Hamid Gurkha
Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (22 Ogos 1931 – 14 Jun 2022)[1] merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.
Hamid Gurkha | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Hamid bin Abdul Rahman 22 Ogos 1931 |
Meninggal dunia | 14 Jun 2022 | (umur 90)
Sebab kematian | Akibat tibi dan beberapa komplikasi penyakit lain |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor, Malaysia |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
Tahun aktif | 1978–2020 |
Pasangan | Timah Abdul Hamid |
Anak-anak | 8 |
Kematian Sunting
Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 14 Jun 2022 akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi penyakit yang lain
Askar zaman British Sunting
Dilahirkan pada 22 Ogos 1931, ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, Pak Hamid menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957) .
Semasa Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 iaitu balai polis Bukit Kepong diserang oleh 180 penganas komunis, hati beliau melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.[2] Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera diangkat sebagai pejuang, beliau rasa terkilan.
Hamid Gurkha Johan Bintang Radio RTM Sunting
Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.
Pada era 80-an, filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1989), dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).[3]
Album Komedi Sunting
Hamid bersama Jamali pernah menghasilkan beberapa buah album komedi yang memuatkan sketsa lawak jenaka dan lagu-lagu komedi pada era 70an terbitan Life Records namun tidak meneruskan lagi minatnya itu. Segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.Beliau patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.Beliau ada terima tawaran merakamkan album sketsa lawak jenaka daripada beberapa syarikat rakaman, tetapi ditolak kerana bayaran ditawarkan langsung tidak berbaloi. Setelah lebih 30 tahun bergiat dalam industri ini, itu sahaja yang mampu mereka bayar dan ia sangat mengecewakan.
Ada juga di antara mereka yang memberi alasan, album sekarang sukar dijual berbanding album dahulu. Namun, pada tahun 2003, suara beliau pernah dikomersialkan sebagai nada dering telefon bimbit yang laris terjual ketika itu .
Petua sihat Pak Hamid Sunting
Walaupun usianya sudah lanjut, 86 tahun, Pak Hamid bersyukur kerana tidak mengidap penyakit merbahaya. Beliau selalu amalkan '3 Kul' setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh Kali.
Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit. Beliau juga amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Sejak 40 tahun lalu beliau tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Minuman bergas dan berais juga dielakkan. Lebih baik berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.
Pentas dan filem Sunting
Hamid Gurkha mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978 dan masih aktif dalam bidang seni. Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya. Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni. Memang dari bangku sekolah lagi, saya sering buat lawak dengan kawan-kawan.
Beliau mengakui peminat biduan agung Tan Sri P. Ramlee dan selalu menyanyikan lagu-lagunya. P. Ramlee banyak memberi tunjuk ajar. Pada tahun 2014, beliau telah menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau dalam dunia lawak jenaka tanahair di Anugerah Lawak Warna ke-2. Beliau menerima anugerah tersebut bersama rakan karib, Datuk Jamali Shadat.
Filemografi Sunting
Filem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1978 | Panglima Badol | Sengkuang | Filem pertama |
1979 | Gila-Gila | Hamid | |
1982 | Sikit Punya Gila | ||
1983 | Aku Yang Berhormat | ||
1984 | Talak | ||
1986 | Jejaka Perasan | Pak Wok | |
1988 | Guru Badul | Sameon | |
1989 | Ragam Pemandu | Hamid | |
1990 | Main-main Hantu | Atan | |
1992 | Konstabel Mamat | ||
1996 | Impian | Pak Mahid | |
Amelia | Tukang Kebun | ||
1998 | Silat Lagenda | Mo (suara) | |
1999 | Senario The Movie | Pak Hamid | |
2005 | Tak Ori Tapi Ok | Penampilan khas | |
Rock | Dirinya sendiri | ||
Kemarau Cinta | |||
2006 | Salah Bapak | Pak Joko | |
2007 | Zombi Kampung Pisang | Pak Mail | |
2010 | 4 Madu | Imam | |
2011 | Kembar Siang | Wak Sengau | |
Bini-Biniku Gangster | Ayahanda Halim | ||
Alamak... Toyol! | Pak Umar | ||
2012 | Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | Pak Abu | |
Halim Munan | Bapa Puyu | ||
2014 | Lu, Gua, Bro! | Pak Kulop | |
2015 | Abang Lejen | Tok Penghulu/Pak Long | Pelakon undangan |
2017 | Kerja Kahwin | Pakcik Pekak | Penampilan khas |
2020 | Superbike The Movie | Pak Hamid | Filem terakhir |
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1988 | Jenaka Hang Setia | TV1 | ||
1990 | Platform | Episod: "Lagak YB" | ||
1992 | Hikayat Hang Setia | |||
1995–1996 | Sambal | Pak Tam | TV3 | |
1997 | Kerana Ramli | Jaafar | TV1 | |
2007 | Bujang Antik | |||
2010 | Bujang Sepah Lalalitamplom (Musim 2) | Astro Prima | ||
2011 | Halimah Jongang The Series | Tok Umar |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Orang Terbang | TV3 | |
2000 | Berlagak | Dollah | VCD |
2002 | Momok 2 | Tok Hamdan | |
Histeria | Pak Yem | ||
2003 | Neon | Penduduk Kampung III | |
2004 | Gosok | Pak Hamid | |
2005 | Gosok 2 | ||
2008 | Alahai Cicit Atuk | Atuk | Astro Ria |
2010 | Halimah Jongang | Tok Umar | Astro Prima |
2015 | 7 Petola Cinta | TV9 |
Anugerah dan pencalonan Sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Seniman Legend MeleTOP | Hamid Gurkha | Menang |