Hanis Kamal Bakar
Hanis Kamal Bakar (lahir Mohamad Hanis Kamaruldzaman; 11 Februari 1989) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau berprolifik sebagai pelakon kanak-kanak pada era 1990-an dan telah membintangi sejumlah filem dan drama sepanjang kerjayanya. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Kamal Bakar.[1][2]
Hanis Kamal Bakar | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Hanis bin Kamaruldzaman 11 Februari 1989 |
Pendidikan | Ijazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan) |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1994–kini |
Pasangan | Dian Zman (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa | Kamal Bakar (bapa) |
KerjayaSunting
Hanis Kamal memulakan kerjaya seninya pada usia 5 tahun setelah bapanya, pelakon veteran terkenal, Kamal Bakar sering membawanya ke lokasi penggambaran,[1][3] sekaligus menerima tawaran berlakon drama pertamanya, Sebening Syawal. Sejak itu, beliau terus bergiat aktif dalam drama dan filem.[2]
Kehidupan peribadiSunting
Hanis Kamal dilahirkan pada 11 Februari 1989 di Hospital Besar Melaka, Melaka dan mempunyai adik-beradik seramai 5 orang yang mana beliau ialah anak sulung. Beliau ialah pemegang ijazah jurusan Diploma Teater (Pengarahan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 2007.[2]
Beliau berkahwin dengan Dian Zman pada Disember 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki.[4]
FilemografiSunting
FilemSunting
- Senario The Movie Ops Pocot (2011)
- Gila-Gila Remaja 2 (2013)
DramaSunting
- Sebening Syawal (1995)
- Anak Penarik Beca (2005)
- 6 Progresif (2011)
- Miang Buluh Keladi Birah (2012)
- Seindah Sabarmu (2013)
- Kerambit (2014)
- Cikgu (2015)
- Cinta Lemon Madu (2018)
- Aurora Aisyah (2019)
TelefilemSunting
- Bib Bebel (1998)
- Denai Berbisik (2010)
- Doa Ke Syurga (2010)
- Banglo Seksyen 2 (2013)
- Disleksia (2014)
- Derhaka (2016)
- Aku Mahu Hidup (2017)
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
2006 | Anugerah Seri Angkasa 2006 | Pelakon Pembantu Terbaik | Dirinya sendiri | Anak Penarik Beca | Menang |
2010 | Anugerah Seri Angkasa 2010 | Denai Berbisik | Menang | ||
2013 | Anugerah Tribute P. Ramlee | Miang Buluh Keladi | Menang |
RujukanSunting
- ^ a b Hellinie Sina (16 Jun 2013). "Minat dunia seni sejak kecil". Metro Ahad. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
- ^ a b c "Pernah kecewa dengan industri". Perak Today. 12 Mei 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
- ^ Hellinie Sina (14 Jun 2013). "Hanis ikut jejak ayah". Harian Metro. Dicapai pada 26 Ogos 2019.
- ^ Deel Anjer (19 Ogos 2020). "HANIS KAMAL BAKAR Timang Anak Lelaki, BABY T". WilayahKu. Dicapai pada 26 Ogos 2020.