Siti Hani Nur Zara Harmi (lahir 25 Mei 1982) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia, dan anak perempuan pelakon dan penerbit Julie Dahlan. Hanny memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak menerusi filem Harry Boy (1991) yang diterbitkan oleh ibunya.

Hanny Harmi
Kelahiran
Siti Hani Nur Zara binti Harmi

(1982-05-25) 25 Mei 1982 (umur 38)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1991; 2002–2015
PasanganShamsul Akmar Shahabuddin (k. 2013)
Anak1
Ibu bapa

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Shamsul Akmar Shahabuddin, adik kepada penyanyi Hattan pada 29 Jun 2013[1] dan dikurnaikan seorang anak perempuan. Sejak itu, beliau memperlahankan kerjaya lakonannya bagi memberi tumpuan pada rumah tangganya.[2]

Hanny pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor pada Januari 2011 yang menyebabkan beliau mengalami cedera ringan.[3]

Filemografi separaSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak
1991 Harry Boy
2005 Cinta Fotokopi
Rock Hani
2006 Buli Balik Ahli Sahabat Terapi
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Ros
2011 Aku Bukan Tomboy Rakan Farisha

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Koperal Hani TV2
2009 Cinta Dalam Sebiji Durian[4] TV1
2009–2011 Si Capik Liza TV2
2009–2011, 2014–2015 Gerak Khas Detektif Hani
2013 Metro Skuad

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Al Qayum Azizi (29 Jun 2013). "Hanny, anak Julie Dahlan nikah adik Hattan". mStar Online. Dicapai pada 3 Oktober 2013.
  2. ^ Zaidi Mohamed (13 Januari 2016). Hanny Harmi ralat ibu tak sempat tatap cucu keempat Berita Harian. Dicapai pada 21 November 2016.
  3. ^ Anak Julie Dahlan cedera ringan dalam nahas Utusan Malaysia (24 Januari 2011). Dicapai pada 21 November 2011.
  4. ^ Budiey (25 Oktober 2009). "Buzen Hashim, Hanny Harmi dalam Cinta Dalam Sebiji Durian". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 3 Oktober 2010.

Pautan luarSunting