Hamzah Zainudin

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Hamzah Zainuddin)

YB Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (lahir 12 Mac 1957) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Larut. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Perikatan Nasional.


Hamzah Zainudin

SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); SPMP (Perak); DPMP (Perak); DPTJ (NS); KMN; AMP, PPT, JP (Perak)
Hamzah pada 2022
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Raja
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P56 Larut, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Majoriti1,911
Setiausaha Agung
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
7 Ogos 2020
Raja Pahang Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
Pengerusi Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehPenyandang sulung
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
26 Mac 2020
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehMarzuki Yahya
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Ismail Mohamed Said
Timbalan I
Jonathan Yasin
Timbalan II
Digantikan olehSaifuddin Nasution Ismail
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Timbalan Ismail Mohamed Said
Timbalan I
Jonathan Yasin
Timbalan II
Didahului oleh Muhyiddin Yassin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Muhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Henry Sum Agong
Didahului oleh Hasan Malek
Digantikan oleh Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaAbdul Halim Mu'adzam Shah
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Anifah Aman
Didahului oleh Richard Riot Jaem
A. Kohillan Pillay
Digantikan oleh Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
2009–2013
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Bernard Giluk Dompok
Didahului oleh Kohilan Pillay
Digantikan oleh Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 April 2009
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Ong Ka Chuan
Didahului oleh Azizah Mohd Dun
Digantikan oleh Lajim Ukin
Pengerusi
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
Dalam jawatan
1 Oktober 2000 – 31 September 2006
Didahului olehBung Moktar Radin
Digantikan olehNasaruddin Hashim
Butiran peribadi
Lahir (1957-03-12) 12 Mac 1957 (umur 67)
Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO (sehingga 2018)
PPBM (2019-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2018)
PH (2019-2020)
PN (2020-kini)
PasanganDatin Seri Norashikin Datuk Abdul Ghani
Norani Abdul Rashid (cerai)
Anak-anak5
PekerjaanAhli Parlimen, Kontraktor
GajiRM55,227.20 sebulan[1]
Nilai bersihRM5 ke 8.5 juta[1]

Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan ke-9, YAB Tan Sri Mahiaddin Yasin dan YAB Dato' Sri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Razak sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia.

Isu dan kontroversi sunting

Saman Fitnah Harakah kerana balasan lantikan semula bekas Ketua Eksekutif FELCRA sunting

Pada 19 Januari 2004, beliau menyaman Ketua Pengarang Harakah dan tiga defendan lain berhubung dakwaan fitnah yang dibuat terhadapnya dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 Januari 2004. Hamzah dalam pernyataan tuntutannya lagi mendakwa, laporan berita itu telah memfitnah dirinya menerima wang sebanyak RM85,000 sebagai balasan kerana melantik semula bekas Ketua Eksekutif FELCRA selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Disember 2002.[2]

Disaman Anwar kerana tuduhan mengacau isterinya sunting

Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap beliau, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife” (Anwar Mengacau Isteriku).

Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.[3]

Campur tangan dalam PDRM sunting

Pada April 2021, sebuah rakaman audio bocor berkenaan suatu perbualan telefon dengan Ketua Polis Negara (IGP) yang bakal bersara, Abdul Hamid Bador untuk membolehkannya memindahkan kakitangan secara sendiri serta membolehkannya mempunyai bidang kuasa tertentu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara tidak langsung akan mengganggu operasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat kepada PDRM. Pada amanat terakhir Hamid, beliau mendedahkan semua muslihat kotor percubaan dalam cubaan Hamzah untuk PDRM dan bagaimana ini dapat menjejaskan reputasi PDRM.[4] Hamzah seterusnya mengakui bahawa suara rakaman itu adalah suaranya dan menjustifikasikan rakaman itu sebagai normal kerana tidak menyalahi undang-undang meskipun dengan komen IGP mengenai bagaimana campur tangan ahli politik akan menjadikan operasi PDRM lebih sukar.[5] Selain itu, Hamzah turut menafikan sebarang campur tangan dalam pelantikan pegawai kanan kepolisan, dan berkata bahawa keputusannya adalah berdasarkan mesyuarat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis yang diketuainya.[6]

Banyak pihak yang mengutuk tindakan Hamzah, dan banyak pihak yang menyeru siasatan dijalankan terhadap Hamzah atas dakwaan campur tangan tersebut.[7][8][9] Sesetengah pihak juga mempersoalkan kelewatan pembukaan siasatan terhadap Hamzah berbanding dengan siasatan melibatkan golongan pembangkang.[10]

Menyekat kewarganegaraan anak Malaysia yang dilahirkan di luar negara

Mahkamah Tinggi pada 9 September lalu membenarkan kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing. Selaku Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbiran Ismail Sabri, beliau membuat keputusan membuat rayuan dan permohonan penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu kewarganegaraan automatik sehinggalah kewarganegaraan automatik dibatalkan.

Keputusan pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Dr. Mohd. Dhari Othman dengan majoriti sebanyak 1,911 undi. Beliau memperolehi 15,878 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,967 undi.

Parlimen Malaysia: P56 Larut, Perak[11]
Tahun Barisan Nasional Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan
2008 Hamzah Zainuddin 15,878 52% Mohd Dhari Othman (PAS) 13,967 46%
2013 Hamzah Zainudin (UMNO) 22,184 56% Mohd Fauzi Shaari (PAS) 16,888 43%
Raveendran M. Vallikana (BEBAS) 278 1%
2018 Hamzah Zainudin (UMNO) 18,184 46% Abu Husin Mohammad (PAS) 13,698 35%
Khairil Anuar Akhiruddin (PPBM) 7,738 20%

Kehormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ [ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm[pautan mati kekal] "Pengerusi Felcra saman Harakah", Utusan Online. 20 Januari 2004.]
  3. ^ "Perbicaraan kes Anwar saman Timbalan Menteri Sept.". Utusan Online. 24 Februari 2008.
  4. ^ Jimadie Shah Othman (30 April 2021). "IGP hentam campur tangan menteri pada sidang media terakhir". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ Fareez Azman (30 April 2021). ""Bukan mirip, memang benar audio itu suara saya" - Hamzah Zainudin". Astro Awani. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  6. ^ "'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah". Astro Awani. 12 April 2021. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  7. ^ "Hamzah 'downright wrong' in leaked audio recording, says lawyer". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-30. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  8. ^ Hafiz Yatim (1 Mei 2021). "Lawmaker calls for Hamzah and newly appointed IGP to go on leave pending investigation". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2021.
  9. ^ Asliza Musa (2 Mei 2021). "AMK Kampar gesa polis siasat Hamzah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  10. ^ "Kenapa boleh siasat Anwar, tak boleh siasat Hamzah, soal peguam DAP". The Malaysian Insight. 30 April 2021. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  11. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2 January 2010.
  12. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-12. Dicapai pada 25 October 2018.
  13. ^ "Zahid Hamidi penerima pertama Seri Paduka Sultan Nazrin Shah" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. 28 November 2015. Dicapai pada 30 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Hamzah Zainudin, Ismail Sabri antara empat dapat Datuk Seri Panglima Sabah
  15. ^ Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima pingat Pahang

Pautan luar sunting