Hang Tuah (filem 1956)
- Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk kisah mengenai Hang Tuah, sila lihat: Hang Tuah.
Hang Tuah ditayangkan pada 28 Januari 1956[1] [2] dan dilakonkan oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah. Filem ini yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ialah filem mengenai Hang Tuah yang paling berkesan dan tidak lari daripada cerita asal.
Hang Tuah | |
---|---|
Pengarah | Phani Majumdar |
Penulis |
|
Lakon layar | Phani Majumdar |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi | |
Sinematografi | N. M. Vasudev |
Disunting oleh | H. R. Narayana |
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingHang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak dara jelita yang berasal daripada puak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara Tun Perak daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk dan telah mencetuskan huru hara di kota Melaka. Dato' Bendahara Tun Perak kagum dengan ketangkasan Hang Tuah lima bersaudara menangani amukan lelaki terbabit dan menjemput mereka semua berkunjung ke rumahnya. Apabila Sultan Melaka mendapat tahu akan berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Hari demi hari, Sultan semakin sayang terhadap Hang Tuah lima bersaudara sehingga mencetuskan rasa iri hati dalam kalangan pembesar-pembesar istana. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit yang dikenali sebagai Taming Sari. Kerana ketangkasannya berlawan sehingga terbunuhnya pahlawan terulung Jawa terbabit, Hang Tuah dikurniakan keris Taming Sari dari pihak istana Majapahit sendiri.
Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Tanpa usul periksa, Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah merancang untuk mengamuk dan menghuru-harakan Melaka. Ketika majlis keramaian untuk menyambut ulangtahun Patih Karma Wijaya, beliau telah maut dikelar lehernya oleh Melor yang menggunakan kerambit semasa menari. Dalam kekecohan itu, Melor turut terbunuh setelah seorang pengawal istana melemparkan tombak ke arahnya. Hang Jebat mula menjalankan rancangannya sehingga memaksa Sultan Mansur Syah dan hulubalang-hulubalangnya berundur ke rumah Bendahara Tun Perak.
Semasa baginda berkata sepatah menyebut nama Hang Tuah, Bendahara terlebih dahulu memohon ampun kepada Sultan lalu menjelaskan kepada baginda bahawa Hang Tuah tidak dihukum bunuh, sebaliknya disembunyikan di dalam penjara. Baginda berasa gembira lalu menitahkan Bendahara memanggil Hang Tuah menghadapnya. Setelah Hang Tuah dibawa menghadap Sultan, baginda menitahkan Hang Tuah agar Hang Jebat harus dihapuskan tetapi baginda telah menjelaskan bahawa keris Taming Sari itu sudah berada ditangan Hang Jebat. Sebagai gantinya, baginda menyerahkan Keris Diraja kepada Hang Tuah dan Hang Tuah berjanji kepada baginda bahawa beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Hang Jebat.
Dalam pertarungan yang amat sengit itu, Hang Jebat menyerahkan keris Taming Sari itu kepada Hang Tuah dan menukarkannya dengan keris Diraja tersebut. Akhirnya dalam pertarungan terakhir itu, Hang Jebat akhirnya tewas ditangan Hang Tuah. Sebagai menghargai jasa Hang Tuah, baginda mentabalkan Hang Tuah sebagai Laksamana.
Sedang Hang Tuah berada dirumah, beliau meluahkan kesedihannya akibat kehilangan Hang Jebat dan Melor. Diakhir cerita, Hang Tuah bertanya pada dirinya adakah Hang Jebat berpihak kepada yang benar atau dirinya sendiri. Persoalan itu terus-menerus bermain di fikiran Hang Tuah, apakah baginya tindakan Sultan menitahkan hukuman mati kepadanya juga boleh dianggap zalim.
Barisan pelakon
suntingPelakon utama
sunting- P. Ramlee sebagai Hang Tuah
- Ahmad Mahmud sebagai Hang Jebat
- Saadiah sebagai Melor
- Zaiton sebagai Tun Teja
- Haji Mahadi sebagai Sultan Mansur Shah
- Daeng Idris sebagai Dato' Bendahara Tun Perak
- Yusof Latiff sebagai Tun Mat
- Nordin Ahmad sebagai Hang Kasturi
- S. Shamsuddin sebagai Hang Lekir
- Aziz Sattar sebagai Hang Lekiu
Pelakon pembantu
sunting- Hashim Nur sebagai Adiputra
- S. Kadarisman sebagai Pateh Karma Wijaya
- Udo Omar sebagai Tun Ali
- Mariani sebagai Dang Rani
- Siti Tanjung Perak sebagai Dang Merduwati, ibu Hang Tuah
- Rahman Rahmat sebagai Hang Tuah, semasa kanak-kanak
- Mustarjo sebagai Raja Majapahit
- Malek Sutan Muda sebagai Pendekar Taming Sari
- Mustapha Maarof sebagai Tun Zainal
- Sa'amah sebagai Pengasuh Tun Teja
Pelakon tambahan
sunting- Hashimah Yon sebagai Penari Jawa
- Salleh Kamil sebagai Orang Mengamuk 1
- A. Rahim sebagai Orang Mengamuk 2
- Omar Suwita sebagai Orang Mengamuk 3
- Ahmad C sebagai Orang Mengamuk 4
- S. Sudarmaji sebagai Ketua Orang Jakun
- Mat Sentol sebagai Penari Istana Pahang
- Nyak Osman
- H. M. Busra
- Ahmad Chetty
- Raja Hamidah Raja Saat
Trivia
suntingFilem ini merupakan satu-satunya filem gandingan P. Ramlee dan Mat Sentol walaupun dia hanya muncul sebagai pelakon tambahan, sekali gus filem pertama beliau di layar perak.
Anugerah dan pencalonan
sunting- Festival Filem Asia Pasifik ke-3, 1956 (Hong Kong)
- Penggubah Lagu Terbaik - P. Ramlee
Runut
sunting- Joget Pahang
- Berkorban Apa Saja
Dialog
sunting- "Burung nuri burung helang, tidak sama terbang tinggi, sekarang puteri berangkat pulang, bila pula berjumpa lagi?" - Hang Tuah
- "Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga" - Tun Teja
- "Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat
- "Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" - Hang Jebat
- "Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah
- " Dato'... Jikalau burung helang tak suka burung lain terbang tinggi..., akhirnya burung helang jugak yang akan mati kelaparan Dato' "
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Tribute To P Ramlee.
- ^ "Hang Tuah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-21. Dicapai pada 2014-02-14.