Buka menu utama

Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah bin Dato' Abu Samah merupakan ahli politik UMNO di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 mewakili Parti Perikatan. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 beliau menang kawasan Temerloh, negeri Pahang atas tiket parti Barisan Nasional.Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Menteri Undang-undang .

Hamzah Abu Samah
Presiden Persekutuan Bolasepak Asia (AFC)
Dalam jawatan
9 December 1978 – 1 August 1994
Didahului olehKambiz Atabay
Digantikan olehSultan Ahmad Shah
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Temerloh, Pahang
Dalam jawatan
1974–1982
Didahului olehMohamed Yusof Mahmud
Digantikan olehSabbaruddin Chik
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
Dalam jawatan
22 April 1971 – 1 May 1973
Perdana MenteriTun Abdul Razak
Didahului olehTan Sri Senu Abdul Rahman
Digantikan olehDato' Haji Ali Haji Ahmad
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Raub, Pahang
Dalam jawatan
1967–1974
Didahului olehHussein Hassan
Digantikan olehAbdullah Majid
Butiran peribadi
Lahir(1924-01-05)5 Januari 1924
Kuala Lipis, Malaya (now Malaysia)
Meninggal dunia4 September 2012(2012-09-04) (umur 88)
KerakyatanMelayu
Parti politikUnited Malays National Organisation
PasanganPuan Sri Zainon Hussein
BapaPAS logo.svg Dato' Abu Samah Haji Ali

Beliau adalah Tokoh Sukan Negara yang juga bekas menteri Kabinet termasuk Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Beliau merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Seumur Hidup dan memegang pelbagai jawatan penting dalam sukan sama ada dalam negara mahupun peringkat antarabangsa.

Isi kandungan

PendidikanSunting

Hamzah Abu Samah lahir pada 5 Januari 1924 di Pekan, Pahang.

Mula bersekolah di Sekolah Melayu Kajang, Kajang, Selangor ; Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK); Barristerat-Law, Gray’s Inn, London (1950-1953) dengan pembiayaan Kerajaan Negeri Pahang.

KerjayaSunting

Kerjaya beliau bermula sebagai Penolong Penyelia Pilihanraya Pahang, Hakim di Alor Setar, Kedah, Timbalan Pendakwa Raya Awam di Johor, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (1954-1967).

PolitikSunting

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Raub, Pahang (1967) ; Timbalan Menteri Dalam Negeri (1967-1969); Menteri Penerangan dan Penyiaran (1969-1971); Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1971-1973); Menteri Pertahanan (1973-1974); Menteri Perdagangan dan Industri (1974-1978) dan akhir sekali sebagai Menteri Undang-undang dan Peguam Negara (1978-1980).


Beliau menang di Raub dalam Pilihan raya umum Malaysia 1967 dan dipilih semula pada pilihanraya umum 1969 dan 1974. Bagaimanapun dalam Pilihanraya tahun 1978, beliau bertukar ke parlimen Temerloh.

Aktif sukanSunting

Beliau menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (1976- ); International Olympic Committee (IOC) sejak 1978;ahli IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) ; Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982); Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation (Sejak 1977).

Beliau telah menjadi Presiden bagi Persekutuan Bola sepak Asia (AFC) (1978-1994) ; Presiden Kehormat AFC sejak 1994; Naib Presiden bagi Federation of International Football Association (FIFA) (Disember 1982 - Mac 1990) dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA (1990). Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) (1984-1988); Presiden Persatuan Kriket Malaysia (1969-1990), Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation (sejak Mac 1985) dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia (sejak 1987).

Beliau dilantik sebagai Vice Presiden bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak 1982. Beliau turut berperanan bagi membawa Sukan Kuala Lumpur ’98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia.[1]

Meninggal duniaSunting

Beliau pernah menarik diri dari Kabinet selepas menjalani pembedahan coronary by-pass pada tahun 1980 dan mula bekerja sendiri.

Pada 4 September 2012, Tan Sri Hamzah Abu Samah, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri SembilanHamzah Abu Samah meninggal dunia</ref> Jenazah dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur.

KeluargaSunting

Isterinya, Toh Puan Zainon Hussein adalah adik kepada mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Abdul Razak Hussein. Anak mereka seramai 7 orang(Azlan Hamzah,Zulkifli Hamzah,Azman Hamzah,Izham Hamzah,Shahril Hamzah,Salina Hamzah dan Suria Hamzah.)Beliau juga dikurniakan 15 orang cucu iaitu Aisyah Zulkifli,Yaakob Zulkifli,Fahimah Azman,Abdul Rahman Azman,Aimi Izham,Arif Izham,Izzah Izham,Hafiz Izham,Zara Hannah Izham,Sabrina dan Shazani Abdullah.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting