Hanafi Zulkapli

ahli politik Malaysia

Ustaz Hanafi Zulkapli (Jawi: حنفي ذوكيفلي) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia[1] dan pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sesi 2019[2]/2021. Dilantik sebagai Ketua Pemuda Perikatan Nasional Negeri Selangor bermula 2021 - 2022. Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah bertanding[3] di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras tetapi tewas.

Ustaz

Hanafi Zulkapli
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Memegang jawatan
2021
Didahului olehAfnan Hamimi Taib Azamudden
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor
Dalam jawatan
27 April 2021 – 15 febuari 2022
Didahului olehJawatan baharu
Digantikan olehMohamed Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Selangor
Dalam jawatan
2019–2021
Didahului olehSyarhan Humaizi Halim
Digantikan olehMohamed Sukri Omar
Butiran peribadi
LahirHanafi bin Zulkapli
(1983-12-16) 16 Disember 1983 (umur 40)
Baling, Kedah
KerakyatanMalaysia
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganSayyidah Fasehah Abdul Shukor
Kediaman Selangor
PekerjaanAhli politik

Latar belakang sunting

Hanafi Zulkapli dilahirkan pada 16 Disember 1983 di Baling, Kedah. Beliau mendapat pendidikan peringkat diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Nilam Puri, Kelantan dalam bidang Usuluddin. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dalam bidang Tafsir di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir.

Kerjaya sunting

  • Pengarah Urusan, Ustaz Pi Mart, Subang Bestari.
  • Guru Besar, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Subang
  • Bekas Pengurus, PASTI Amal Bestari
  • Bekas Guru Agama dan Bahasa Arab, Maahad Tahfiz Wal Qiraat Seksyen 3, Shah Alam
  • Bekas Guru Agama dan Bahasa Arab, Sekolah Menengah Agama Arab Yayasan Khairiah, Baling.

Politik sunting

  • Calon PAS PRU14 di DUN Paya Jaras
  • Naib Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Malaysia (2021-Kini)
  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2019-2021)
  • Timbalan Yang Dipertua, PAS Kawasan Sungai Buloh (2019-2021)
  • Timbalan Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (2015-2019)
  • Pengarah, Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (2015-2017)
  • Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (2013-2019)

Isu sunting

Gangguan bekalan air Selangor dan Kuala Lumpur 2020 sunting

Dalam isu gangguan bekalan air pada 4 hingga 9 September 2020, Hanafi Zulkapli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka kertas siasatan mengenai kes ini. Ia dikhuatiri berlaku salah guna kuasa di peringkat penguatkuasaan kerana premis di Sungai Gong tersebut pernah dikompaun[4].

Kesihatan sunting

Hanafi pernah disahkan positif COVID-19 pada Mei 2021[5].

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Bernama (31 Oktober 2021). "Ahmad Fadhli Ketua Pemuda PAS yang baharu". The Sun Daily. Dicapai pada 2 November 2021.
  2. ^ Nur Farhana Abdul Manan (17 Julai 2019). "Pas Selangor umum senarai pimpinan baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 13 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ Salman Amirruddin (22 April 2018). "Tokoh Anak Muda Antara Calon PAS Selangor". Berita PAS. Dicapai pada 1 November 2021.
  4. ^ Muhammad Azizul Osman (5 September 2020). "Pas Selangor desak SPRM siasat kes pencemar di Sungai Gong". MalaysiaGazette. Dicapai pada 13 Disember 2020.
  5. ^ Aiman Sadiq Abdullah (7 Mei 2021). "Ketua Pemuda PAS Selangor Positif COVID-19". PNBBC. Dicapai pada 1 November 2021.