Hamzah Hussin

penulis kelahiran Singapura
(Dilencongkan dari Hamzah Abdul Majid Hussin)

Hamzah Abdul Majid bin Hussain (27 Januari 1927 — 21 April 2007), lebih mesra dengan panggilan Hamzah Hussin. Ketika hayatnya beliau merupakan bekas Pegawai Perhubungan di Cathay Keris. Pembabitannya dalam bidang perfileman ini menjadikannya sebagai orang yang berpengetahuan luas dan bermula sebelum beliau menyertai Cathay Keris lagi.

Hamzah Hussin
Kelahiran
Hamzah Abdul Majid bin Hussain

(1927-01-27)27 Januari 1927
Meninggal dunia21 April 2007(2007-04-21) (umur 80)
Sebab kematianSakit tua
PekerjaanPenulis, Pengarang majalah, Pegawai perhubungan, Penerbit
Tahun aktif1958—1971

Pembabitan awal sunting

Pada awalnya Hamzah Hussin merupakan penulis dalam pelbagai majalah seperti Filem Malaya, Puteri Melayu, Bulan Melayu, Utusan Melayu, Utusan Zaman dan Mustika. Beliau turut menjadi sidang pengarang majalah Mingguan Hiburan, Mutiara, Belia, Fashion, Arena Filem, Hiburan Filem dan Hiburan Cerita, selain akhbar Melayu Raya dan Mingguan Raya. Hamzah Hussin turut aktif menulis novel antara 1950-1960. Antara novel karyanya ialah Tarikh Berlari Liar, Di Mana Terbitnya Matahari, Rumah Itu Duniaku, Pemburu Kembali Ke Rumah, Samseng dan Rumah Kosong. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas ASAS50, Angkatan Penulis Melayu Baru dan pernah menjadi wakil kedua-dua persatuan itu dalam Kongres Persuratan Melayu.

Hamzah Hussin kemudiannya menyertai Cathay Keris pada tahun 1954 sebagai Pegawai Penerangan, Penulis Skrip dan Pengeluar Bersekutu. Pada 1958, beliau terbabit dalam menerbitkan filem Mahsuri, yang skripnya ditulis oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra dan dibeli oleh Cathay Keris dengan harga RM10,000. Hamzah Hussin bertindak sebagai penulis lakon layar filem itu. Menurutnya, Tunku sangat teliti dalam pembikinan filem Mahsuri. Katanya lagi, dalam lawatan ke Singapura, Tunku menggesekkan biola memainkan lagu Bunga Tanjung dan Ala Canggung.

Lagu yang sudah dirakamkan itu diserahkan kepada Zubir Said untuk disusun sebagai lagu filem yang dimestikan mengisi filem Mahsuri. Pada awal tahun 60-an, Pak Hamzah bersama L. Krishnan menyembunyikan diri untuk menulis skrip filem Orang Minyak. Ini kerana pada waktu itu Shaw Brothers juga merancang menghasilkan filem Sumpah Orang Minyak arahan P. Ramlee. Bagaimanapun menurut beliau, P. Ramlee keberatan mengarahkan filem itu tetapi terpaksa juga buat atas arahan majikannya. Filem Orang Minyak terbitan Cathay Keris ketika dalam proses penggambaran menggunakan judul Lena, sebagai strategi pemasaran. Itulah antara pengalaman yang dimuatkan dalam buku Memoir Hamzah Hussin- Dari Keris Film Ke Studio Merdeka terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pak Hamzah juga dikenali sebagai penulis dan novelis.

Beliau juga orang kuat di Harmy Press dan Royal Press - dua penerbit aktif di Singapura pada waktu itu. Selepas meninggalkan ASAS50 yang diasaskan bersama-sama Keris Mas, Jymy Asmara, Asraf, beliau menubuhkan Persatuan Angkatan Persuratan Melayu baru yang berlandaskan `seni untuk seni'. Hamzah Hussin kemudian terjun ke dunia perfileman sebagai perunding pembikinan filem selain menjadi penulis berpuluh skrip. Beliau juga memegang jawatan Pegawai Penerangan Cathay Keris selama 17 tahun.

Hamzah Hussin terbabit dalam penulisan skrip dan lakon layar bagi filem Mahsuri pada 1958, filem Tun Fatimah (1962), filem Rumah Itu Dunia Aku (1964), filem Patung Chendana (1965), filem Ikan Emas (1965), filem Gurindam Jiwa (1965), filem Anak Dara (1966) dan filem Dua Kali Lima (1966). Filem lain berdasarkan skripnya adalah filem Playboy (1967), filem Dosa Wanita (1967), filem Pop Muda (1968), filem Srikandi, filem Nafsu Belia, filem Keris Mas, filem Sial Wanita dan filem Keranda Wanita semuanya pada tahun 1969, selain filem Puaka (1970) dan filem Semusim Di Neraka (1971).

Pengalaman luas beliau mengenai era wayang gambar hitam putih dari belakang tabir sebagai Pegawai Penerangan Cathay Keris menjadikan beliau sebagi calun juri dan pensyarah di IPTA dan membentangkan kertas kerja di festival filem antarabangsa. Hamzah Hussin pernah diundang menjadi juri di Festival Filem Asia Pasifik 1980 di Kuala Lumpur. RTM pernah memilihnya sebanyak lapan kali sebagai juri Anugerah Sri Angkasa, manakala TV3 pula mengundangnya sebanyak empat kali menjadi juri Anugerah Skrin. Pada 1989, Pak Hamzah menjadi Pensyarah di Akademi Filem Malaysia (AFM). Jawatan terakhirnya di Finas ialah sebagai Ketua Perunding Skrip.

Penulisan sunting

Hasil penulisannya termasuk:-

  1. Album Filem Raya, 1952-1953. Singapura: Malaya Raya Press.
  2. Di mana terbitnya si matahari. Singapura: Harmy, 1949.
  3. Hujan air mata. Singapura: Geliga: 1958.

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia pada 21 April 2007 pada usia 80 tahun kerana sakit tua di rumahnya di French Road, Singapura.

Rujukan sunting

  • Keratan akhbar Utusan Malaysia