Hamidah Osman
Dato' Hajah Hamidah binti Osman ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Perak (2009-2013) dan mantan ADUN Sungai Rapat selama dua penggal (2004-2013).
Hamidah Osman | |
---|---|
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia | |
Dalam jawatan 8 Mei 2019 – 10 Ogos 2022 Berkhidmat dengan
| |
Presiden | Ibrahim Ali |
Didahului oleh | Penyandang awal |
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 3 November 2016 – 16 September 2017 Berkhidmat dengan | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Mohd Rafiq Naizamohideen |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak | |
Dalam jawatan 2009–2013 | |
Menteri Besar | Zambry Abdul Kadir |
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak untuk Sungai Rapat | |
Dalam jawatan 2004 – 4 Mei 2013 | |
Didahului oleh | Kawasan dicipta daripada DUN Rapat Setia |
Digantikan oleh | Radzi Zainon |
Majoriti | 636 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Parti politik | BN-UMNO (hingga 2015) PH-PPBM (2016-2017) PUTRA (2018-2022) BEBAS (2022-Kini) |
Beliau juga disegani oleh ramai pihak termasuk pemimpin UMNO sendiri kerana kerajinan dan kecekapan beliau menjalankan tugas[perlu rujukan] sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak,[1] tugas-tugas sebagai Ketua Wanita Bahagian, tugas sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Diarkibkan 2013-01-16 di Wayback Machine dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT).
Kontroversi
suntingDalam Dewan Undangan Negeri Perak, Hamidah telah menimbulkan isu perkauman apabila membandingkan kredibiliti orang India dengan ular. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang meminta pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali memohon maaf di atas ketelanjuran Hamidah Osman itu.[2] Dalam kejadian pada 27 Jun 2008, Hamidah bertanyakan kepada Speaker V. Sivakumar sama ada bersetuju atau tidak dengan analogi tersebut.
Pautan luar
suntingRujukan
sunting- ^ "Single Mother's to make souvenirs for Visit Perak Year 2012". Visit Perak. 27 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-15. Dicapai pada 18 April 2013.
- ^ BN assemblyman slammed over racial slur thestar. 29/6/2008.