Hangar ialah sebuah struktur binaan tertutup untuk menyimpan dan menyelenggarakan kapal terbang atau kapal angkasa lepas. Hangar dibina daripada logam, kayu, atau konkrit. Perkataan hangar berasal dari bahasa Perancis Tengah hanghart ("bangsal berhampiran rumah"), asal Jermanik, dari bahasa Frankish *haimgard ("bangsal rumah", "pagar disekeliling rumah"), dari *haim ("rumah, kampung, dusun") dan gard ("halaman").

Diagram keratan rentas sebuah hangar
Pandangan luar sebuah hangar di pangkalan tentera RAF

Hangar digunakan sebagai perlindungan daripada cuaca, pancaran cahaya matahari dan sebagai penyelenggaraan, pembaikan, pembuatan, pemasangan dan penyimpanan pesawat.

Bacaan lanjutSunting

Francis, Paul (1996) ‘British Military Airfield Architecture – From Airships to the Jet Age’ (Patrick Stephens Ltd, Sparkford, Somerset, ISBN 1 85260 462 X)

Pautan luarSunting