Hans-Valentin Hube

Hans-Valentin Hube (29 Oktober 1890 – 21 April 1944) adalah seorang panglima perang Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Beliau memerintah beberapa divisyen panzer semasa pencerobohan Poland, Perancis dan Soviet Union. Beliau merupakan salah seorang daripada 27 penerima pingat Knight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian, iaitu anugerah ketenteraan tertinggi Jerman Nazi. Hube terkorban dalam satu nahas udara pada 21 April 1944.

Hans Hube
Jeneral Hans-Valentin Hube, Ogos 1941
Kelahiran(1890-10-29)29 Oktober 1890
Naumburg an der Saale, Empayar Jerman
Meninggal dunia21 April 1944(1944-04-21) (umur 53)
Salzburg, Jerman Nazi
DisemadikanInvalidenfriedhof, Berlin
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1909–44
Pangkat Generaloberst
ArahanDivisyen Ke-16 Infantri, Kor XIV Panzer, Tentera Darat Pertama Panzer
Pertempuran
AnugerahKnight Cross berserta Daun Oak, Pedang dan Berlian

Perang Dunia II sunting

Hans-Valentin Hube telah dilahirkan pada 29 Oktober 1890, di Naumburg an der Saale, Empayar Jerman. Hube menawarkan diri untuk berkhidmat dalam Tentera Darat Prusia pada tahun 1909, dan bertugas dalam Perang Dunia I dimana beliau terlibat dalam pertempuran Persaingan ke Laut, dan telah dikurniakan pingat Iron Cross Kelas 2 dan Knight Cross Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern. Pada 1918, susulan berakhirnya perang yang menandakan kekalahan Empayar Jerman dan keruntuhannya, Hube secara ringkas berkhidmat dengan sayap kanan separa tentera Freikorps semasa zaman ketidakstabilan. Hube menyertai Reichswehr, iaitu pengganti Tentera Imperial Jerman selepas penubuhan Republik Weimar, dan meneruskan khidmat tenteranya dalam Wehrmacht selepas pembentukan Jerman Nazi, mencapai pangkat Oberst pada tahun 1936.[1]

 
23 Ogos 1942: Hans Hube selaku panglima Divisyen Ke-16 Panzer

Hube terlibat dalam pencerobohan Poland dan pertempuran Perancis sebagai komander rejimen.[2] Beliau dilantik sebagai Panglima Divisyen Ke-16 Infantri pada Jun 1940. Selaku Panglima Divisyen Ke-16 Panzer, beliau terlibat dalam Operasi Barbarossa sebagai sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Selatan Fil Marsyal Gerd von Rundstedt. Untuk aksi dalam kempen ini, Hube menerima pingat Knight Cross of the Iron Cross. Pada 16 Januari 1942, beliau dikurniakan darjah Daun Oak untuk pingat Knight Crossnya semasa dalam Pertempuran Kiev. Hube kemudian memimpin divisyen ini dalam Fall Blau dan Pertempuran Stalingrad. Pada September 1942, Hube diberi memerintah Kor XIV Panzer, iaitu formasi induk Divisyen Ke-16 Panzer.

Hube memerintah Kor XIV semasa penyerangan balas Soviet, Operasi Uranus. Beliau dinaikkan pangkat ke Generalleutnant dan menerima darjah Pedang untuk pingat Knight Cross berserta Daun Oak dari Adolf Hitler sendiri pada 21 Disember 1942. Ketika berada di Markas Führer di Rastenburg, Hube berhujah dengan kuat, tetapi tidak berhasil, supaya Hitler membenarkan Tentera Darat Ke-6 untuk memecah keluar. Sebaliknya, Hitler berjanji akan membuat serangan bantuan yang baru pada pertengahan bulan Februari. Hube menyampaikan rancangan tersebut kepada Paulus setelah kembali ke kawasan kepungan itu. Namun, Hube telah diarahkan keluar sekali lagi pada 10 Januari untuk "mengatur semula bantuan kepada Tentera Darat Ke-6."[3]

Selepas kemusnahan Tentera Darat Ke-6, Hube telah dihantar ke barisan Mediterranean. Beliau mewujudkan Gruppe Hube di Sicily, sebuah formasi bersaiz tentera darat medan yang ditugaskan untuk mempertahankan posisi Jerman di pulau itu. Dengan kemunculan Operasi Husky pada 10 Julai, Hube memerintah keseluruhan pertahanan Jerman. Pada 17 Julai 1943 Hube diberi memerintah semua pasukan tentera darat dan Flak di pulau itu. Hube mengatur pemindahan ke semenanjung Itali. Beliau telah menyediakan garisan defensif yang kuat, iaitu 'Garis Etna' disekitar Messina, yang akan membolehkan pihak Jerman membuat satu pengunduran yang progresif sambil memindahkan sebahagian besar ketumbukannya ke tanah besar. Patton memulakan serangannya ke atas garisan di Troina, tetapi ia adalah tulang belakang pertahanan dan dilindungi dengan kuat. Walaupun berdepan dengan tiga pendaratan amfibia yang 'serentak' pihak Jerman berjaya mengelak sebahagian besar ketumbukan mereka daripada ditawan, dan mengekalkan rancangan pemindahan mereka. Mengundurkan sejumlah besar ketumbukan dari ancaman ditawan di Sicily menunjukkan kejayaan besar bagi pihak Paksi. Hube kemudian terlibat dalam pertempuran mempertahankan posisi-posisi di Salerno semasa Operasi Avalanche pihak Bersekutu.

 
Günther von Kluge, Heinrich Himmler, Karl Dönitz dan Wilhelm Keitel (baris depan dari kiri ke kanan) di upacara pengebumian Hube

Hube telah dipindahkan sekejap ke Führerreserve OKH. Pada 23 Oktober 1943, Hube dilantik sebagai Pemangku Panglima Tentera Darat Pertama Panzer yang berjumlah 200,000 orang, kemudian berkhidmat dengan Kumpulan Tentera Darat Selatan dibawah Fil Marsyal Erich von Manstein. Pada Februari 1944, Hube secara rasmi disahkan sebagai Panglima Tentera Darat Pertama Panzer. Sejurus selepas itu, III. Panzerkorps, salah satu unit Hube, diperlukan untuk membantu ketumbukan Jerman memecah keluar dari Kelompok Korsun-Cherkassy. Tidak lama kemudian, pasukan Hube telah dikepung dalam kelompok berhampiran Kamenets-Podolsky. Hube memimpin pelepasan keluar yang mana bermula dari 27 Mac 1944 sehingga 15 April 1944.

Pada 20 April 1944, Hube kembali ke Jerman dimana Adolf Hitler sendiri mengurniakan beliau dengan darjah Berlian untuk pingat Knight Cross dan menaikkan pangkat ke Generaloberst kerana prestasi terbaiknya di Sicily, Salerno dan dalam kelompok Kamenets-Podolsky. Hube terkorban apabila pesawat yang membawanya ke Berlin terhempas selepas berlepas dari Salzburg pada 21 April 1944.

Hube telah diberikan pengebumian negara di Berlin pada 26 April 1944. Kerandanya telah diletakkan di Reich Chancellery dan eulogi telah disampaikan oleh Heinz Guderian. Pengawal kehormat terdiri daripada para jeneral Walther Nehring, Hermann Breith, Heinrich Eberbach dan Hans Gollnick. Hube dikebumikan di Tanah Perkuburan Invalid di Berlin.[4]

Tarikh kenaikkan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

 
Kubur Hube di Tanah Perkuburan Invalid, Berlin

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ Wegmann 2009, m/s. 360–363.
  2. ^ Wegmann 2009, m/s. 361.
  3. ^ Adam, Wilhelm; Ruhle, Otto (2015). With Paulus at Stalingrad. Diterjemahkan oleh Tony Le Tissier. Pen and Sword Books Ltd. m/s. 161,166,170. ISBN 9781473833869.
  4. ^ Stockert 2010, m/s. 59.
  5. ^ Wegmann 2009, m/s. 363.
  6. ^ a b Thomas 1997, m/s. 309.
  7. ^ Wegmann 2009, m/s. 362.
  8. ^ a b c d Scherzer 2007, m/s. 407.

Bibliografi sunting

  • McCarthy, Peter; Syron, Mike (2002). Panzerkrieg: The Rise and Fall of Hitler's Tank Divisions. New York: Carol and Graf Publishers. ISBN 978-0-7867-1009-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stockert, Peter (2010). Die Brillantenträger der deutschen Wehrmacht 1941–1945—Zeitgeschichte in Farbe [The Diamonds Leaves Bearers of the German Armed Forces 1941–1945—History in Color] (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-59-1.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Thomas, Franz (1997). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 1: A–K [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 1: A–K] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2299-6.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wegmann, Günter (2009). Die Ritterkreuzträger der Deutschen Wehrmacht 1939–1945 Teil VIIIa: Panzertruppe Band 2: F–H [The Knight's Cross Bearers of the German Wehrmacht 1939–1945 Part VIIIa: Panzer Force Volume 2: F–H] (dalam bahasa German). Bissendorf, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2389-4.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Karya sunting

  • Hube, Hans-Valentin (1925). Der Infanterist [The Infantryman] (dalam bahasa German). Charlottenburg, Germany: Offene Worte. OCLC 643823983.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hube, Hans-Valentin (1928). Schützendienst [Rifleman Service] (dalam bahasa German). Charlottenburg, Germany: Offene Worte. OCLC 833701714.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)
  • Hube, Hans-Valentin (1935–1936). Der Infanterist Band 1—Für Kasernenstube und Unterrichtsraum [The Infantryman Volume 1—For Barracks and Classrooms] (dalam bahasa German). Berlin, Germany: Offene Worte. OCLC 248627859.CS1 maint: unrecognized language (link) CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting

Pegawai tentera
Didahului oleh
Generalleutnant Heinrich Krampf
Panglima 16. Infanterie-Division
1 Jun 1940 – 1 November 1940
Diikuti oleh:
General der Infanterie Friedrich-Wilhelm von Chappuis
Didahului oleh
Generaloberst Eberhard von Mackensen
Panglima 1. Panzerarmee
29 Oktober 1943 – 21 April 1944
Diikuti oleh:
Generaloberst Erhard Raus