||
2023 | Sepahtu Rewang Kampung Kenangan | Pak Din | Telefilem terakhir |
Televisyen
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Peserta (Serba Salah) | TV3 |
2011 | Maharaja Lawak Mega 2011 | Peserta (Hiro) | Astro Warna |
2013 | Liga Lawak Superstar | Peserta | TV3 |
Kaunter Kaboom | Peserta | Astro Ria | |
2015 | Qu Puteh Bintang bersama Bintang | Tetamu Jemputan | TV3 |
2016 | Kelab Komedi (Musim 2) | Tetamu Jemputan | TV9 |
2021 | Sepahtu Reunion Live 2021 | Bintang Undangan Ep "Kerana Hati Mati" | Astro Warna |
Bintang Undangan Ep "Masih Lagi Sayang" | |||
Maharaja Lawak Mega 2021 | Peserta (Ori) | ||
2022 | Megalawak | Tetamu Jemputan (SenarioUnion) |
Konsert
suntingTahun | Konsert | Saluran TV |
---|---|---|
1998 | Konsert Anti Lanun Senario | TV3 |
2017 | Konsert Komedi SenarioUnion | Astro Warna |
2020 | Konsert Minggu Ini SenarioUnion | TV2 |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Anugerah Lawak Warna | Anugerah Khas Pelawak Sepanjang Zaman (Senario) | Menang |
Rujukan
sunting- ^ Ilya & Hamdan rindu sitkom Senario.
- ^ Kenali Hamdan Senario Anak Kelahiran Batu Gajah. orang perak. Dicapai pada 11 Februari 2019.
- ^ Hamdan Senario meninggal dunia