Hani Saleh Hasan Hanjour (Arab: هاني صالح حسن حنجور, Hānī Ṣāliḥ Ḥasan‎ Ḥanjūr) (13 Ogos 1972 – 11 September 2001) ialah juruterbang perampas Penerbangan 77 American Airlines yang menghempaskan kapal terbangnya ke dalam Pentagon dalam serangan 11 September 2001.

Hani Hanjour
Kelahiran
Hani Hanjour (bahasa Arab: هاني حنجور)

(1972-08-13)13 Ogos 1972
Meninggal dunia11 September 2001(2001-09-11) (umur 29)

Hanjour yang merupakan warga Arab Saudi mula-mula datang ke Amerika Syarikat 1991 untuk menelaah bahasa Inggeris di Universiti Arizona selama beberapa bulan sebelum kembali ke Arab Saudi pada awal tahun berikutnya, tanpa sebarang niat untuk melancarkan serangan besar-besaran. Beliau kembali ke AS pada tahun 1996 untuk belajar bahasa Inggeris di California sebelum menjalani latihan penerbangan di Arizona. Beliau menerima sijil juruterbang komersilnya pada tahun 1999, lalu kembali ke tanah airnya untuk mencari pekerjaan juruterbang komersil. Hanjour mendaftar diri di sekolah penerbangan awam di Jeddah, tetapi ditolak. Dengan rasa kecewanya, pandangan keagamaannya semakin radikal. Hanjour meninggalkan keluarganya pada tahun 1999, kononnya untuk berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu untuk mencari pekerjaan. Menurut Khalid Sheikh Mohammed, Osama bin Laden atau Mohammed Atef mengecam Hanjour sebagai juruterbang terlatih di sebuah kem latihan Afghanistan lalu memilihnya untuk menyertai serangan 11 September.

Hanjour kembali di Amerika Syarikat pada Disember 2000, lalu menyertai Nawaf al-Hazmi di San Diego. Kemudian, mereka berlepas ke Arizona di mana Hanjour mengulang kaji latihan juruterbang. Pada April 2001, mereka berdua berpindah ke Falls Church, Virginia, kemudian ke Paterson, New Jersey pada akhir Mei di mana Hanjour mengambil latihan juruterbang lagi.

Hanjour kembali ke kawasan Washington D.C. pada 2 September 2001, dan mendaftar diri di sebuah motel di Laurel, Maryland. Pada 11 September 2001, Hanjour menaiki Penerbangan 77 American Airlines, merampas kapal terbang itu dengan bantuan ahli-ahli pasukannya yang menaklukan para juruterbang, kakitangan dan penumpang, lalu menerbangkan kapal terbang ke arah Pentagon dalam serangan 11 September 2001. Hempasan itu membunuh kesemua 64 penumpang dan 125 orang di Pentagon.


Rujukan sunting