Hamzah Zainudin

ahli politik Malaysia

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (lahir 12 Mac 1957) merupakan Ahli Parlimen Larut, Negeri Perak yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Pembangkang sejak 19 Disember 2022 bagi menggantikan Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac 2020 di Putrajaya.


Hamzah Zainudin

SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); SPMP (Perak); DPMP (Perak); DPTJ (NS); KMN; AMP, PPT, JP (Perak)
DS Hamzah Zainudin.jpg
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Raja Pahang Darul Makmur Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriPakatan-harapan-logo.svg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Dato Seri Anwar Ibrahim
Didahului olehPakatan-harapan-logo.svg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Dato Seri Anwar Ibrahim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P56 Larut, Perak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar
Majoriti1,911
Setiausaha Agung
Parti Perikatan Nasional
Memegang jawatan
7 Ogos 2020
Raja Pahang Darul Makmur Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri
PengerusiLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehPenyandang sulung
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Memegang jawatan
26 Mac 2020
PresidenLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehMarzuki Yahya
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ismail Sabri Yaakob
TimbalanBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ismail Mohamed Said
Timbalan I
Logo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Jonathan Yasin
Timbalan II
Digantikan olehSaifuddin Nasution Ismail
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Muhyiddin Yassin
TimbalanBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ismail Mohamed Said
Timbalan I
Logo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Jonathan Yasin
Timbalan II
Didahului olehPakatan-harapan-logo.svg Bendera BERSATU.svg Muhyiddin Yassin
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Muhammad V
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Najib Razak
TimbalanBarisan Nasional.png PBB.jpg Henry Sum Agong
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Hasan Malek
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.svg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 28 Julai 2015
RajaAbdul Halim Mu'adzam Shah
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Najib Razak
MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Anifah Aman
Didahului olehBarisan Nasional.png Sarawak United People's Party logo.svg Richard Riot Jaem
Barisan Nasional.png Parti Gerakan Rakyat Malaysia Flag.svg A. Kohillan Pillay
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
2009–2013
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Najib Razak
MenteriBarisan Nasional.png United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation Logo.svg Bernard Giluk Dompok
Didahului olehBarisan Nasional.png Parti Gerakan Rakyat Malaysia Flag.svg Kohilan Pillay
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 April 2009
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Perdana MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Tun Abdullah Ahmad Badawi
MenteriBarisan Nasional.png Flag of the Malaysian Chinese Association.svg Ong Ka Chuan
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Azizah Mohd Dun
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Lajim Ukin
Pengerusi
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan
Dalam jawatan
1 Oktober 2000 – 31 September 2006
Didahului olehBung Moktar Radin
Digantikan olehNasaruddin Hashim
Butiran peribadi
Lahir (1957-03-12) 12 Mac 1957 (umur 66)
Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (sehingga 2018)
Bendera BERSATU.svg PPBM (2019-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (sehingga 2018)
Pakatan Harapan Logo.svg PH (2019-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-kini)
PasanganDatin Seri Norashikin Datuk Abdul Ghani
Norani Abdul Rashid (cerai)
Anak-anak5
PekerjaanAhli Parlimen, Kontraktor
GajiRM55,227.20 sebulan[1]
Nilai bersihRM5 ke 8.5 juta[1]

Isu dan kontroversiSunting

Saman Fitnah Harakah kerana balasan lantikan semula bekas Ketua Eksekutif FELCRASunting

Pada 19 Januari 2004, beliau menyaman Ketua Pengarang Harakah dan tiga defendan lain berhubung dakwaan fitnah yang dibuat terhadapnya dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 Januari 2004. Hamzah dalam pernyataan tuntutannya lagi mendakwa, laporan berita itu telah memfitnah dirinya menerima wang sebanyak RM85,000 sebagai balasan kerana melantik semula bekas Ketua Eksekutif FELCRA selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Disember 2002.[2]

Disaman Anwar kerana tuduhan mengacau isterinyaSunting

Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap beliau, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife” (Anwar Mengacau Isteriku).

Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.[3]

Campur tangan dalam PDRMSunting

Pada April 2021, sebuah rakaman audio bocor berkenaan suatu perbualan telefon dengan Ketua Polis Negara (IGP) yang bakal bersara, Abdul Hamid Bador untuk membolehkannya memindahkan kakitangan secara sendiri serta membolehkannya mempunyai bidang kuasa tertentu dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara tidak langsung akan mengganggu operasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat kepada PDRM. Pada amanat terakhir Hamid, beliau mendedahkan semua muslihat kotor percubaan dalam cubaan Hamzah untuk PDRM dan bagaimana ini dapat menjejaskan reputasi PDRM.[4] Hamzah seterusnya mengakui bahawa suara rakaman itu adalah suaranya dan menjustifikasikan rakaman itu sebagai normal kerana tidak menyalahi undang-undang meskipun dengan komen IGP mengenai bagaimana campur tangan ahli politik akan menjadikan operasi PDRM lebih sukar.[5] Selain itu, Hamzah turut menafikan sebarang campur tangan dalam pelantikan pegawai kanan kepolisan, dan berkata bahawa keputusannya adalah berdasarkan mesyuarat oleh Suruhanjaya Pasukan Polis yang diketuainya.[6]

Banyak pihak yang mengutuk tindakan Hamzah, dan banyak pihak yang menyeru siasatan dijalankan terhadap Hamzah atas dakwaan campur tangan tersebut.[7][8][9] Sesetengah pihak juga mempersoalkan kelewatan pembukaan siasatan terhadap Hamzah berbanding dengan siasatan melibatkan golongan pembangkang.[10]

Menyekat kewarganegaraan anak Malaysia yang dilahirkan di luar negara

Mahkamah Tinggi pada 9 September lalu membenarkan kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing. Selaku Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbiran Ismail Sabri, beliau membuat keputusan membuat rayuan dan permohonan penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu kewarganegaraan automatik sehinggalah kewarganegaraan automatik dibatalkan.

Keputusan pilihan rayaSunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Dr. Mohd. Dhari Othman dengan majoriti sebanyak 1,911 undi. Beliau memperolehi 15,878 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,967 undi.

Parlimen Malaysia: P56 Larut, Perak[11]
Tahun Barisan Nasional Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan
2008 Hamzah Zainuddin 15,878 52% Mohd Dhari Othman (PAS) 13,967 46%
2013 Hamzah Zainudin (UMNO) 22,184 56% Mohd Fauzi Shaari (PAS) 16,888 43%
Raveendran M. Vallikana (BEBAS) 278 1%
2018 Hamzah Zainudin (UMNO) 18,184 46% Abu Husin Mohammad (PAS) 13,698 35%
Khairil Anuar Akhiruddin (PPBM) 7,738 20%

KehormatanSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ [ http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm[pautan mati kekal] "Pengerusi Felcra saman Harakah", Utusan Online. 20 Januari 2004.]
  3. ^ "Perbicaraan kes Anwar saman Timbalan Menteri Sept.". Utusan Online. 24 Februari 2008.
  4. ^ Jimadie Shah Othman (30 April 2021). "IGP hentam campur tangan menteri pada sidang media terakhir". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ Fareez Azman (30 April 2021). ""Bukan mirip, memang benar audio itu suara saya" - Hamzah Zainudin". Astro Awani. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  6. ^ "'Maaflah kalau ada orang cakap saya campur urusan pertukaran pegawai kanan polis' - Hamzah". Astro Awani. 12 April 2021. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  7. ^ "Hamzah 'downright wrong' in leaked audio recording, says lawyer". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-30. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  8. ^ Hafiz Yatim (1 Mei 2021). "Lawmaker calls for Hamzah and newly appointed IGP to go on leave pending investigation". The Edge Markets (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mei 2021.
  9. ^ Asliza Musa (2 Mei 2021). "AMK Kampar gesa polis siasat Hamzah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  10. ^ "Kenapa boleh siasat Anwar, tak boleh siasat Hamzah, soal peguam DAP". The Malaysian Insight. 30 April 2021. Dicapai pada 4 Mei 2021.
  11. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 2 January 2010.
  12. ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-12. Dicapai pada 25 October 2018.
  13. ^ "Zahid Hamidi penerima pertama Seri Paduka Sultan Nazrin Shah" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. 28 November 2015. Dicapai pada 30 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ Hamzah Zainudin, Ismail Sabri antara empat dapat Datuk Seri Panglima Sabah
  15. ^ Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima pingat Pahang

Pautan luarSunting