Hans-Georg von Friedeburg

German World War II Admiral

Hans-Georg von Friedeburg (15 Julai 1895 – 23 Mei 1945) ialah seorang Laksamana Jerman, timbalan panglima Angkatan U-boat Jerman Nazi dan akhir sekali Panglima Besar Kriegsmarine. Beliau merupakan satu-satunya wakil angkatan tentera yang hadir untuk menandatangani Surat Cara Penyerahan Kalah Jerman di Luneburg Heath pada 4 Mei 1945, di Reims pada 7 Mei dan di Berlin pada 8 Mei 1945. Von Friedeburg membunuh diri sejurus selepas pembubaran Kerajaan Flensburg.

Hans-Georg von Friedeburg

Friedeburg selaku Konteradmiral pada 1943
Ketua Markas Besar Tentera Laut
Dalam jawatan
1 Mei 1945 – 23 Mei 1945
Didahului olehKarl Dönitz
Digantikan olehWalter Warzecha
Butiran peribadi
Lahir(1895-07-15)15 Julai 1895
Straßburg, Alsace-Lorraine, Empayar Jerman
Meninggal dunia23 Mei 1945(1945-05-23) (umur 49)
Flensburg, Schleswig-Holstein, Jerman taklukan Bersekutu
AnugerahWar Merit Cross
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1914–45
Pangkat Generaladmiral
Perkhidmatan

Biografi sunting

Friedeburg merupakan penyokong setia rejim Nazi. Seorang pegawai tentera laut terkemuka Jerman selepas tempoh Perang Dunia I, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Armada Kapal Selam Jerman pada September 1941. Menyelia latihan U-boot Jerman dan penggunaan pangkalan-pangkalan U-bot di Perancis, beliau kemudian mengatur kedudukan kumpulan U-bot pada pertengahan Atlantik untuk mencari dan menyerang konvoi Bersekutu. Dinaikkan pangkat ke Laksamana pada tahun 1942, Friedeburg mengambil alih pemerintahan armada U-bot Jerman pada Februari tahun berikutnya. Beliau telah dianugerahkan Ritterkreuz des Kriegsverdienstkreuzes mit Schwertern pada 17 Januari 1945. Beliau menggantikan Laksamana Besar Karl Donitz sebagai Panglima Tertinggi Kriegsmarine apabila Dönitz menjadi Presiden Reich setelah Hitler membunuh diri (mengikut wasiat terakhir Hitler), dan telah dinaikkan pangkat kepada Generaladmiral pada 1 Mei 1945.

Pada awal bulan Mei 1945, Friedeburg diarahkan oleh Dönitz merundingkan gencatan senjata dengan kuasa-kuasa Bersekutu Barat. Tiba di markas Fil Marsyal Bernard Montgomery di Lüneburg, Jerman beliau dimaklumkan bahawa penyerahan kalah tanpa syarat kepada semua kuasa-kuasa Bersekutu adalah perlu dan tidak boleh dirunding. Bagaimanapun, beliau menandatangani surat cara penyerahan kalah semua angkatan tentera Jerman di Belanda, barat laut Jerman dan Denmark pada 4 Mei 1945.

 
Montgomery (kanan) dan von Friedeburg menandatangani penyerahan kalah Jerman di Lüneburg Heath, 4 Mei 1945

Friedeburg kemudiannya menyaksikan, bagi pihak Tentera Laut Jerman, dokumen yang mengisytiharkan penyerahan rasmi angkatan tentera Jerman di Eropah Utara, termasuk Jerman, yang berkuatkuasa pada tengah malam 8/9 Mei 1945, telah ditandatangani bagi pihak Pemerintah Tertinggi Jerman oleh Kolonel Jeneral Alfred Jodl di Reims, Perancis. Beliau kemudiannya menandatangani bagi pihak Kriegsmarine, di Berlin pada 8 Mei 1945, bersama-sama dengan Kolonel Jeneral Hans-Jürgen Stumpff untuk Luftwaffe dan Generalfeldmarschall Wilhelm Keitel untuk Wehrmacht, surat cara penyerahan kalah di hadapan Marsyal Georgi Zhukov untuk Tentera Merah dan wakil Bersekutu yang lain. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi satu-satunya wakil Jerman yang menandatangani kedua-dua akuan penyerahan kalah rasmi. Dua minggu kemudian, pada 23 Mei 1945, pada hari anggota-anggota Kerajaan Flensburg ditangkap, Friedeburg menjadi tawanan perang British di Plön. Tidak dapat menerima kekalahan negaranya, dan setelah membuat keputusan kembali pada tahun 1944 tentang perspektif ini, beliau telah menelan racun pada hari yang sama. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Adelby berhampiran Flensburg.[1]

 
Friedeburg (kanan) menyaksikan penyerahan kalah yang ditandatangani Alfred Jodl (tengah) bersama Mejar Wilhelm Oxenius disebelah kiri pada 7 Mei 1945 di Reims, Perancis.

Anaknya Ludwig von Friedeburg (1924-2010) adalah seorang ahli sosiologi yang terkenal dan ahli politik (SPD) dan berkhidmat di antara tahun 1969 dan 1974 sebagai Menteri Kebudayaan di negeri Hesse.

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

 
Kubur beliau berada disebelah Wolfgang Lüth.

Rujukan sunting

Petikan
  1. ^ Borgert, p. 331
  2. ^ Patzwall and Scherzer 2001, p. 541.
Bibliografi
  • Borgert, Heinz-Ludwig (1998): Generaladmiral Hans-Georg von Friedeburg. In: Gerd R. Ueberschär (ed.): Hitlers militärische Elite. 68 Lebensläufe. Frankfurt am Main: Primus Verlag, 2011 (second edition). ISBN 978-3-534-23980-1
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting