Hamid Hayat seorang rakyat Amerika Syarikat dan lahir di Amerika telah dihukum penjara 24 tahun pada 10 September 2007 di Sacramento, California, Amerika Syarikat.

Fail:Umer Hayat.jpg
Umer Hayat, bapa Hamid Hayat

Beliau dilahirkan pada 10 September 1983 di Lodi, California, barat Amerika Syarikat. Bapanya Umer Hayat lahir pada 5 Januari 1958 di Pakistan dan berhijrah ke California pada 1976. Beliau mendapat taraf rakyat Amerika Syarikat. Kedua-fua mereka orang pertama didapati bersalah berhubung keganasan semenjak peristiwa 911.

Kesalahan jenayah sunting

Kesalahan beliau ialah menghadiri latihan di sebuah kem di Pakistan dan sasaran serangan ialah hospital, bank, pasar raya dan bangunan kerajaan di Amerika Syarikat. Dia ditahan pada Jun 2005 selepas 2 tahun berada di Pakistan dan berbohong tentang itu kepada FBI kononnya bertunang di Pakistan. FBI mendapat tape perbualan Hamid Hayat dengan rakannya berbincang tentang jihad, menghormati al-Qaeda dan menyokong kerajaan agama Islam di Pakistan dan Afghanistan. Di biliknya , FBI menemui majalah tentang jihad seperti 'Jaish-e-Mohammed' dan buku skrap lukisan tentang Taliban dan Osama bin Laden. Dalam dompet Hamid ada kepingan kertas bertulis doa 'Oh Allah we place you at their throats and we seek refuge in you from their evils'.

Hakim Persekutuan AS, Garland Burrell Jr memutuskan Hamid Hayat telah kembali ke Amerika Syarikat dan bersiap-sedia untuk melancarkan serangan jihad.Sepatutnya dia dihukum 39 tahun.

Peguam belanya, Wazhma Mojaddidi berkata ,FBI tidak dapat buktikan bila dan di mana Hamid Hayat hadir di kem latihan al-Qaeda , Pakistan. Semua ini angkara cemburu terhadap Hamid Hayat dan Islamfobia selepas peristiwa 911. Kesahihan tape perbualan itu amat disangsikan kerana dirancang dan diperangkap.

Bapanya Umer Hayat tidak dapat menerima hukuman tersebut kerana Hamid Hayat belum lagi melakukan sebarang jenayah. Tidak ada sebarang rekod jenayah selama ini. Umer Hayat dan Hamid Hayat turut ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles kerana membawa $28,093 tunai ke Pakistan pada 19 April 2003 . Wang itu dikatakan untuk urusan perkahwinan Hamid dan adiknya di Pakistan. Bapa mentua Umer Hayat adalah pemimpin parti politik agama Jamiat Ulema-e-Islam (JUI) di Pakistan.

Bagaimana pemandu trak ais krim boleh mempunyai wang sebanyak itu ?. Rumahnya bernilai $390,000 tanpa sebarang pinjaman. Umer dan abangnya mempunyai banyak wang tanpa sumber yang sah. Beliau turut ditahan kerana membuat kenyataan palsu kepada FBI ketika disiasat tentang anaknya. Dia dibebaskan dengan syarat membuat kerja kebajikan.

Kira-kira 2500 keturunan Pakistan tinggal di Lodi bekerja sebagai petani / peladang dan pengutip buah anggur, 35 km di selatan ibu negara Sacramento, California. Mereka turut disiasat sama ada menghantar wang kepada pengganas . Selepas kes ini, pergeseran antara muslim dan bukan muslim di California meningkat.



Rujukan sunting