Hannah Tan

(Dilencongkan dari Hannah t)

Hannah Sarah Tan (lahir di Pulau Pinang, Malaysia pada 25 Oktober 1981)[a] ialah seorang pengacara televisyen dan bekas ratu cantik dari Malaysia. Kini beliau menceburi bidang muzik di bawah gelaran hannah t.

Hannah Tan
Latar belakang
Nama lahirHannah Sarah Tan
Juga dikenali sebagai
Hannah Tan, Hannah t
Kelahiran (1981-10-25) 25 Oktober 1981 (umur 42)
Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
GenrePop/rock
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pelakon, pengacara televisyen, model, jurucakap produk
Tahun aktif2002—kini
Laman sesawang
hannahtclub.com

Biografi sunting

Hannah Tan yang berketurunan kacukan Cina (sebelah bapa) dan Kelabit (sebelah ibu) menempa nama setelah mendapat tempat ketiga dalam Miss Global Petite International World Finals 2002/2003 di Montreal, Kanada.

Setelah itu, beliau memasuki persada televisyen Malaysia dan muncul dalam berpuluh-puluh iklan (cetak dan TV) serta juga ditampilkan dalam banyak rencana akhbar dan majalah. Belaiu juga memainkan peranan pengacara bagi rancangan seperti Ringgit Sense, Motorsports@Petronas dan What Women Want.

Belaiu mengeluarkan album berbahasa Inggeris berjudul "Crossing Bridges" yang diikuti dengan single khusus perayaan Krismas berjudul "Timeless Christmas". Single pertamanya ialah "In Between" yang memenangi kategori Pop Terbaik di Anugerah MET 10 2006.

Belaiu pernah muncul dalam majalah-majalah Cleo, Her World, KLUE, Cinema Online, HOT, FHM, Eve Adam*, Traffic, dan Stuff.

Pada tahun 2007, saluran anime Animax melantik Hannah sebagai duta produk mereka, sekaligus menjadikan beliau duta "live-action" pertama bagi rangkaian animasi ini.

Pada Januari 2008, Tan berlakon dalam telefilem Bezanya Cinta.[1]

Hannah menerima tawaran Afdlin Shauki untuk membintangi filem My Spy di mana beliau memegang watak sebagai ejen perisik Interpol.[2][3]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Bryan Lee pada 2014.[4]

Catatan sunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir sama dengan Pekin Ibrahim yang juga lahir pada 25 Oktober 1981.

Rujukan sunting

  1. ^ "mStar Online : Hannah abadikan pengalaman Bezanya Cinta". Mstar.com.my. February 8, 2008. Dicapai pada April 18, 2011.
  2. ^ "Agent Hannah is gonna get you!". Dailychilli.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 8, 2011. Dicapai pada April 18, 2011.
  3. ^ "Catch Hannah Tan at the movies". Thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 21, 2011. Dicapai pada April 18, 2011.
  4. ^ Hannah Tan is married, here’s the photos The Hive Asia (24 Februari 2014). Dicapai pada 28 Mei 2014.

Pautan luar sunting