Tun (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir (27 April 1921 – 20 Januari 2005) merupakan Naib Canselor Kedua Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak (1957–1960). Pelajar pertama sekolah itu seramai 360 orang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau terpilih menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (1989–2001).[1]


Hamdan Sheikh Tahir

SMN, PSM; DUPN (Pulau Pinang); DP (Sarawak); DMPN (Pulau Pinang); KMN
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-6
Dalam jawatan
1 Mei 1989 – 30 April 2001
Didahului olehTun Dr. Awang Hassan
Digantikan olehTun Abdul Rahman Abbas
Butiran peribadi
Lahir(1921-04-27)27 April 1921
Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia20 Januari 2005(2005-01-20) (umur 83)
George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Tempat persemadianMakam Negeri, Masjid Negeri Pulau Pinang
PasanganToh Puan Siti Zainab Baharuddin
Ibu bapaSheikh Muhammad Tahir Jalaluddin
Alma materUniversiti Nottingham
Universiti Malaya, Singapura

Keluarga sunting

Bapanya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad, seorang penulis agama , ulama dan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang terkenal. Hamdan anak kelima kepada Sheikh Muhammad Tahir. Adik beradiknya yang lain ialah Rahmah, Muhammad, Ahmad, Azizah, Hamdan dan Hamid.

Ibunya Aishah binti Haji Mustafa, anak seorang saudagar dari Kuala Kangsar, Perak.

Beliau menerima gelaran Tun pada 1989.

Rujukan sunting